Kisah ini adalah rentetan dari post SR yang bertajuk Melaka River Cruise Jeti Taman Rempah yang pernah SR muatnaik pada 23 Januari 2022 hari tu. Punyalah lama bertangguh nak up cerita ni. Mood takda mari punya pasal. Kih kih..
Okey let's check it out!
Seperti yang pernah SR bagitahu, trip kami ke Melaka Januari 2022 yang lalu memang sangat spontan. Bangun pagi lepak-lepak anak-beranak macam biasa. Tengahari tiba-tiba rasa nak pergi somewhere untuk sambutan anniversary. Pukul 5 lebih tiba-tiba dah check in di Hotel Metra Square yang jarak sangat dekat dengan Zoo Melaka. Malam tiba-tiba naik bot!
Macam biasalah, kalau pergi tempat-tempat pelancongan macam ni, di pintu masuk mesti akan ada seorang jurugambar suruh kita bersusun, di ambil gambar. SR pun setuju aje lah. Lagipun, lama dah tak pergi jalan, dan dah lama tak ada gambar 1 family yang lengkap kan. SO why not?
Okey, patah balik ceritanya sikit. Dari Hotel, kami hanya guna waze untuk cari mana letaknya Melaka River Cruise ni. Alhamdulillah, trafik memang sangat lancar. Sampai saja dekat sana, terus cari parking. Kawasan parking tu agak gelap di waktu malam. Maybe kalau bawa anak-anak, kena beringat lebih sikit. Peganglah tangan anak-anak, risau ada pemandu kereta lain yang tak nampak.
Lepas kunci kereta, kami pun berjalan pergi ke tempat untuk beli tiket. Orang agak ramai, tapi beratur tak lama pun. SR nampak management dia ada tampal satu notis, kalau nak lagi laju masa beli tiket, order saja melalui atas talian. Tapi kami sebab memang tak tau kan, beratur aje lah secara manual. Dia asingkan siap-siap barisan untuk wakil beli tiket, dan group yang di bawa. Jadi, taklah ramai sangat beratur bersama.
Alang-alang tunggu zaimi belikan tiket, SR bawa anak-anak bergambar di tangga rumah Melaka ni. Alamak, baru SR perasan yang gambar ni tak penuh. Mesti terupload dari folder gambar Instagram! Kira boleh aje lah ye. Malas pulak nak reupload haha!
Selesai beli tiket, kami pun masuk. Bergambar macam yang SR bagitau dekat atas tadi tu. Dah sudah buat bayaran gambar, kami pun turunlah ke arah jeti. Ternampak pula Pelawak Legend kita, Abon sedang jadi MC dekat atas pentas.
Dia bercakap tak berhenti-henti, semua berkisar tentang negeri Melaka dan Melaka River Cruise. Muzik latar belakang yang diaminkan secara langsung tu pun sedap sangat didengar. Ada nyanyian Dondang Sayang lagi. Jadi halwa telinga semasa menunggu.
Menunggu pun tak sampai lima minit. Alhamdulillah, laju sungguh proses kami nak naik bot tu masa tu. Bila naik, duduk dekat kerusi yang dia tak tanda X. Kami duduk anak-beranak kami aje lah. Tak campur dengan pelancong lain.
Perjalan pergi dan balik memakan masa dalam 45 minit kalau tak silap SR. Kita akan dibawa menulusuri Sungai Melaka. Lalu di sebelah Kampung Morten yang ada tinggalan rumah kampung asli yang cantik, Jonker Street, sampailah ke hujung sekali yang ada Hotel Casa Del Rio.
Dalam bot, pemandu bot memang pasangkan rakaman suara yang bercerita tentang apa yang ada di kiri dan kanan sungai. Diselit-selit dengan bunyi biola yang main lagu Dondang Sayang.
Jujur cakap, selain jaga anak atas bot, SR juga terpseona sungguh dengan lagu Dondang Sayang sambil tengok pemandangan. Sampai SR tak terasa pun nak ambil gambar. Hahaha!
Jadi memang tak ada gambar. Ke ada eh? Kalau ada nanti SR share.
Bagi SR, berbaloilah harga tiket dengan pengalaman naik cruise ni. Anak-anak happy, SR dan zaimi pun happy! Cuma rasa bersalah sikit masa lalu dekat pub yang nampak orang tengah minum minuman beralkohol tu. Kih kih kih..
Ala benda tak ada pun kot bagi orang lain, SR biasalah, semua benda nak seriau. Bukan apa, seriau nak jawab bila anak tanya orang tu minum air apa ada gambar harimau. Haha!
Sebab memang dekat je jarak bot lalu dengan area pub tu.
Lagi satu yang menarik perhatian anak-anak, adalah banyak lampu-lampu warna-warni yang dipasang bawah jambatan, pokok-pokok dan juga bangunan. Ada grafiti yang cantik-cantik juga disuluh dari lampu dari bawah.
Memang nganga lah kami lima beranak.
Itu sahaja pengalaman kami naik cruise di Melaka hari tu. Good memories created!
tengok ramai yg naik..depa lambai, kita pun balas lambaian dari tepi tebing...hehe..
BalasPadamPengalaman yang menarik tu Syaz. Cipta memori bersama keluarga.
BalasPadamBetul dah perasaan Syaz bila nampak orang minum tu, tanda hati menolak perkara mungkar.
Bestnya.. Lama dah tak pergi Melaka
BalasPadamBest jugak eh.. bertahun belajar sana pun tak pernah naik.. Haha..Sampai dah habis belajar.. masih x try jugak
BalasPadamTak pernah naik lg walaupun dh berkali ke melaka
BalasPadamgood memories created with the "tiba-tiba" situation...
BalasPadamkadang-kadang adhoc lebih baik dari yg dah preplanned
bestt ..ain dah pernah tiga kali naik . Seronok ! pengalaman naik waktu pagi dan malam sangat berbeza , malam lagi feel best ~~
BalasPadamWah bestnya ..
BalasPadamHi, nk tnye.. Naik cruise tu dr jeti mana? Dan patah balik ke jeti yg kita naik tu ke?
BalasPadamHi, saya naik di jeti rempah tu. Ya, turun di jeti yang naik ☺️
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.