Assalamualaikum wbt!
Mana pergi weekend dua hari?
Mana?
Mana???
Hahaha tiba-tiba dah pagi isnin semula.
Selamat kembali bekerja, selamat kembali menguruskan anak sekolah.
Minggu lepas, ayu dah kena pakai uniform sewaktu ke tadika. Tapi kisahnya, dia dan ada beberap lagi kawan, tak dapat tudung lagi. Stok belum sampai. Jadi, pakailah uniform tadika, dengan apa-apa tudung yang ada.
Kebanyakan tudung ayu semuanya berbunga-bunga coraknya. Jadi, pergi ke tadika pun pakai tudung bunga-bungalah si bongsu omak seorang ni haa.
Ayu pun dah makin okey ke tadika, dah tak menangis carik omak dia lagi dah.
SR saiko dia sikit.
SR kata,
"Dekat sekolah nanti, mak ada je dalam hati ayu. Bila ayu teringat dekat mak, ayu peganglah dada ayu (yang belah jantung), kalau ayu rasa ada bunyi dup dup dup tu, maksudnya, mak ada dalam hati ayu. Ayu, adam dan amir pun, ada dalam hati mak jugak."
Sambil SR letak tapak tangan dia dekat dada SR belah kiri.
Dan setiap pagi sebelum pergi sekolah, memang SR akan selalu sembang-sembang dengan dia, malah dengan semua anak-anak, tentang seronoknya bila pergi sekolah yada yada.. Ala sembang-sembang lucu-lucu aje, tidaklah serius benar.
Kalau ada benda dia mengadu masa balik sekolah, SR dan zaimi akan dengar dengan bersungguh lebih sikit. Agar dia faham yang kami sentiasa ada untuk dia. Kalau ada yang salah, kami cuba betulkan. Kalau dia buat perkara baik, kami puji.
Begitulah... Ibu bapa noobies ni ha.
Bukan bagi tips, sekadar mencoret buat kenangan sendiri.
Stay safe semua!
+++
Kepala SR asyik terdengar-dengar lagu:
ENgkau yang cantik, engkau yang manis, engkau yang manja...
comel aje tudung bunga-bunga tu kat ayu, aduhai mmg psyco betul SR tau tapi berhasil tu dan nampak macam boleh di terima akal. Mesti ayu selalu pegang dada belah jantung bila rasa nak cari SR kan.
BalasPadamalahai.comei nya dia. Sweet je SR psyco Ayu...belajar pandai2 key
BalasPadamDah sekolah ye dia
BalasPadamcomel, tadika little calips
anak2 transit ciknur ramai ex tadika ni
bijak2 semua
Yeay..ayu dah school..belajar pandai- pandai tau...comel je dia pakai tudung bunga- bunga tu ha
BalasPadamcomel Ayu..anak2 mesti seronok bila ibubapa suka dgr cerita mereka..
BalasPadamayat maknya macam dialog filem Hindustan. manis Ayu bertudung bunga-bunga. sambil-sambil tu boleh promote
BalasPadamCantik
BalasPadamComel
BalasPadamLittle Caliph kalau tak silap baju macam ni.. Anak-anak pernah ke taska ni.
BalasPadamComel je Ayu.. Alhamdulillah dah tak nangis..
BalasPadamSemoga Ayu terus seronok ke sekolah..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.