Assalamualaikum...
Hari ni sebenarnya adalah temunjanji ayu yang kedua di Klinik Pakar Mata di HTAN Kuala Pilah ni. Asalnya masa check up umur dia 4 tahun hari tu, dia tak lepas ujian mata.
Adeh...
Maka kena refer ke hospital lah.
Selasa lepas adalah temujanji yang pertama. Masa tu, optometris check ayu punya eyesight dengan lebih lanjut lagi berbanding yang Klinik Desa Melang check kan tu.
Jadi, memang kena datang lagi hari ni untuk temujanji kedua.
Mata merah sebab titis dua jenis ubat untuk kembangkan mata |
Hari ni, optometrist titiskan ubat untuk kembangkan bola mata. Lepas tu kami kena tunggu 15 minit sebelum dipanggil semula untuk dia check balik guna teropong khas.
Lepas habis urusan dengan optometrist, ayu diminta jumpa pula dengan doktor pakar. SR pun tak pasti kalau optometrist dengan doktor pakar tu sebenarnya sama level atau lain-lain, tapi ada 2 orang berlainanlah yang ayu kena jumpa hari ni.
Kata optometrist tu juga tadi, kalau range ayu tak cantik, kemungkinan ayu kena pakai cermin mata 🤧
Jauh dekat ayu agak okey, cuma silau dia agak ketara.
Puncanya ada banyak, tapi antaranya adalah penggunaan gadget yang berlebihan.
Pertama kali juga sebenarnya SR dan zaimi experienced benda ni. Sebab masa adam dan amir, masa mereka 4 tahun, mata okey je, lepas ujian di klinik desa tu.
Jadi iktibar jugalah buat SR dan zaimi ni haa... Adeh...
Lepas ni akan ada 1 lagi temujanji. Baru dia putuskan untuk pakai cermin mata atau tak. Kakau tak, boleh jejaskan proses pembelajaran ayu.
Doakan ayu ya semua ☺️
Siapa ada pengalaman sendiri atau anak yang kena pakai cermin mata seawal 4 tahun, boleh kongsi dengan SR?
semoga mata Ayu ok...akk pakai spekmata masa darjah 6...
BalasPadamMoga yg baik-baik saja utk Ayu.
BalasPadamAnak buah akk kecik2 dulu kena pakai spek juga sbb juling sikit. Spek tu mcm correction utk mata dia, supaya tgk arah yg betul. Alhamdulillah now dah ok. Maybe sbb early treatment. Hope Ayu pun mcm tu.
semoga dipermudahkan urusan ayu.. insya allah semuanya baik² saja nnt
BalasPadamalahai.. kesiannya..
BalasPadamharapnya semua ok.. harapnya nanti xperlu pakai spek mata..
SEMOGA SELAMAT SEMUANYA N MATA AYU TIADA MASALAH AMIIN
BalasPadammoga kalau lepas pakai spek ni mata ayu akan jadi ok... sebab macam aiyan dulu pakai spek sebab juling... spek dia lagilah tebal makan masa nak bagi anak mata dia tu duduk tengah dan elok... insyallah kalau budak-budak ni selalu boleh pulihh tak macam kita yang orang tua ni
BalasPadamlahai... siannya. moga mata ayu cepat sembuh ya...
BalasPadamAnak sedara akak pakai seawal 7 tahun, sebab silau tinggi.
BalasPadamSemoga dipermudahkan Allah rawatan mata Ayu ya Syaz.
Respek ayu! Tak takut!
BalasPadamSemoga semuanya baik baik aje. Aamiin..
BalasPadammoga yg baik2 utk ayu ...aamiin
BalasPadamAllah.. Semoga keputusannya baik-baik sahaja..
BalasPadamsemoga semuanya baik baik aje
BalasPadamnurin = darjah 3.
BalasPadamsyuhada = darjah 1.
ijat = baru lagi, darjah 4. tapi power dah 150!
tu la tu, SR. gajet kot.
disamping aida & asben memang specky dari kecik.
bertabahlah.
anak2 buah aida, semua pakai spec dah. meskipun ibu ayah diorang mata terang tak rabun.
kalau da cek dgn pakar, ok la tu hendaknya.
jika perlu bercermin mata dan ia utk kebaikan, apa la salahnya, SR.
janji jgn ada masalah mata yg kronik dari rabun saje.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.