Assalamualaikum semua.
Hari ni SR terpaksa mohon untuk Work From Home, sebabnya ayu jadi contact B. Cikgu dia positif pula. Jadi, ayu kena kuarantin 5 hari. Alhamdulillah, ayu tak ada gejala. Mungkin juga sebab hari Jumaat lepas, ayu tak ke tadika.
SR sebenarnya tengah risau juga. Ada beberapa orang ahli keluarga SR sedang positif Covid19 ni. Salah seorangnya adalah nenek SR. Risau sebab umur dia dah hampir 80. Dia dah ambil booster dose. Gejala dia pun tak teruk. Cuma, mungkin SR ni yang jenis cepat risau.
SR pitam semalam lepas tak tentu arah mundar-mandir dalam rumah. Bunyi macam over kan? Tapi tu tak teruk. Lebih teruk lagi, sampai ke malam SR rasa kaki SR lembik. SR panik terlebih. Yang paling best, orang lain tak pula sepanik SR. Macam tak ada perasaan pun ya jugak bila SR menyatakan kebimbangan SR.
Haha.
Apa-apa pun moga semuanya lekas sembuh.
Moga minggu ini baik-baik aje.
Bangun pagi ni, SR pujuk diri untuk lebih banyak senyum hari ni. Lupakan kepanikan semalam. Ada jugak rasa macam sia-sia aje tenaga dan perasaan aku nak panik sensorang sedangkan orang lain boleh aje relax.
Zaimi kesian dekat SR, gigih dia bawa SR pusing-pusing malam semalam. Agaknya ghisau dia tengok bini dia pucat lembik tak tentu arah.
Jadi tiba-tiba teringat lagu Senyum Seindah Suria. Entahlah, tiba-tiba bermain-main pulak lagu tu dekat kepala.
Stay safe semua!
Syafakallah
BalasPadamAllah jga yg menyembuhkan. Aaminn
Semoga kita semua diberi kekuatan
ye faham kebimbangan SR, ciknur pun ada beberapa ahli keluarga positif covid, dan paling risau kat umah ni bersama SIL yg usia dah ke 80 memang bila dia x sehat..batuk2 mcm2 dlm fikiran . Test alhamdulillah negatif
betul Cik Nur, risau saya. Tiba-tiba baca whatsapp kata nenek dah positive, gelap sekejap rasa dunia. Mudah-mudahan warga emas kita semua baik2 aje
Padamtake it easy syaz.. mmg la risau kan bila sana sini perkara negatif berlaku. rilek2 ye kita doa banyak2 semoga semuanya cepat berlalu
BalasPadambanyak2 berdoa..moga yg baik2 sahaja, aamiin. moga ahli keluarga syaz semuanya cempat sembuh. family ayu last week....ramai tu yg positif, termasuk la ayu ngn ian sekali. alhamdulillah semua ok dah..just batuk skt2 ...
BalasPadamSemoga cepat sembuh Ayu.
BalasPadamsemoga semua dra mara shbt handai kita yg dijangkit kobid kmbali pulih sediakala
BalasPadamInsyaAllah semoga family Syaz cepat sembuh.
BalasPadamsemoga semua yg sedang sakit diberi kesembuhan yg sebaiknya..syafakumullah..
BalasPadamMudah2an SR dah baik2 sahaja
BalasPadamSR mcm ammi..kalau ada benda yang merisaukan sepanjang hari akan ada rasa tak sedap. Ammi selalu gigil sampai boleh nampaklah kegigilannya, kaki rasa lembik panas, kepala weng... ada org kata itu anxiety...tapi ammi cuba deny.
BalasPadamAmmi kata pada diri sendiri..bukan anxiety saya cuma risau melampau tu je
Baca tajuk auto menyanyi terus kita. Apa-apa pun semoga keluarga Syaz cepat sembuh dari Covid-19. Keep cool & steady okay.
BalasPadamkalau dah booster, effect dia tak lah teruk sangat cuma kena selalu pantau ovygen level. semoga cepat sembuh family kak syaz :)
BalasPadamSyafakallah..
BalasPadamSemoga diberikan kesembuhan buat semua ahli keluarga SR yang disahkan +Covid19..
Semoga SR kuat semangat.. Aamiin..
Semoga baik2 saja .
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.