Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memudaratkan anak - anak.
Anak2 kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum. Takut kalau disuruh juga anak2 kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.
Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah2 sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganla expect untuk anak berpuasa seharian.
Untuk anak2 kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yela, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak2 suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke. Ok la
Kalau nak melatih anak2 berpuasa, ibu bapa perlu ingat :
✅ sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.
❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi/ MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak
❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.
❌JANGAN PAKSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang
❌ Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan
Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang. Tak kisahla masa bulan Ramadan atau tak. Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan. Check di #drizzarshares.
Kredit: Ig Dr Izzar
+++
Selamat berpuasa semua!
Semoga ramadan kali ini membawa 1001 kebaikan dan rezeki buat kita semua!
Pada yang belum dan yang mahu join GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY boleh klik banner di bawah ya!
GA berjalan sehingga 15 April. Marilah join ramai-ramai, mana tahu ada rezeki dapat buku Memoir Kampung Boy tu 😁
Selamat berpuasa. Anak KA belum ajar puasa lagi.. puasa kali ni baru nak start. Semoga berjaya ye giveawaynyam
BalasPadamSALAM RAMADAN AYU PUASA YANGYUK DULU YA
BalasPadamSelamat berpuasa Syaz..
BalasPadamSemoga dimudahkan urusan anak-anak yang baru belajar berpuasa...
Gambar hiasan tu nampak konfiden berpuasa! Tahniah!
BalasPadamlatih puasa setakat yang mampu..kalau usia sangat kecil...boleh dimaafkan
BalasPadamSelamat berpuasa Syaz...masa kecik2 dulu umur 6 tahun dah belajar puasa, umur 7 tahun dah puasa penuh dan Dania sejak umur 7 tahun memang dah puasa penuh...
BalasPadamPemakanan seimbang tu paling penting. Ayu dah mula belajar berpuasa ye. Selamat berpuasa :)
BalasPadamSelamat berpuasa buat SR sekeluarga
BalasPadamselamat berpuasa syazni. anak2 akak pun kalau tak larat memang akak bagi peluang. ni yang darjah 1 baru nak mula puasa penuh.
BalasPadamDulu akak mula puasa pun masa dia umur 9 tahun, mula-mula puasa separuh hari tak cukup lah sebulan tu ada lah lopongnya,lepas tu umur 10 tahun alhamdulillah dapat puasa penuh tanpa dipaksa suruh bangun sahur pun semangat, tahun ni pun harapnya dapat puasa penuh jugak...
BalasPadamAyu kalau puasa separuh hari jangan tayang minum air depan abang-abang tau hehheheh
selamat berpuasa SR sekeluarga . masa kecil ni la kena latih anak2 berpuasa ,
BalasPadammcm.mana ayu hari pertama puasa? ok x smpi maghrib?
BalasPadamBoleh je tapi kena mula dengan berperingkat..
BalasPadamSelamat berpuasa buat SR sekeluarga..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.