Khamis malam Jumaat minggu lepas, ayu tak boleh tidur. Menangis-nangis kata gigi dia sakit. SR dah pandang zaimi, zaimi dah pandang SR. Kami memang dah tau yang gigi geraham ayu belakang sekali macam dah kehitaman sikit. Cuma tak bawa dia ke klinik gigi lagi. Tak sempat pun ya. Tapi bila dia dah menangis-nangis macam tu, mulalah rasa bersalah.
Jadi Jumaat tu, SR terus mohon cuti dan bawa dia ke Kinik Pergigian Medissa dekat Senawang ni.
Sebab dari review yang SR baca di Google, rata-rata kata servis Klinik Medissa ni baik dan elok untuk bawa anak-anak kecil. SR kalau boleh, tak nak ayu jadi macam SR.
SR ni sampai jadi trauma dengan doktor gigi sampailah ke sekarang, sebab pengalaman SR yang pertama sekali masa SR darjah 1 dulu, amat menyakitkan SR.
Kalau boleh, SR tak nak anak-anak SR ada trauma tu. Itu yang SR gigih juga tak tidur malam, dan cari tentang pilihan klinik gigi yang ada di sekitar kawasan rumah kami.
Jadi, SR pilih Medissa.
Dia buka pukul 10 pagi. Dalam 9.45am, SR dah bawa ayu ke sini. Ngam-ngam pukul 10, kami sampai. Tapi, dah ada 5,6 orang patient dekat dalam klinik. SR memang berharap agar tak lama sangat menunggu.
Klinik dia cozy sangat. Ruang menunggu yang santai membuatkan ayu tak nervous. SR yang nervous tau!
Masuk-masuk aje, terus ke kaunter receptionist. Dekat situ, ada tertampal notis yang dia akan dahulukan yang ada appointment. Yang walk in, diharap sabar menunggu.
Kemudian, dia akan suruh kita scan satu QR code, untuk isi form yang kita nak mendapatkan rawatan pergigian dekat situ. Jadi, SR isikan bagi pihak ayu. Dia juga ada minta MyKid ayu. Jadi kalau nak ke sini, perlu bawa MyKid/ MyKad ya!
Isi form dan tick beberapa ayat persetujuan tu tak sampai 5 minit pun. Sebab banyak yang tick tick aje. Selesai isi, SR pun duduklah menunggu dengan ayu sementara nama ayu dipanggil.
Cumanya, SR memang redha habis bab berapa harga dia untuk consultation dengan nak tampal gigi ayu tu. Sebab sepanjang SR menunggu dekat ruang menunggu tu, dia tak ada pula tampal senarai harga. Ke SR yang tak nampak, tak tahu lah.
Dahlah ada beberapa orang yang buat pembayaran dengan duit not RM50 dan RM100 secara tunai, yang banyak berkeping-keping tau! Tak ke kau seram, rupanya tampal gigi anak, kena caj RM1000?
Hahaha!
Imaginasi SR ni kadang-kadang liar weh. SR sedar yang SR baca dekat review-review tu, ramai yang kata Klinik Pergigian Medissa ni harganya berpatutan. Tapi, SR cuak jugalah. Sebab SR sekarang selalu cashless. Banyak bayar dengan debit dan QRpay aje kan.
Tak sempat iamginasi SR tentang bayaran tu sampai ke penghujung, nama ayu telah dipanggil untuk ke bilik doktor. Tak lama pun menunggu, dalam 5,6 minit aje rupanya. Alhamdulillah. Walaupun kami tak ada appointment.
SR pun bawa ayu ke bilik doktor yang dia bawakan.
Sampai je ayu dekat muka pintu, memang doktor dan semua yang ada dalam tu sangat welcoming ayu ke dalam. Memang hebat psikologi diorang. Doktor lelaki tu (namanya Muiz kalau tak silap SR), terus ajak ayu duduk atas kerusi magik. Dan ayu pun dipakaikan cermin mata hitam.
Macam-macamlah ayat dia guna untuk saiko ayu supaya bagi kerjasama dan tak takut. Dia perkenalkan alat-alat yang dia akan guna untuk rawat gigi ayu. Dia cakaplah, kenapa ayu duduk atas kerusi magik tu, dan apa yang dia nak ayu buat semua.
Dan tak sampai pun 15 minit, siap tampal gigi ayu. Tak ada pulak dia guna gerudi yang macam doktor gigi buat dekat gigi SR masa SR kecik dulu. Sampai trauma SR masa tu kan. Nasib baik masa ayu ni, tak ada pun.
Selesai, kami pun ke ruang menunggu tu balik. Seram nak tau harga. Memang sangat nak tau harga untuk tampal gigi di Klinik Pergigian Medissa ni!
"RM50." Kata adik dekat kaunter tu. Fuh lega! Terus bayar secara debit kad. Dan balik. Masa tu lah hal kerja pun masuk, nak kena call orang itulah, apa lah. Haih... kerja ni memanglah takkan habis kan. Sabar aje lah.
Balik, SR suruh ayu rehat-rehat aje. Doktor pun kata, biarkan keras dulu apa yang dia letak dekat gigi ayu tu. Makanya, ayu boleh makan yang lembut-lembut aje untuk beberapa jam pertama selepas tampal gigi tu.
Oh ya, ayu juga dapat set alat tulis dari klinik tu. Dia memang bagi hadiah pada setiap pesakit kanak-kanak. Okeylah kan? Happy budak-budak hehe...
Kalau kita yang dewasa ni, doktor gigi nak pujuk supaya tak takut, agak-agak hadiah apa yang boleh buat kita lupa terus dekat sakit gigi dan trauma jumpa doktor gigi?
hahaha!
Wah…memang bagus sungguh klinik gigi ni 👍🏽
BalasPadamSegalanya terbaik kalau gini.
Syaz, akak ni pun akibat trauma doc gigi zaman sek ren…sekarang umur 40-an terpaksa buat rawatan dengan harga yang macam nak pitam mula-mula dengar 😅. Jangan trauma lagi tau, pasal sekarang dah lain, tak menyeramkan macam dulu-dulu..hehe. Yang penting, baca review orang lain dulu pasal doc klinik tu.
Saya pun trauma sampai la ni.. masa zmn sekolah dulu² darah tk berhenti henti.. last² pi klinik semula kena jahit.. cabut gigi je
PadamWah! Dapt hadiah!
BalasPadamHarap2 dah tak sakit gigi lagi
BalasPadamSIAN AYU SAKIT GIGI DH TAMPAL OKLA TU BAIK DAH KAN YU
BalasPadamkalau sy dpt hadiah juga spt kanak2, memang selalu la sy gi jumpa dentist kan?
BalasPadamBan gigi memangg seramm ha haa akak lg la,adoii
BalasPadamkalau ank nk buat rawatan memangg redha je la. Thn lepaa pun buat rawatan akar abis la 1500 emmm
Gigi Ayu susu ke kekal.tu Syaz?
Betul tu , nak cari klinik gigi anak ni bukan senang. Kena ada doctor yang pandai melayan budak.
BalasPadamCici pun selesa dengan doc yang layan lemah lenbut.
Plan nak g jumpa dentist minggu depan. Ngilu lah. Aduii.
BalasPadamMemang terbaik la services . Dokter2 pun dai melayan bebudak . Macam ni lah yang kita nak .
BalasPadamAlhamdulillahhh, tak sakit sgt.. takda part gerudi gigi .. Haaa.. kalau yang dewasa, kena bagi duit la supaya tak takud . Hahaahahaha
BalasPadampandai doktor beli jiwa pesakit comel dia ;-)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.