Tak lama sangat nak lempar belakang, kisah ni baru aje berlaku Rabu, Khamis dan Jumaat minggu lepas sebenarnya. Ini juga antara sebab kenapa SR tak berkesempatan nak menjengah blog, apatah lagi blogwalking.
Kisahnya, SR ke Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM (ILD) di Bandar Enstek adalah untuk menghadiri Kursus PHD Methodology, sebagai persediaan untuk SR pergi melanjutkan pengajian. Insyaallah.
Ya kawan-kawan, memang lambat perjalanan SR nak sambung belajar ke pringkat seterusnya ni. SR graduate masters pada 2010. Hujung 2021 baru SR dapat hidayah nak pergi sambung. Allahu... 😂
SR memang betul-betul kumpul pengalaman kerja dan kumpul anak dulu. Anak bongsu dah detached pampers, dan dah tak berjaga malam, baru SR berani nak sambung. Downside, SR dah sedikit tua untuk menghadapi PHD. Moga-moga urusan SR dipermudahkan.
Kawan-kawan doakan ya!
Jadi, kursus tu dua hari. Khamis dan Jumaat. Tapi, SR boleh check in untuk menginap seawal 3.30 PM hari Rabu. Maka, dalam lepas asar hari Rabu tu, SR pun bertolak ke sana.
Sebenarnya, jarak ke ILD tu hanya mengambil masa 42 minit aje kalau ikut Waze. Boleh aje nak berulang. Tapi SR pernah berulang dulu sewaktu kena menghadiri kursus di AKEPT (sebelah ILD), pagi-pagi memang agak kelam-kabut dan rushing.
SR tak boleh rushing ni, nanti panik. Nanti drive semua kalut-kalut. Jadi untuk peace of mind, zaimi suruh SR menginap sahaja. Sekali-sekala away dari rumah dan anak-anak. SR setuju juga, terima kasih buat zaimi yang sudi jaga anak-anak sepanjang SR berkursus 💓
Pada peserta kursus yang bercadang untuk menginap, dan sekiranya dinyatakan dalam surat tawaran yang penginapan disediakan, apabila sampai ke ILD ni, terus sahaja park di parkir peserta kursus yang berada bertentang dengan pintu masuk ke lobi.
Nanti, kalian akan nampak wall macam kat atas ni di sebelah kanan, jalan ke depan sikit, akan nampak kaunter reception di sebelah kiri. Terus saja cakap dengan staf di kaunter tu yang kalian nak check in untuk kursus. Dia akan minta nombor pekerja, bagi kad (kunci) bilik dan suruh kalian isi satu log daftar masuk.
Lepas tu, teruskan jalan ke depan sikit, nanti boleh nampak dewan makan di sebelah kiri. Sebelah kanan, akan nampak bilik-bilik seminar. Bilik Sarana semua tu dekat area situlah. Jalan dalam dua tiga tapak lagi, sebelah kiri, akan nampak satu lekok, dekat situ adalah lif untuk naik ke bilik penginapan.
Untuk kursus kali ini, SR dapat bilik di tingkat 5. Oh ya, lobi tu sendiri adalah tingkat 2. Kita tak ada access ke tingkat 1 ya. Berbalik pada cerita, SR dapat bilik yang nun jauh di hujung koridor. Huhu... Menapak jugalah nak sampai ke bilik. Agaknya sebab SR hanya dapat tawaran ke Kursus PHD Methodology. Rata-rata peserta kursus yang lain, dah ada dekat situ dari Ahad, diorang dah mula Kursus Pre-PHD yang bermula dari Isnin. Rezeki SR tak ada masa tu untuk join sekali, sebab dah penuh. Insyaallah SR akan pergi lain kali.
Sesampainya dekat bilik yang tertulis nombor bilik SR, SR pun terus sentuh kad, dan masuk. Memang sangat cozy dan welcoming lah bilik dia.
Suka suka suka!
Tak adalah besar sangat, mungkin sebab bilik single kan. Dulu SR pernah menginap sekali dengan zaimi, kami minta bilik twin, luas sikit. Tapi nak duduk sorang-sorang kan, saiz bilik ni memang sangat ngam dah bagi SR.
Bilik ni ada katil queen, meja study, televisyen, almari, iron board, seterika, cerek elektrik, mug dan sudu. Ada juga sekotak tisu, tuala mandi, tuala muka, dan tiga biji bantal.
TV dia ada siaran asas macam di hotel-hotel. Telefon dia SR tak cuba pula.
Ini pemandangan dari bilik SR. Memang tenang sangat, malah terlebih tenang.
Dari tingkap, berdiri pandang ke bilik, nampak macam gambar di bawah.
Toilet ada betul-betul sebelah pintu masuk tadi. Yang best dan bersyukur sangat bila dah tak perlu berkongsi bilik adalah toilet tu tak perlu kongsi dengan orang lain. Hik hik...
Toilet terletak di sebelah cermin panjang tu.
Memang sangat selesa. Ada air panas juga.
