Todia gais. SR lupa terus nak update pasal kami sekeluarga pergi ke Taman Tasik Cyberjaya bulan November 2021 yang lepas. SR hanya sempat update sekeping gambar anak-anak dekat atas menara tinjau tu aje masa tu. Haha!
Okey, marilah kita throwback aje kisah pada hari tu. Mana yang ingat aje lah!
|entry ini banyak gambar|
Zaimi yang punya idea. Dia kata nak cuba berjalan ke tempat baru dan tak pernah pergi lagi, tapi tak nak juga yang jauh dari rumah. Nak dekat-dekat jugalah. Jadi, kalau ikutkan, perjalanan dari rumah kami ke Cyberjaya ni ambil masa dalam 1 jam. Nak senang, gunalah waze atau maps. Sebab kalau orang yang tak biasa ke Cyberjaya, takut terlepas simpang dekat highway di Putrajaya tu. Kitoranglah yang sesat sekejap tu haha!
Nanti bila dah sampai, korang pasti tau korang dah sampai lepas nampak dia punya batu tanda yang besar ni. Tepi tu sikit aje, dah jumpa parking lot. Haa bolehlah parking. Jalanlah ke arah tempat riadah. Ramai orang, rasanya kalau pergi hujung minggu, memang tak mungkin tak ada orang!
Orang lain rata-rata akan belok ke kanan dulu. Sebab sebelah sana, akan jumpa dengan satu playground yang sangat besar, dan ada deretan basikal dan basikal elektrik yang boleh disewa untuk digunakan. Untuk pusing tasiklah kiranya. Tapi kami langkah kiri!
Kami belok kiri dulu. Sebab kiri tak ramai orang. Tujuan datang kan nak menikmati alam, to feel the tranquility. Gitcheww..
Kami terus je naik atas jambatan sempit yang berwarna merah bata ni. Kiri kanan memang banyak pokok paya. Ditambah pula dengan bunyi-bunyi haiwan dan serangga paya. Memang nyaman, tenang dan damai. Sekali sekala aje bertembung dengan orang yang bawa skuter elektrik.
Masa kami lalu tu pun, ada pengantin tengah photoshoot. Orang baru kahwin kan, berpeluh-peluh celah pokok pun, rela berpeluk dan mencuit dagu pasangan sambil merenung anak mata. Kami pengantin lama ni, mengisahkan nak kejar anak aje lah atas tu. Haha!
Jalan tak jauh pun atas jambatan tu, terus nampak ada menara tinjau dekat depan sana. Terus menuju ke sanalah budak-budak tiga orang tu. Macam berani sangat nak memanjat!
Eh, rupanya diorang berani aje. Mak dan ayah yang tak berani nak lepaskan diorang panjat sampai atas sekali. Kebetulan masa ni, baru ada kisah yang budak kecil jatuh dari menara tinjau di Setia Alam tu. Jadi, setakat dekat situ ajelah adam, amir dan ayu dibenarkan naik. Mak dan ayah tak larat jugak nak bawak tinggi-tinggi sebenarnya. Sakit lutut oi!
Jadi selebihnya, kita lepak dan bergambar dekat bawah menara tinjau tu aje.
Agak-agak dah puas dekat menara tinjau tu, kami pun meneruskan perjalanan lagi. Dah boleh pilih samada nak teruskan berjalan atas jambatan sempit tu, atau jalan tepi tasik tu terus. Dah mula nampak ada famili yang bentang tikar dan berpiknik tepi tasik.
Tenang aje rasa. Sebab sunyi kot. Dan air tasik dia juga tak adalah bau yang horror sangat.
Nampak pula ada pondok dekat depan sana. Apa lagi, terus melangkah laju-laju sebab nak pergi duduk. Kikiki... Ala dah 30an ni, berjalan sikit memang sibuk nak cari kerusi.
Lepas sampai dekat pondok tu?
Ha duduklah, apa lagi. Anak-anak dah bising dah sebab kena duduk. Diorang nak jalan lagi. Eh eh eh.. mentang-mentanglah kuat dan sihat lagi, bukan main eh! Kasilah can mak ayah nak duduk jap hahaha!
Ha duduklah, apa lagi. Anak-anak dah bising dah sebab kena duduk. Diorang nak jalan lagi. Eh eh eh.. mentang-mentanglah kuat dan sihat lagi, bukan main eh! Kasilah can mak ayah nak duduk jap hahaha!
Ala bukan nak duduk lama pun, lepas tu kami pun berjalan balik. Walaupun kaki rasa dah lenguh-lenguh. Teruskan jalan!
Si fauna yang ada dekat Taman Tasik Cyberjaya ni haa. Seram jugak, takut dia rentap beg. Dahlah dia follow tau! Sikit pun dia tak takut kitorang. Berlari-lari anak SR sebab takut. Laju aje kami jalan sampai ke tengah. Monyet tu dah tak ikut dah bila sampai situ, sebab dah ada orang-orang lain. Ada SR terbaca, kalau orang yang bawak makanan, contoh macam jinjit goreng pisang kan, monyet Tman Tasik Cyberjaya ni akan kejar dan rampas. Hahaha!
