Awal Januari 2022 hari tu, SR ada terbitkankan buku baru SR yang bertajuk Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku: Dari Kentucky ke Busan ni. Alhamdulillah, minggu lepas bukunya dah siap cetak, dan dah sampai ke pangkuan SR. Dan, batch pertama buku ini yang SR cetak telah pun habis. Syukur atas sokongan ☺️
SR pun cetak tak banyak sangat, SR tak ada tempat nak simpan stok. Selalu SR print dengan satu pencetak ni. Tapi, sejak kebelakangan ni, SR makin tak berpuas hati pula dengan kualiti buku yang dia cetak. Senget, tak sharp dan sebagainya.
Jadi SR nekad untuk cuba kilang cetak yang baru ni. Dan SR memang sangat puas hatilah dengn kualiti percetakan dia.
Buku solo SR yang ketiga ini, walaupun untuk bacaan pembaca muda, SR rasakan buku ini lebih matang dari segi teknik dan format SR menulis.
Ringkasnya, lebih teliti SR menulis dan menyemak kesemua teks, susunan ayat dan tanda baca. SR akui, dua buku solo SR sebelum ni memang tak begitu baik dari segi semua tu. Terutama tanda baca.
Untuk Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku Dari Kentucky ke Busan ini, SR sendiri yang tulis, proofread, semak sekali lagi, merekaletak isi buku, mereka kulit buku dan SR menerbitkan sendiri buku ini. Betul-betul swaterbit beb! Ahaha... Berpinar mata SR.
Besarlah harapan SR agar pembaca (ada blogger yang beli, terima kasih!) terima dan terhibur. SR memang tulis buku ini untuk anak-anak. Bolehlah anak-anak masukkan dalam Buku Nilam mereka. Insyaallah 😅
SR asalnya tulis buku ini untuk Adam.
Sekarang dia dah sibuk tanya, bila SR nak tulis buku untuk dia lagi. Adeh sabajap anakku! Haha!
Oh ya, SR buka untuk pre order dahulu buku ini buat masa ini. Insyaallah SR akan ulang cetak lagi dalam masa terdekat jika capai dalam sasaran beberapa order ☺️
RM25 sahaja.
Tidak termasuk postage.
Boleh hubungi SR di 0192984616 atau emel SR di syaznirahim@gmail.com.
Update: boleh beli di shopee! 😘
I'm selling Novel Mini Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku: Dari Kentucky ke Busan for RM25.00.
Get it on Shopee now!
SR juga sedang mencari kedai buku (online/kedai) untuk letak buku SR. Ada sesiapa yang tahu, atau nak jadi wakil jualan?
Kalau ada roger ye!
Meh order!
Beli untuk anak-anak, adik-adik, anak murid, anak saudara atau untuk diri sendiri pun boleh!😘
Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua ❤️
Alhamdulillah
BalasPadamtahniah
Semoga meriah sambutannya
Aminn ya rabbal alamin
Padamtahniah syaz prolifik berkarya
BalasPadamTerima kasih kak PI, masih mencuba hehe
PadamSedihnya bila hasil cetakan begitu. Syukurlah ada tempat yang lebih elok hasil cetakkannya. Alhamdulillah...
BalasPadamSemoga mendapat sambutan yang lebih meriah dari sebelum ni. Abang Adam pun menanti next buku dah tu. Maaf, tak tahu sangat tentang penjualan buku. Cuba tanya kak Uji Othman :)
Terima kasih fiza 😍
PadamTahniah Syaz 👏🏽
BalasPadamBukan mudah swaterbit, tapi pastinya lebih kepuasan kan?
Syaz boleh cuba hubungi pihak Jejak Tarbiah (JT) untuk pasarkan buku Syaz ni. Akak ejen jualan JT.
Terima kaih kak ujie atas cadangan 😍
PadamTahniah Syaz. Semoga makin maju dalam bidang penulisan
BalasPadamTerima kasih
PadamWah! Sibuk2 pun sempat lagi... Tiada alasan kan bila minat...
BalasPadamTulis sikit sikit setiap hari hehe
PadamAlhamdulillah, semoga awak terus sukses dalam bidang penulisan... Best of luck Syaz.. Nanti saya war-warkan pada rakan-rakan saya..
BalasPadamSaya dah buat pre-order via shopee..😊
PadamAlhamdulillah, terima kasih sis shikin atas sokongan 😘
PadamKawan-kawan sis juga boleh order saja di shopee nanti 😍😍
alhamdulillah..congrats!! Dah sampai dah Syaz..buku utk Iris ni & hadiah2 nya..tq so uch. tgh draf entry.. :-)
BalasPadamTerima kasih! Kalau sudi review lah nanti 😘
PadamWah...tahniah...semoga Syaz terus berjaya dalam bidang penulisan
BalasPadamTerima kasih
PadamTahniah Syaz.. semoga murah rezeki Syaz..InsyaAllah..
BalasPadamAminn ya rabbal alamin
PadamAlhamdulillah . Tahniah syaz .. Semoga mendapat sambutan dan jualan yg meriah
BalasPadamAmiinnn ya rabbal alamin
Padamalhamudillah dah berjaya terbit buku ketiga, jumpa pulak publisher yang buat kerja bagus. tahniah kak syaz!
BalasPadamPublisher diri sendiri 😂, pencetak yang bagus tu yang baru jumpa tu hehe
PadamTahniah! Moga dipermudah segala urusan selepas ni untuk cetak lebih banyak buku.
BalasPadamAminnn ya rabbal alamin
Padamtahniah, Syaz.semoga sukses ye.
BalasPadambangganya bila berkawan dgn org kreatif ni.
penulis buku. tak mudah nak menulis ni.
Hehe terima kasih
PadamCongrats kak Syaz... Seandainya delivery ke Indonesia tak mahal, saya mau pesan 😅. Saya suka baca2 buku dari penulis Malaysia, karena dulu saat masih study Kat Penang, saya sering beli novel2 Malaysia, supaya vocabularies tentang istilah-istilah dalam bahasa Melayu bisa paham. Karena berbeza sangat dengan Indonesia punya informal words. Dan selepas paham, saya jadi addicted beli novel Malaysia tiap kali sedang ke sana :)
BalasPadamWah! Terima kasih sebab suka buku-buku kami di Malaysia! Boleh dapatkan buku ini dari shopee, rate pos dia je saya tak pasti hehe
PadamAlhamdulillah.. makin maju syaz..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.