Bersendirianlah SR selama tiga hari dekat sana. Rabu dan Khamis tu, SR ada juga keluar pergi tapau makanan. Makanan ada je disediakan untuk kursus tu, tapi SR tak berani nak duduk makan sama-sama. SR masih seriau nak dine-in.
Ada juga SR sengaja try order Food Panda. Sebab pekerja di kaunter kata boleh aje kalau nak order Food Panda atau Grab Food. Cuma bagitahu saja mereka, yang kita akan ambil di lobi.
Fasiliti lain seperti sukan dan lain-lain, SR tak cuba pula untuk kursus kali ni. Tapi overall, SR memang happy dan puas hati. Bilik seminar, penceramah dan kemudahan untuk berkursus yang lain pun sangat memuaskan.
Malam pertama, SR tak berapa nak lena. Sebab berjauhan dengan ayu kan. Memang SR tak dapat lelap sebab tak dapat bau kepala dia. Malam kedua, memang ngam-ngam lepas Isya' SR dah pengsan! Hahaha!
Hari Jumaat tu, waktu tea break, SR terus sahaja check out. Malas nak naik bilik dah. Barang-barang pun SR dah bawa turun siap-siap lepas subuh. Habis aje kursus, terus chow balik!
Itulah sahaja pengalaman SR menginap di ILD Bandar Enstek untuk 3 hari minggu lepas.
Ada sesiapa pernah menginap di sini atau di AKEPT?
Share sikit pengalaman!
Belajar itu proses sepanjang hayat. Jadi tidak ada istilah terlambat atau tua kan Syaz. Moga dipermudahkan urusan Syaz dalam menimba ilmu. Kak Amie dulu pun kumpul anak dulu, dah besar sikit sambung masters. Setakat itu sahajalah kemampuan Kak Amie. Tak larat nak study lagi. Kak Amie serahkan kepada Abang Farid untuk sambung PhD heheheeee.
BalasPadamNampak selesa sangat tempatnya. Rasa kalau duduk seminggu pun tahan tapi bab makan la, susah sikit sebab risau skrg nak makan sama2 ramai dgn yg bukan serumah dgn kita.
BalasPadamcantik dan selesa biliknya....
BalasPadammoga di permudahkan urusan untuk SR sambung PHD ya, tak kisahla lambat janji kita dah rasa bersedia kan.
selesa tempat penginapannya moga terus sukses mencapai cita2
BalasPadamCantik tempatnya, macam hotel...
BalasPadamTeruskan melangkah SR, akk doakan agar dipermudahkan segalanya buat SR
Suka sgt bila dengar org nak sambung belajar :D
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan SR sambung belajar...seronok dgr kawan2 sambung PHD..
BalasPadamselesa biliknya,..ada cerek & seterika, itu yg best..
Bilik sesuai untuk seorang atau pasangan. Nice. Pemandangan pun cantik. Apa2pun semoga berjaya mengharungi pembelajaran ke perinkat PHD pula lepas ni.
BalasPadamSelesa duduk bilik macam ni. Duduk sorang lagilah selesa. Wahh lepas ni Road to PhD pulak. Bakal Dr. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaminn..
BalasPadamcantiknya bilik dan scene kat luar tu syaz
BalasPadamnanti kami panggil Dr Syaz la pulak. Selamat membuat research PPD.
BalasPadamSelesanya bilik dia.. Pemandangan pun cantik..
BalasPadamSha tag Syaz di sini https://kasihkuamani.blogspot.com/2022/03/giveaway-wang-tunai-rm500-mamapipie.html
Beli selesa untuk seorang kan. Semoga dipermudahkan urusan untuk sambung PhD pula lepas ni :)
BalasPadamRindu nak belajar dan duduk asrama. Masih terngiang rasa teruja di setiap semester baru, subjek baru, ptptn masuk, pensyarah baru.
BalasPadamFendi
cantik & kemas biliknya..selesa! moga dipermudahkan semua urusan Syaz...caiyok caiyok!
BalasPadamAlhamdulillah..Moga dipermudahkan urusan SR sambung belajar..Good luck..Kagum dengan wanita2 yang dah berkahwin, ada anak sambung belajar..Caiyokkk..u can do it...
BalasPadamSwmoga dipermudahkan segala urusan . Cantik dan nampak selesa tengok keadaan bilik
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamNak tanya,
ILD hanya untuk staf /pelajar UiTM sahaja ke?
Apa beza pengisian kursus pre-PhD dengan PHD Methodologi?
Hi, terima kasih atas komen :)
PadamILD khusus menganjurkan kursus untuk staf uitm, tapi building di ILD seperti bilik, bilik seminar etc boleh disewa untuk anjuran kursus oleh penyewa.
Pre-PHD berkisar tentang apa yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajian, ketika pengajian, dan setelah habis pengajian.
PHD method lebih kepada experimental design kita nanti, samada quantitative atau qualitative, software apa yang sesuai, etc..
Harap membantu..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.