Beberapa hari sebelum puasa hari tu, kami sambut birthday adam yang ke 9 tahun, awal dua hari. Sebab, kalau sambut masa bulan puasa, mesti semua tak berapa lalu nak makan kek tu lepas berbuka nanti. Haha!
Kadang-kadang rasa macam tak percaya pun ada, anak sulung yang menjadi punca SR belajar menjadi seorang emak ini, dah menginjak pra-remaja umurnya. 9 tahun berlalu dengan sangat pantas.
SR dan zaimi telah dan akan terus mencuba untuk memberikan didikan dan ajaran yang baik buat anak-anak. Semoga adam sentiasa sematkan di dalam hati dan jiwa, segala pesan SR dan zaimi yang baik-baik buat dirinya.
Adam anak sulung, adik-adik semestinya akan melihat adam sebagai contoh dan tunjang. Moga adam terus memikul tanggungjawab sebagai anak sulung itu dengan baik ya!
Haih... sekarang ni pun dia selalu mengadu yang ada budak perempuan selalu tulis surat nak ajak dia jadi boifren.
"Lepas tu adam kata apa?"
"Adam tak nak lah. Adam kan kecik lagi. Lepas tu adam bagitahulah, yang mak adam tak bagi. Mak adam garang."
Hahahaha!
Yes tepat sekali.
"Itu yang orang bagi surat. Kalau mak tau, anak-anak mak yang bagi surat macam tu dekat anak orang, mak sebat bontot masing-masing." Saja SR gertak, masa berbual dengan adam dan amir. Sengih aje budak berdua tu.
Anak orang nak bagi surat, SR boleh ajar untuk diorang tolaklah dulu. Tapi kalau anak SR yang buat macam tu, memang SR tak bagilah!
Kih Kih Kih...
💓
HPBDAY ADAM ANAK SOLEH AFIAH TIASA MURAH REZKI SUKSES DUNIA AKHIRAT
BalasPadamHappy Birthday Adam!
BalasPadamSemoga sentiasa menjadi penyejuk mata aamin.
wahhhh happy birthday adam!
BalasPadamMesti pujaan di sekolah ni
BalasPadamhe hee dpt surat cinta
encemm boy
advanced budak2 skrg ni ye
Alhamdulillah. Selamat ulangtahun kelahiran Adam.
BalasPadamWah... Dapat love letter. Auuuu!
BalasPadamHappy Birthday to Adam! Moga yang bebaik aje ye dalam kehidupan.. Amin!
Happy birthday Adam
BalasPadamSemoga menjadi anak yg soleh
happy birthday Adam, moga jadi anak yg soleh. Wah..kecik2 dah ada peminat kan, bebudak sekarang
BalasPadamHepi birthday Adam! Wah, ada peminat rupanya. kena tengok surat tu SR, budak sekarang advance . semoga Adam sentiasa dalam lindungan Allah
BalasPadamHappy belated abang Adam. kejap je masa berlalu. Tak lama lagi meningkat remaja sekolah menengah pulak. Bagus Adam! Belajar dulu rajin rajin sampai berjaya :)
BalasPadamhahahah bujang dah ye..ramai peminat.
BalasPadamHappy birthday adam .semoga berjaya dunia akhirat
BalasPadamHappy belated birthday Adam..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.