Dua minggu lepas, kami sekeluarga pergi ke Ayer Keroh, Melaka. Tak rancang pun nak pergi sebab rancangan asal nak bercuti ala-ala hype sikit sempena anniversary ke 10 tak dapat kami lunaskan walaupun dah lama pasang angan-angan. Mungkin tak ada rezeki kan. Jadi, memang tak booked apa-apa hotel pun dari awal. Sampailah pagi Sabtu tu. Kami fikir, pergi ajelah mana-mana kan. Search aje Agoda, tengoklah mana-mana yang masih available dan boleh dicekau oleh budget yang bersisa.
Long story (of searching the hotel!) short, kami pun booked One Room Apartment di Metra Square Hotel. Dengan pantas kemas beg, call hotel kata kami akan tiba lewat dalam 5pm gitu, terus ke sana. Vrooom!
Tak susah nak cari hotel ni kalau guna Waze atau Maps. Tak bersimpang-siur. Keluar aje dari tol Ayer Keroh, dalam tiga minit dan sampai ke Metra Square. Waktu check in, hotel akan minta RM50 untuk deposit dan dia akan bagi kad (kunci bilik) 1, beserta password wifi dan tunjuk tempat nak breakfast esoknya. Kalau tak silap SR, receptionist tu berada di Blok A. Dan Metra Square ni, berada 1 pagar dengan AMES Hotel.
Bilik kami di Blok C. Masa dapat bilik tu dah terbit sedikit frust la sebab memang pihak hotel dah tampal notis, yang Blok C dan D, ada construction sedang berjalan. Dan memang masa kami berjalan ke bilik hotel tu pun, boleh nampaklah beberapa kedai di level bawah tengah renovate dan mengetuk-ngetuk.Katanya sampai 5pm setiap hari. Memang sedikit suram bahagian bawah Blok C tu.
Masa booked, memang terbayang yang bilik yang kami akan dapat tu ala-ala sewaktu kami menginap di Stellar Shaftbury Putrajaya. And lesson learned, lain kali kena rendahkan expectation. Sebab walaupun harga hampir sama, mungkin masa kami menginap di Stellar Shaftbury tu, waktu itu harganya tengah promosi lepas PKP. Hehe..
Nanti korang boleh cekidot post SR yang di Stellar Shaftbury tu untuk lihat perbandingan,
Ok jom masuk bilik di Metra Square!
.
.
.
.
.
.
.
Masuk saja pintu, ada kitchenette di sebelah pintu. Ada peti ais dan cerek elektrik, which is good. Senang nak simpan makanan, dan nak masak air, untuk yang nak buat susu anak kan. Singki dia pun besar. Not bad. Cuma, dia tak ada sediakan pinggan mangkuk sudu garpu. Ada cawan untuk buat air panas, dengan air mineral dua botol. Dalam kabinet tu kosong aje. Mungkin kemudian nanti pihak hotel akan penuhkan? Mana tahu kan ;)
Di ruang tamu, ada rak bawah tv, ada meja kopi dan juga ada sofa bed. Belakang sofa bed tu ada ruang yang luas, di situ ada meja study. Dan belakang meja study tu, adalah dining area, bersebelahan dengan balkoni.
Lantai dia sangat best. SR suka sangat lantai macam ni tau. Hehe.. Ada ruang luas tu, anak-anak biasalah, mainlah sekejap sementara sebelum pergi berjalan kan. Ruang luar ni ada aircond, tak ada kipas. Aircond pun sejuk dan berfungsi dengan baik sekali.
Balkoni bilik yang SR dapat ni, menghadap Taman Belia Antarabangsa. Memang menghadap jalan rayalah kiranya. Dengarlah bunyi kenderaan lalu. Tapi malam-malam sunyi aje. Tak banyak pun kenderaan yang lalu. Jadi walaupun tepi jalan, tak adalah susah nak lelap.
