Terlupa betul SR nak update cerita tentang ni. Tahun lepas, SR ada menghubungi blogger As Samsudin untuk mendapatkan buku antologi Legasi Abah yang ke lapan, Lelaki Anugerah Terindah. As merupakan salah seorang penulis dalam antologi ini.
Jadi, selepas beberapa hari dari hari SR hubungi As, sebuah bungkusan pun sampai di rumah. Masa tu, tak dapat nak teka barang apa yang sampai. Maklumlah, punyalah banyak order barang dari shopee kan. Haha! Don't try that at home!
Bila SR buka sahaja kotak tu, terus nampak dah bukunya. Sangat kemas bungkusannya.
Terbaik!
Sebaik saja SR angkat buku yang dalam bubble wrap tu, terus nampak ada macam-macam lagi rupanya.
Ini adalah hadiah-hadiah yang datang sekali dengan buku antologi tersebut. Ada buku nota kecil yang comel, pensel fancy, dua coki-coki, gula-gula dan tasbih.
Ada banyak cerita pendek, kenangan kesemua penulis bersama abah masing-masing, termasuklah dari Puan Sri Diah Shaharuddin. Seronok juga membacanya. Kalau waktu busy, boleh baca cerita tu satu, satu. Tak kalut nak tahu ending.
Kebanyakan cerita dalam ini adalah dari pengalaman. Bukan fiksyen. Penuh dengan nasihat dari abah-abah para penulis, yang diingati mereka semua sejak sekian lama.
Pada yang berminat, boleh dapatkan melalui As Samsudin.
Byk gift nya sekali
BalasPadammesti best pesanan dari abah
Kann setiap kita mesti ada kenangan dan pesanan dari seorg bergelar Ayah yg tak akan lupa hingga dewasa
Antologi yang mengangkat kisah abah..menarik.
BalasPadamHappy readings! Seronok kan baca novel yang true story ni :)
BalasPadamteringat kat abah yg dah tak ada.
BalasPadamMenarik! Setiap orang pasti punya kenangan dengan ayah memasing, kekadang pengalaman itu hampir sama bagi setiap orang. membaca buku ini tentunya mengingatkan kepada ayah..
BalasPadam#free gift pun banyak juga hehe
True story memang menarik cuma endingnya selalu sedih
BalasPadamSeronok membaca buku kisah hidup seperti ini. Bacaan santai tapi penuh nilai dan pengajaran.
BalasPadamPemurah orangnya, tentu Syaz juga seorang yang suka memberi lalu dihadirkan mereka yang demikian sebagai pengganti yg lebih baik.
BalasPadamkak terlibat antologi LA 11
BalasPadamBestnya beli buku dapat macam macam sekali. Seronok dapat buku dalam kotak macam ni. Buku pun terjaga elok. Selamat membaca.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.