Cuba teka ayu dan amir tengah buat apa ni?
Ya!
Seperti nama dekat tajuk entry, amir dan ayu tengah makan gula tarik. Sema namanya kata orang kedai tu. Beli masa kami pergi ke Pasar Tumpat dua hari lepas. Entahlah budak-budak ni, orang kedai tu promote, terus nak. Jadi SR belikanlah sebekas.
Sema Gula Tarik.
Sedap sengoti (sedap sangat) katanya haa.
Dalam 1 bekas kruk krak ni, ada 12 biji sema tu.
Ada tiga warna semuanya; merah jambu, hijau dan kuning.
Tekstur dia sangatlah keras.
Rasa dia sangatlahhhhhhh manis.
SR yang ada kencing manis ni, gigit sekali terus seriau!
Komen personal SR, kalau orang yang memang sangat suka manis, atau seseorang yang nak cuba makan makanan baru, bolehlah beli.
Kalau orang yang tak penyabar bila tengok habuk dia bersepah-sepah, boleh fikir dua kali sebelum beli. Mungkin boleh beli sebagai goodie bag untuk kenduri? Selalu kan orang bagi manisan kan untuk kenduri kahwin, kalau bukan telur rebus.
SR beli ni RM5, kalau beli banyak, mungkin lebih murah?
EH ikut suka uolls la nak buat apa, memandai aje SR ni. Effect makan manislah ni hahaha!
Korang pernah makan ke sema ni?
Atau sema ni, di tempat lain ada nama lain?
+++
ooh kiranya jajan la nih.. 😅😅
BalasPadamSaya rasa begitulah hehe
PadamMakan dekat luar rumah baru tak risau bersepah. Hi3😁
BalasPadamLama tak gula tarik ni 😋.
tulah, last2 saya suruh anak-anak makan di luar saja haha
PadamMakan ni memang bersepah tapi sedap. Fave ni. Jarang jarang sekali makan boleh lah..
BalasPadambetul tu, janganlah makan selalu selalu (sokmo2) hahah
PadamTak pernah rasa😅
BalasPadamseriau gigi bila tahu gula tarik ini keras😂
terigt zaman sekolah , gula tarik kami lain plak ghopenya...
BalasPadamIni kalau pakai baju hitam habis jahanam!
BalasPadamtak beranilah nak makan manis dah tua-tua ni. sema ni dapat kat anak-anak sedara yang kecik,terus aktif melompat ke sana sini.
BalasPadamOo..namanya gula tarik.
BalasPadamPernah beli dan makan masa ke pantai timur, sedap la bagi akak.
Baru tahu namanya sema. Kita tak suka makan sebab bersepah dan comot nanti, hihi.
BalasPadamwah..mcm dap je, sure manis tu..kan?
BalasPadammama penah beli dulu kat airport pc, mmg berhabuk makan haha..
BalasPadamManis tak? Ngilu gigi SA tengok aksi dua beradik tu ha....
BalasPadamTak pernah jumpa. Kalau manis tu, fikir beberapa kali nak makan.
BalasPadamPernah nampak video orang buat sema gula tarik ni. Agak renyah prosesnya. Teringin nak rasa. Tengok pun tahu manisnya. At least dapat rasa okaylah walaupun yang manis betul tak suka sangat. Eh eh ada nama Ayu kat situ :)
BalasPadamBab habuk bersepah tu memang kadang stress.. tapi.. Sha suka sema ini.. hehehe.. Suka yang beli dekat Pasar Payang.. Sedap.. lembut.. puas hatilah..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.