Assalamualaikum semua, salam hujung minggu.
Hari ni kan, SR baru cuba buat telur rebus guna air fryer untuk nasi lemak SR. Saja nak cuba. Selalu tengok orang share, tapi SR tak pernah cuba. So, why not kita cuba kan? Hehe..
Mula-mula SR cuba dengan sebiji telur ayam dulu. Ye lah, manalah tahu kot-kot tak jadi, tak adalah rugi sangat.
Macam biasa, mula-mula basuhlah telur ayam tu sampai bersih.
Lepas basuh, lap-lap telur ayam tu bagi kering kulitnya.
Lepas tu apa?
Masuk kan lah dalam air fryer kita ya tuan tuan dan puan puan.
Tutup dan set pada suhu 160°C, untuk selama 8 atau 9 minit.
Berdebar seh sementara nak tunggu. Saspens aje SR. Jadi ke? Akan pecah dalam air fryer tu ke? Maklumlah orang tak pernah cuba kan.
Maka tunggulah depan air fryer tu. Excited kan. Sampai tak sanggup berganjak hahaha.
Ting!
Terus tarik untuk keluarkan encik telur.
Panas.
Ambillah dengan kain atau tisu. Lepas tu, lalukan pada air paip untuk bagi dia sejuk.
Seterusnya, boleh mula kupas.
Okeylah, walau berdebar masa nak ketuk tu kan. Takut dia masih cair ke apa kan.
Nak kupas pun dia agak melekat-lekat. Ada kesan macam burn lite lite dekat satu sisi. Maybe lepas ni samada kurangkan suhu, atau kurangkan masa.
Tadaa!
Isi dalam dia lawalah kuningnya. Tak ada garis kelabu tu.
Maka SR pun seronok sebab berjaya rebus telur tanpa air. Hahaha!
Wah nanti bole cuba juga laaa :D
BalasPadamTapi kita mcm takde suhu nak di set...
xpe nnt kita cuba je la :D
Jadi melekat tu agaknya sebab tak rebus, dia kering. Ni confuse, nak panggil telur goreng ke camne ni? 😀
BalasPadamsaya buat guna pressure cooker... pakai air fryer belum lagi.
BalasPadamBoleh eh? Baru tahu!
BalasPadamadik pernah ajar berapa minit untuk masak n separuh masak guna af, tapi kita ni je kadang lupa
BalasPadamboleh yer? baru tau jugak.. tq tq!
BalasPadamNanti nak cuba jugalah, selalu nampak orang share, belum cuba lagi..
BalasPadammenarik ni.baru tau air fryer boleh rebus telur
BalasPadamWah . Dh berjaya rebus telur tanpa air guna air fryer
BalasPadamBoleh buat telur setengah masak jugak ni..
BalasPadamLa.. boleh eh.. Senanglah lepas nie.. Buh dalam air fryer, tinggal je.. hehehe..
BalasPadamnnti SR coba try test buat telor setengah masak pulak.. ke dh penah buat sbb entri lama dh tahun lps kann
BalasPadamterima kasih sis bagi idea..boleh try mencuba nie.
BalasPadamhahaha...tek berani saya nak cuba ...kalau meletup kotor nanti fryer tu
BalasPadamwahh Cuya tak pernah try...
BalasPadamAlamak..jadi ye...SA bayangkan dia pecah meletup sebab tak rebus guna air..erm..menarik dan boleh cuba ni
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.