Hari ni zaimi bawa SR, anak-anak, MIL dan SIL pergi ke Bachok. Itu nanti SR cerita lain kali. Dan, waktu perjalanan balik ke rumah MIL, kami lalu di Jalan Hamzah. Kakak zaimi selalu cerita pasal gerai ni. Dia kata, gerai ni memang ada jual macam-macam makanan. Jadi kami pun singgahlah hari ni. Todiaaaaaaa baq hang! Memang banyak gilaaaaaa makanan, gila aku dibuatnya!
Dari kuih, ke nasi, ke roti, ke sushi.. semua ada haa! Punyalah panjang meja dia! Yang menarik tentang gerai ni, makanan dia semua memang dah siap dibungkus. Jadi nampak sangat teratur dan bersih aje meja dia tau. Kalau nak beli, pelanggan cuma perlu:
1. Menahan nafsu mengikut kadar duit cash dalam dompet.
2. Pilih makanan yang dikehendaki.
3. Hulur dekat staf untuk dia masukkan dalam supik (plastik).
4. Bayar.
5. Balik. Sebab orang lain nak beli jugak!
Serius gerai ini sangat jahat! Hahaha!
SR memang rambang mata. Kebetulan masa singgah tu, perut SR tengah lapar. Jadi godaan untuk membeli tu jadi semakin tinggi weh. Jenuh SR menahan nafsu serakah.
Ni gerai dia. Nama apa entahlah, tapi ada banner Nasi Air Dingin ni. Nasi air dingin yang dia jual memang ada macam-macam lauk, semua siap bungkus. Ada juga pilihan nasi lemak dan nasi goreng. In case ada yang cari nasi. Makanan berat lain pun memang sangat-sangat banyak. Kiranya, let say ada yang menginap di hotel atau homestay dekat Kota Bharu, rasa nak cari makanan untuk ditapau bawa balik ke hotel ke kan, sesuai sangat beli dari gerai ni. Tapi sebenarnya, dekat Kota Bharu ni banyak aje gerai makanan. Tapi kot lah nak cari gerai yang ada jual macam-macam jenis makanan, bolehlah try ke Jalan Hamzah ni.
Gerai tu terletak ke kiri sikit dari Domino Pizza, sebelah perkuburan Kristian. Bersetentang dengan KB Mall sikit. Ala, tak susah nak cari rasanya, sebab dia jalan utama. Dengan syarat, jangan ikut fly over. Ikut jalan bawah.
Banyak juga hasil tangkapan kami dekat gerai tu tadi. Satu sen pun duit SR tak keluar. Sebab zaimi dengan MIL yang beli muahahaha. Terima kasih suamiku dan mertuaku yang baik budi 😃
Untuk SR, SR ambil Nasi Lemak Jek Sambal Sotong. Ada macam-macam pilihan sambal lagi untuk Nasi Lemak Jek ni. Rasa dia sangatlah sedap weh..menangis SR makan sebab sedap gilaa! Mind you ini bukan paid review!
SR beli jugak Mek Sushi ni. Pun sedap..Ya Rabbi.. melayang-layang ke sungai Kelantan dah diet SR ni. SR makan sushi tu 3 bijik terus. Sedap bangat!
Zaimi beli baked macaroni. Dia tak makan lagi, SR pun tak test lagi sebab dah kekenyangan makan nasi lemak dengan sushi. Oh ya, SR ada makan Nasi Tumpang jugak tadi. Nanti scroll bawah, ada gambar Nasi Tumpang.
MIL beli juga akok.
MIL beli belebak. Namanya Belebak kata MIL. SR pun baru pertama kali jumpa. Maklumlah SR bukan orang Kelantan hihi.
Untuk ayu, zaimi belikan Nasi Kapit. Ya, diorang panggil Nasi Impit sebagai Nasi Kapit.
Karipap sardin.
Mek Sushi tadi, zoom in.
Cheesy Wedges Nur Niey Licious.
Ha inilah rupa Nasi Tumpang tu. Kurus je bungkusan dia kan, berbentuk kon. Kenapa nama dia Nasi Tumpang? Sebab dalam nasi (berbentuk nasi impit) yang panjang, dia ada disumbatkan dengan lauk. Nasi tumpang yang SR beli tadi, ditumpangkan dengan lauk serunding (orang sini panggil sambal daging), udang dua ekor, telur dadar sepotong kecil.
Kenyang perut SR. Sambil menaip ni, dah berapa kali terlelap. Hahahah
+++
Dia punya godaaaaaaannnnn.. mau nipis wallet, tapi perut??? Yassalammmmm...
BalasPadamPerut makin maju ke depan lerr 😂
PadamRamai betul menu jualannya
BalasPadamRambang dompet nak milih
Betul sangat2 tu wak hehehe
PadamFuhhh hamek kaww rambang mata hahaha.
BalasPadamJalan jalan macam ni kena ready banyak cash dalam purse kan. Makanan tepi jalan banyak menggoda. Hehehe
Betul, kena ready cash je la hehe
PadamMakanan sana manis2... betul ke?
BalasPadamKebanyakannya begitulah uncle, tapi tak semua orang Qlate suka makan manis juga
Padamkalau tengok menu-menu yang di jual tu syaz rasa nak try semua kan, nampak sedap2 belaka :)
BalasPadamrasa nak beli semua serba satu hihi
PadamRindunya nak gi Kelantan. Sedap-sedap makanan kat sana
BalasPadambetul2..syurga makanan bak kata orang
PadamLapar pula tengok makanan malam-malam :)
BalasPadamJom follow sini https://putribalkish.blogspot.com/
selamat berblog :)
PadamHehe banyaknya makanan. Mesti hendak rasa semua.
BalasPadamRindu dengan Kota Bharu.
NA selalu ke Kota Bharu ke dulu? :)
PadamHaah dahulu pernah tinggal di KB. Spesifik Kubang Kerian dekat dengan Hospital Kubang Kerian.
Padamwahh..bestnya, memang rambang mata dibuatnya..
BalasPadamSangat2!
Padamfuuuhhh.. berpinar-pinar mata memilih kuih banyak mcm tu..
BalasPadamBetul, rabun dibuatnya hehe
Padamni kalau ayu gie, mau penuh tangan kiri kanan....meriah & semua pun nampak sedap
BalasPadamhahaha
PadamWaw.. Banyaknya makanan kat situ!!! Lama tak pergi Kelate.. Saya suka akok! Kalau kat JB ni pun ada yang menjual, memang saya beli selalunya.. Hihi.. Nice nasi tumpang namanya... Kemain eh beberapa kali tertido time type entri ni.. HAaahha
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.