Besar kan gelas laicikang ni?
SR beli dekat Kedai Laksa Tempurung yang terletak di Coco Drive, Taman Bandar Senawang.
Masa tengah order laksa, ternampak ada laicikang dalam menu. Terus SR rasa nak try.
Sebab order untuk take away, jadi laicikang dibungkus dalam big cup macam ni. Boleh terus sedut, sebab belah atas penutup dia tu ada lubang untuk big straw.
Kertas putih tu pula, tak sealed pun dengan cup, boleh cabut dan buang dengan mudah sebelum celup straw.
Rasa dia memang fresh dan sedap. Taklah manis berdengung, sedang-sedang dan sedap-sedap aje rasanya.
Ada buah pala 2 biji, ada nata de coco, ada kwmbang semangkuk, ada kacang-kacang... Ada macam-macam lagi dalam dia, SR yang tak ingat. Sebab ralit sangat sedut dan kunyah isi dia 😂
Laicikang ni sebenarnya agak beri kenangan dan nostalgia untuk SR. Sebabnya masa SR kecik-kecik dulu, emak SR suka order laicikang. Lebih-lebih lagi kalau masa tu dia tengah tak berapa sihat dan batuk-batuk atau sakit tekak.
Emak SR suka sangat makan yang kembang semangkuk tu. SR tak pastilah apa nama ria yang sebenar 😂
Tapi emak SR selalu order laicikang suam. SR pula memang suka ais. Segalanya SR nak ada ais. Keh keh keh... Minum kopi pagi-pagi pun SR gigih ketuk ais tau 😆
Itulah sahaja kisah laicikang big cup SR.
+++
Sekejap aje dah habis weekend 2 hari.
😪
memangg kesukaan ni laicikang.
BalasPadamAkak suka kalau laicikang yg byk bhn2. buah kabung, laici, longan he he sb kadang bila beli alahai aimple bhnnya . Tak puas rasa
Semalam nak beli laksa kat sini tapi tutup..call org tu tutup dah katanya..next time la cuba
BalasPadamSedapnyer laicikang ais
BalasPadamcendawan putih tu kan yang kembang semangkuk
BalasPadamNikmat ni dapat minum musim panas. Lagi bila banyak isi. Lagi syok.
BalasPadamSuka gak minum laicikang. Sama la, klu minum masa cuaca panas wajib order yg sejuk. Terasa lega & nyaman je lalu kat tekak.
BalasPadamsuka kalau x manis sangat, sedang2 saja..
BalasPadambulan puasa sedap layan ni...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.