Entahlah betul ke tidak.
Bila dah mengah berlari tadi, budak-budak ni pun dah letihlah. Tadi eksen kan, taknak duduk. Lepas dah berlari sebab ketakutan, baru diorang ni kenal erti capek.
Jadinya, melungguh la sekejap di atas tanah di tepi tasik tu. Sambil-sambil ambil angin lagi.
Lepas habis lelah, kami pun sambung berjalan. Orang pun dah makin ramai. Kiranya, orang-orang yang belok ke kanan awal-awal tadi, kebanyakkannya memang tak pergi pun ke arah jambatan yang kami lalu tu. Memang rata-ratanya diorang setakat sampai tengah tu aje. Memang banyak sangat orang berpiknik dan beriadah. Timbul juga rasa seram tentang Covid-19 kan.
Jadi, singgah ambil gambar beberapa keping. Dan gerak jalan ke arah pintu masuk taman tadi semula.
Mana ada orang ramai?
SR tipu?
Haaa kau sabajap.
Nak ambil gambar, mestilah sedaya upaya tak masukkan sosok ajnabi dalam gambar anak-beranak kita kan.
Inilah antara gambar-gambar orang lain yang ada dekat sana juga masa tu. Ramai tu memang ramai. Tapi diorang pun nak jalan-jalan jugak. Bukan SR aje! Jadi pandai-pandailah jaga SOP. Inshaallah tak jadi apa-apa yang tak diingini.
Nak naik basikal elektrik?
Nak naik skuter?
Skuter elektrik?
Main bubbles?
Beli air?
Pilih ajelah apa korang nak. Semua ada depan playground yang massive tu!
Kami dah nak gerak balik dah masa ni. Penat jugak memusing tasik tu.
Dekat parking lot, ada orang jual air juga. Singgahlah beli, untuk minum dalam kereta. Sebab kalau nak minum masa tengah jalan dekat tasik tadi, memang tak berani nak cabut mask. Ramai orang sangat-sangat.
Oh ya, pada yang tak biasa kan, jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak ada orang bawak anjing berjalan dekat taman tasik ni. Ianya dibenarkan di sini, asalkan berikat.
Itulah saja pengalaman kami ke Taman Tasik Cyberjaya hari tu 😃
tenang menikmati suasana indah permai
BalasPadamBetul kak PI, sangat tenang di sana
Padamaktiviti yg disukai anak2 kan
BalasPadamsb tgh aktif dan kuat
panjat2 ni
betul kak, kita yang mengah ikut dari belakang hehe
Padamhaha..mengah mak pak nak ikut langkah anak2 yg tengah aktif berlari sana sini...tapi cantik juga view kat tasik situ yea..
BalasPadamcantik, ramai juga pengantin photoshoot di sini
Padammasa tempat jalan-jalan tu nampak lenggang je, tapi rupanya ada jugak ramai orang siap ada orang menjual macam-macam makanan... best jugak kalau petang-petang jalan sini nak ambil gambar pun cun
BalasPadamaah, ramaiiiii sebenarnya kalau dekat main area dia hehe
PadamBest jugak jalan jalan kat sini. Flora fauna boleh dinikmati tanpa perlu masuk ke hutan. Budak budak seronoklah jalan. Kalau singgah kena langkah kiri dululah jugak ni ikut trail ni. Risau kalau banyak monyet ni. Bila geng ramai dorang berani lain macam serang manusia. Bila bergambar sebolehnya memang taknak orang lain masuk dalam gambar. Susah pulak nak kena edit gambar nanti. hihi.. meriah betul kat sini sebab banyak tarikannya.
BalasPadamhihihih betul tu fiza, kalau taknak ramai orang, nanti 'to the left, to the left' dulu bak kata Beyonce hehe
PadamMenarik juga Taman Tasik Cyberhaya ni...
BalasPadamAkk baru sekali ke Cyberjaya, nanti senang2 boleh explore sini.
silakan kak! hehe
PadamYang penting last2 tapau air....! hehehehe
BalasPadamWajib! tekak dah macam padang pasir dah haha
PadamMenarik tempatnya. Sesuai untuk riadah, santai-santai.
BalasPadamsetuju dengan komen kak ujie
PadamTeringin nak bawak mak abah pi jenjalan macam ni tapi dua2nya dah x larat kot...kan?
BalasPadamBestnya
BalasPadamseronok & bagus sebenarnya aktiviti mcm ni. spend masa ngan family.
BalasPadamdulu masa Ian & Iris kecik2...selalu picnic mcm ni...main bola. kadang2 malam pun jadi je. suka la bebudak kan.
syoknya jalan2 ptg..:)
BalasPadamNampak tenang je tengok kehijauan alam di sekeliling taman tasik cyberjaya ni . Hati2 dgn monyet tu .bahaya juga
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.