Hai wazzup gais..
Akhirnya SR berjaya juga beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni minggu lepas. Punyalah lama SR asyik tewas masa nak order dekat shopee Khairul Aming tu tau!
Bila masuk aje shopee Khairul Aming tu, mesti dah sold out. Lama-lama, SR pun macam dah give up nak check stok Sambal Nyet Berapi ni hari-hari.
Tapi, hari tu ada nampak video dari Khairul Aming sendiri, dia mengucapkan syukur atas sambutan, dan dia dah cuba increase dia punya penghasilan Sambal Nyet Berapi dia sehari-sehari.
Hah masa tu baru lah SR kembali teringat dekat Sambal Nyet Berapi ni.
Apa lagi, terus berlari masuk ke Shopee guna jari!
Nampak ada stok. Dia tulis siap-siap, limit empat botol sahaja pada setiap pembeli. Jadi terus add to cart dua botol. Cuba rasa dulu kan. Kot-kot tak kena selera pulak nanti kan.
Tak sampai beberapa hari, terus sampai dua botol Sambal Nyet Berapi nya.
Bungkusan memang elok sangat, tak ada tumpah atau bocor ke apa ke. Dia wrap guna bubble wrap elok-elok. Dalam pembelian SR tu, dia ada bagi sekeping kad yang ada gambar Khairul Aming. Mana entah perginya, Ayu dah ambik. Hahaha!
Review untuk Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni mengikut tekak dan lidah SR adalah, bagi SR sambal dia pedas, tapi masih boleh SR hadang. Pedas lagi rendang kerang yang SR cerita beberapa entry yang lalu.
Sedap sangat masa makan dengan nasi panas-panas walaupun point ini sangat klise. Tapi jujurnya sedap. Makan dengan ikan goreng boleh, ayam goreng boleh, telur goreng boleh. In fact, SR makan dengan telur rebus masak kurma pun sedap jugak hari tu. Tambah pulak timun potong nipis-nipis. Nice sangat.
Dia berminyak juga. Pada yang memang anti makan makanan berminyak, SR tak pastilah penerimaan korang macam mana kan. Tapi bagi SR, okey aje. SR ambil 1/2 sudu besar setiap kali rasa nak makan.
Sekian, review SR!
===
Pernah makan ke Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni? Apa komen kalian?
#bukanpaidreview
PS: Banyak juga kedai shopee yang konon-konon jual Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni tau. Tapi Shopee Khairulaming Brand yang original, ini: https://shopee.com.my/khairulamingbrand
Tak pernah nak try. Masa first open order dulu tak sempat beli terus tak try2 sampai sekarang. Review kawan-kawan semua cakap sedap.
BalasPadamAkak x penah mkn☺️
BalasPadamtp laku keras kan sambal ni
jd kesukaan ramai
Alhamdulillah. Akhirnya dapat beli juga ya SR.
BalasPadamtak pernah try, tapi selalu out of stock, maknanya sedap le tu..hehe..
BalasPadamjadi give up nak try sebab selalu sold out haha. jadi nanti nak mintakla sapa2 tolong belikan
BalasPadamtak pernah try tapi ramai betul ya peminat khairul aming ni.. selalu tengok dekat shopee asyik sold out je sambal dia
BalasPadamkaya dah budak ni...
BalasPadamPernah order...pernah makan, memang pedas berdesing...tapi okey la cuma bukan kegemaran..dan tak repeat dah..sebab tak tahan pedas
BalasPadamNak kena cuba sekali ni walaupun saya jual sambal juga. Hihi
BalasPadamBelum berkesempatan nak beli lagi
BalasPadamPernah try... adik yg dapat beli dedulu.. huhu.. Not bad.. Memang agak berminyak.. tapi ok la pada tekak kami sekeluarga....
BalasPadamapalah ertinya sambal kalau tak berminyak?
BalasPadamAmmi tengah misi mencari sambal instant utk bersahur hikssss
tak pernah try lg. harap berjaya jgk order nnti..
BalasPadamSelalu nak beli asyik out stock ..berapi sangat ke sambal ni ?
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.