HUKUM DAN CIRI-CIRI PAKAIAN SOLAT BAGI WANITA
Wajib: Bagi wanita yang ingin menunaikan solat, pakaian wajib bagi mereka ialah yang menutup aurat, iaitu seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan.
Sunat: Adapun sunat bagi wanita adalah solat dengan tiga kain, iaitu tudung untuk menutup kepala dan leher, kain untuk menutup tubuh dan kedua kaki, dan kain luar untuk menutup pakaian. Mereka juga disunatkan untuk memilih kain yang tebal sehingga bahagian tubuhnya tidak kelihatan. Bahkan digalakkan untuk memakai pakaian yang berwarna putih kerana ia merupakan warna kesukaan Nabi Muhammad SAW. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ (ص) ((اِلْبَسُوا ثِيَابَ الْبَيَاضِ, فَإِنَّهَا أَطْهَرُ وَأَطْيَبُ ، وَكَفِّنُوا فِيْهَا مَوْتَاكُمْ)).
Maksudnya: “ pakailah pakaian putih, kerana ia lebih suci dan lebih baik. Dan kafanlah orang mati dengannya”.
Harus: Harus bagi wanita untuk menunaikan solat dengan pakaian yang dipakai ketika keluar rumah seperti pakaian kasual selagimana ia masih menutup aurat.
Makruh: Makruh bagi wanita untuk menunaikan solat dengan pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badan mereka. Sekiranya pakaian itu boleh menyembunyikan warna kulit tetapi menampakkan bentuk dan ukuran tubuh badan, maka sah solat dengan memakainya kerana ia tidak dapat dielakkan sekalipun memakai pakaian yang tebal. Walau bagaimanapun, menurut pendapat ulama mazhab Syafie, kain seperti itu makruh dipakai oleh wanita.
Haram: Haram bagi seseorang wanita untuk menunaikan solat dengan memakai pakaian yang terkena najis. Solat menjadi tidak sah jika memakai pakaian yang terkena najis kerana salah satu daripada syarat sah solat ialah suci badan, pakaian, dan tempat solat daripada najis. Selain itu, menurut pendapat ulama mazhab Syafie sah solat dengan menggunakan pakaian yang haram iaitu pakaian yang dibeli dengan wang haram atau setengah daripadanya. Akan tetapi penggunaan pakaian tersebut adalah haram.
PEMAKAIAN TELEKUNG WANITA KETIKA SOLAT
1) TELEKUNG PUTIH:
Secara umumnya, kaum wanita sudah terbiasa dengan pemakaian telekung putih ketika solat sama ada di rumah mahupun di masjid. Hukum memakai telekung putih adalah diharuskan selagimana ia tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit kerana ia menjadi simbol kepada kesucian dan kesederhanaan sekaligus ia merupakan warna kesukaan Rasulullah SAW seperti hadis yang telah disebutkan di atas.
2) TELEKUNG LYCRA
Pada zaman sekarang, kita didedahkan dengan pelbagai gaya, bentuk, corak, dan warna terkini dalam pemakaian seharian termasuklah pakaian ketika bersolat. Pemakaian telekung Lycra sudah lama diperkenalkan serta mendapat tempat di hati masyarakat. Seperti yang telah sedia maklum, ciri-ciri kain Lycra adalah sejenis kain yang bersifat kasual, kenyal (elastik), tahan haba panas, lembut, halus, mempunyai ketahanan lipatan yang tinggi. Pemakaiannya adalah diharuskan selagimana tujuannya adalah untuk melakukan amal ibadat dengan ikhlas dan untuk menutup aurat, serta bukanlah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk. Namun, ternyata kain Lycra yang berkualiti tinggi dan tebal mampu melindungi aurat wanita ketika solat serta tidak melekat pada tubuh badan. Namun, pemakaian telekung Lycra yang nipis dan melekat perlulah dielakkan.
3) TELEKUNG YANG BERWARNA
Harus bagi seseorang wanita memakai telekung berwarna. Mereka perlulah memilih warna yang sesuai sekiranya untuk dipakai ke masjid seperti warna yang sederhana terang atau lembut. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada menjadi perhatian bagi lelaki bukan mahram dan mengganggu kekhusyukan jemaah wanita lain ketika solat. Pemilihan warna seperti krim, pink lembut atau warna pastel dilihat lebih bersesuaian dengan persekitaran kita. Pemakaian telekung yang berwarna seperti merah jambu terang, merah terang dan sebagainya perlu dielakkan kerana penggunaan warna yang agak keterlaluan atau terang jarang diamalkan oleh masyarakat kita.
4) TELEKUNG BERCORAK
Pemakaian telekung yang bercorak atau berwarna juga adalah diharuskan. Namun begitu, perkara pertama yang perlu dinilai ialah tujuan asal pemakaiannya bagi setiap wanita untuk menunaikan solat di masjid. Tujuan utama kita memakai telekung adalah untuk menutup aurat dengan sempurna serta dapat melakukan ibadah solat dengan khusyuk sekaligus diterima sebagai amal ibadat oleh Allah SWT. Bagi isu pemakaian telekung bercorak termasuklah yang mempunyai sulam, manik, bunga-bunga yang ditampal mahupun corak yang sedia ada pada kain itu perlulah diberi perhatian. Jika pemakaian telekung bercorak yang dipakai oleh seseorang wanita di masjid adalah bertujuan untuk menutup aurat dan melakukan amal ibadat semata-mata kepada Allah, maka ia diharuskan asalkan tidak mengganggu kekhusyukan diri dan jemaah wanita yang lain. Namun, jika wanita tersebut berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada jemaah wanita yang lain, maka ia dilarang sama sekali.
Terima kasih untuk perkongsian ni.
BalasPadamComelnya ayu bertelekung. Telekung pun cantik.
Cantik telekung Ayu...SA plak telekung mesti nak warna putih...x berapa suka yg warna-warna tapi adakala pakai jugak kalau yg putih cuci...
BalasPadamsekrg sudah banyak telekung bercorak & berwarna..dulu2 kebanyakan warna putih polos saja..
BalasPadamMacam2 jenis telekung ada skrg ni. Akak suka telekung berwarna & jenis plain. Tak berapa suka yang ada corak2...
BalasPadammama suka pakai telekung warna gelap
BalasPadamAmmi ada 2-2 jenis yg putih cotton & lycra. Ammi prefer yg lycra rasa selesa.
BalasPadamKalau masa di Tanah Haram, macam2 gelagat org bertelekung ada. Kadang2 sambil menyandar di tiang dan berzikir mata tu ligat je pandang telekung jemaah wanita dari negara2 lain
sekarang ni trend macam2 jenis telekung tapi saya still suka beli yg warna putih. my favourite telekung Siti Khadijah :)
BalasPadamGood sharing..tq tq
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.