Kalau berdiri di pintu balkoni, memang nampak keseluruhan ruang luar.
Ada TV, tapi siaran limited. Ala macam hotel-hotel lain jugak. Jadilah, nak tengok gitu-gitu aje pun kan. Ada telefon, tapi tak ada line. Tapi, Metra Square ni ada WhatsApp. Ada apa-apa. whatsapp je. Sesuai bangat untuk orang yang tak suka cakap telefon macam SR ni hahaha!
SR whatsapp aje diorang masa tu masa nak minta sejadah. Senang, terus aje sampai.
Ini biliknya. Ada satu katil queen. Ada cermin panjang, aircond, almari dan dalam almari ada iron board serta seterika.
Dan ada meja tepi serta lampu tidur jugaklah. Macam bilik hotel biasa.
Toilet ada dekat luat, tepi kitchenette tadi. Toilet dia ada fungsi air sejuk, air panas. Tak ada bath tub, tapi ada shower. Toilet dia juga ada bidet. Legaaaaa! Sebab itu antara kekurangan di Stellar Shaftbury bagi SR masa tu hahaha!
Besar dan boleh tahan selesa toilet di Metra Square ni. Dia ada sediakan sabun dan syampu. Tapi itu aje lah. Tak ada berus gigi, shower cap semua tu. Jadi kalau nak guna, bawaklah ye. Towel pun dia sediakan 2.
Parking pun banyak, mungkin masa kami menginap tu, tak ramai yang menginap di sana. Jadi malam tu, zaimi parking depan balkoni bilik kami. Senang nak tengok kereta. Alang-alang tak ada view, park ajelah kereta bagi senang nak observe kan. Dekat bawah Blok A, sebelah receptionist juga ada kedai serbanika. Bolehlah nak beli apa-apa jika perlu.
Nak order makan guna Food Panda pun senang. Sekejap aje rider dah sampai. Cuma kena turun pergi ambil lah. Oh ya, satu lagi yang boleh dikata kelebihan hotel Metra Square ni, sangat banyakkkkk soket / plug. Senang nak caj apa-apa. Memang tak risau nak berebut.
Itulah saja cerita dari SR tentang hotel Metra Square ni. Hotel dia okey, kenalah dengan harga kot? Oh, SR tak pergi makan breakfast pagi tu. Kami order dari Food Panda juga. Tak berani nak dine in. Hihi..
Jarak hotel ni dari Zoo Melaka hanya 6 minit berjalan kaki. Dekat tak? Dekat tak?
Bye gais! Selamat berhujung minggu!
Dekat dengan tempat makan tempat nak berjalan satu bonus tu.
BalasPadamKalau g melaka kita jarang stay arra ayer keroh.. Prefer msk bandar dia heheh tp ni ok la kan. Ala2 konsep apartment gitu
BalasPadamNampak yang paling seronok ialah anak2. Sekarang nak makan memang senang order fp atau gf jer kan, tapi tulah, penat nak berkemas.
BalasPadamSuka yang jenis banyak plug ni. Maklumlah banyak device nak charge. Hehehe
BalasPadamEceh ceh ceh.... gambar akhir tu!
BalasPadamLuas jugak biliknya ada banyak kemudahan walaupun kurang lengkap. Best bilik ada balkoni, boleh lepas tengok permandangan luar. Suka gak lantai jenis lantai vinyl ni. Sejuk jugak. Ayu jadi model ke camne ni. Comelnya Ayu! Bersilang kaki lagi tu.
BalasPadamdkt dgn zoo
BalasPadamdpt jln2 ke zoo mzsti budak2 suka ni kan
rinduu nk blk Melaka
hotel sekarang memang suka ye buat glass wall dekat bilik air haha
BalasPadambagus tu banyak plus, senang nak charging ..selalu hotel kureng. jenuh cabut plug lampu
BalasPadamBesar betul hOtel dia.. puas hati tengok..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.