Beberapa hari lepas, dalam post SR yang bertajuk "Bolehkah Kanak-Kanak Berpuasa Penuh?" , SR letak gambar ayu sebagai gambar hiasan dalam post tu. Dan mungkin disebabkan itu, beberapa orang rakan blogger ada bertanya tentang okey ke tidak ayu berpuasa.
Hihi.
Jujurnya, ayu tak puasa.
Hahaha!
Baru pukul 8 pagi, dia dah minta susu dan makan.
Walaupun dia dah masuk tadika tahun 2022 ni, umur dia masih 3 tahun lebih. SR dan zaimi tak rancang pun ayu berpuasa walaupun untuk separuh hari. Insyaallah mulai tahun depan, kami akan ajar dia berpuasa.
Yang dah wajib berpuasa penuh pada bulan ramadhan adalah adam dan amir. Adam dah masuk tahun ketiga untuk dia berpuasa penuh, manakala amir tahun kedua. Dua-dua abang ayu memang puasa penuh tahun lepas, mungkin juga asbab PKP masa tu. Harapnya tahun ni, adam dan amir masih kekal dengan semangat dan momentum untuk puasa penuh!
😀
Tapi, tahun ni, puasa dan tak PKP. Dua-dua kena pergi sekolah, sambung pula dengan Kelas Agama Petang sampai pukul 3.30 petang. Harapnya dapat bertahanlah. Risau juga kot-kot letih atau terliur tengok kawan-kawan makan. Terutamanya amir, sebab cikgu kelas dia memang dah bagitau, anak-anak yang tak puasa, boleh bawa bekal sendiri.
Hahaha!
Moga amir tabah!
Berbalik pada ayu, walaupun dia tak puasa, SR dengan zaimi memang ajak dia untuk terawih sama-sama. Dia memang selalu juga ikut SR solat. Bentang sejadah sebelah sejadah SR, lepas tu dia pun ikut movement yang sama. Nak bagi dia familiar dengan movement dan cara duduk aje sebenarnya.
Awal-awal dulu dia merapu juga, tiba-tiba berjalanlah, duduklah, main-main... Ada sekali tu dia tercegat je berdiri depan ayah dia, atau depan SR. Yang paling tak tahan, bila dia buat aksi pelik, sampai abang dia ketawa, last sekali SR pun ikut terbatal solat sebab geli hati tengok abang-abang dia gelak sebab aksi dia.
Tapi lama-lama dia okey, dia boleh follow step dah. Dan dia boleh kawal dah diri dia dari bergerak tak tentu hala.
Tapi terawih kan banyak rakaat, selalu dia lepas rakaat keenam, dia dah cabut telekung, baring atas sofa. Lepas kami empat orang selesai bagi salam, baru dia cakap, "Ayu dah tak larat. Ayu penatlah solat puasha ni, manyak sangat."
Sekian kisah ayu dan abang-abang tentang puasa dan terawih 😁
+++
Ozil pun baru tahun ni first berpuasa dan kesekolah pagi petang..last year duduk santai dirumahkan. Tapi sekolah dia cikgu dah bagi tau supaya murid tak puasa takleh makan, boleh bawa small water bottle je. suruh sarapan dirumah siap2.
BalasPadamNama seayu wajah comelnya..Selamat berpuasa dan bertarawikh Ayu & keluarga...
BalasPadamcomelnya ayu, takpelah dia ikut sebagai pelajaran dia... nasib dia tak kata solat biasa 4 rakaat je ini banyak
BalasPadamhehe.. klau kita tengah khusyuk solat tiba2 anak kecil buat gelagat kelakar dpn kita susah nak tahan ketawa..
BalasPadamlain kalai rakam lah video aksi pelik tu... hahahaha
BalasPadamComel Ayu, solat puasha ni banyak haha.. Salam Ramadan, selamat berpuasa.
BalasPadamBila dah terbiasa in sya Allah OK.
BalasPadamselamat berpuasa buat SR sekeluarga tak pe Ayu comel sangat lagi, pelan-pelan didik berpuasa kan..
BalasPadamBaru 3thn lebih, kesian kalau disuruh puasa walaupun untuk beberapa jam. Bab solat tu ya, elok bagi pendedahan sebagai didikan awal. Hebat Ayu, tahan jugak sampai 6 rakaat 😀
BalasPadamSelamat berpuasa dan bersolat tarawih buat SR.
BalasPadamAyu kecik lagi nanti dah besar sikit boleh cuba puasa
Takpe.. pelan-pelan..
BalasPadamComel je tengok Ayu..
3 tahun mungkin awal lagi tu. Boleh la puasa 5 minit. Dah start ikut2 solat tu bagus sangat dah. Biar dia familiar kan. Semoga jadi anak yang solehah.
BalasPadamcomelnya dia apapun training itu penting. hehe
BalasPadamComel je Ayu solat terawih..hihi..tak tahan nak gelak kalau dah buat aksi2 pelik..
BalasPadamHehe comelnya Ayu! Bagusnya ajar daripada awal supaya dia familiar. Tak apa Ayu, pelan-pelan belajar okei?
BalasPadamBtw, selamat berpuasha untuk kak Syaz sekeluarga!
goodluck ayu , masa kecil2 ni la kena bg semangat sikit untuk anak2 bpuasa dan berterawih
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.