Ini cerita pertengahan Mac 2022 hari tu sebenarnya. Ayu kena kuarantin sebab hampir kesemua cikgu di tadika dia positive covid. Dengan SR sekali kena mohon untuk Bekerja Dari Rumah masa tu. Sebabnya, walaupun kuarantin, cikgu-cikgu tadika ayu tetap komited buat kelas online untuk pelajar-pelajar.
Sehari sebelum tu, cikgu-cikgu dah berikan senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk online kelas tu. Untuk gambar-gambar dalam entry ni, adalah hari pertama kelas online tu berlangsung. SR cast ke tv, bagi ayu nampak jelas sikit masa sesi nak buat movement tu.
Kira macam senaman pagi, anak-anak akan buat senaman ringkas dalam 10 minit sebelum diorang teruskan dengan aktiviti seterusnya.
Habis aje senaman, bermulalah sesi yang memang ayu tunggu dari malam. Haha!
Aktiviti buat sandwich dengan air.
Parents bantu sediakan bahan, tetapi anak-anak yang akan buat semua sendiri. SR duduk tepi untuk pantau aje lah. Risau juga tumpah menceceh lebih-lebih.
Ayu memang seronoklah, dia ikut aje arahan cikgu dia. Mula-mula ambil roti, sapu kaya. Lepas tu, ambil pulak lagi sekeping, letak telur yang dah lecek dengan mayonis pulak.
Sebenarnya, cikgu dia tak adalah cakap kena ada telur dan kaya tu. Dia bagi arahan umum je. Telur mayonis atau tuna atau sardin, kaya atau jem atau apa-apa yang anak suka. Untuk air tu pun sama. Cuma, dekat rumah kami masa tu ada sirap. Maka gunalah kordial sirap tu aje.
Lepas dah selesai buat sandwich dan sirap, ramai-ramai baca doa makan dengan cikgu. Lepas tu baru boleh ngap. Ayu makan bersungguh-sungguh roti dia buat sendiri tu. Hahaha! Padahal sebelum kelas u, dia dah bedal semangkuk bubur ayam McDonalds sebenarnya.
Teruja kan, makan hasil air tangan sendiri. Kikiki...
Cukup 45 minit, selesai dah kelas online ayu untuk hari tu.
Terus cabut tudung, sambung tengok Wolfoo dekat tablet dia, sambil perabis telur rebus yang masih ada baki dalam mangkuk.
Sekian throwback hari ni. Moga tak terliur puasa bila tengok ayu buat sandwich ya.
Ahaha!
🥰Boleh buat utk berbuka nanti ye Ayu he he
BalasPadamWah...ayu dah pandai buat sandwich...bagus macam tu...
BalasPadamKirim salam kat cikgu tu...
BalasPadamEh? hahahaha
Hehe..comel je Ayu belajar memasak online.
BalasPadamHaha sedap plak tengok ayu mkn time puasa ni..
BalasPadamPandai ayu lepas ni leh la ayu buat sandwich family breakfast
wahh..tutorial buat sandwich..pandai Ayu..tak tumpah inti telur..
BalasPadamDah besar nanti boleh jadi chef terkemuka..
BalasPadambagusnya teacher dia walaupun sakit kerja tetap diteruskan demi anak2 didik dia.
BalasPadamsemoga usaha & keringat teacher ni dirahmati dan dipandang Allah
wah....zaman sudah berubah...best juga belajar secara online walaupun untuk kanak-kanak
BalasPadamterliur gak ni. tu sebab cikgu dia ajak bersenam dulu. bakar kalori bubur mcD tu
BalasPadamWah.. Seronoknya Ayu dapat cikgu macam ini.. Komited dengan anak-anak murid..
BalasPadamrajinnya ayu
BalasPadamala ala...comeinya dia. seronok je dia
BalasPadamBagusnya Ayu, fokus dia buat tugasan ikut arahan. Hehe..sebab ramai ramai makan tu yang berselera makan lagi tu.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.