Belek-belek telefon untuk kosong dan delete gambar-gambar yang punyalah banyak ni haa, SR terjumpa pulak beberapa keping gambar masa SR ikut pelajar projek tahun akhir yang SR supervise, pergi sampling masa ni. Student SR tu buat projek diversity of spiders in UiTM Negeri Sembilan Kuala Pilah Campus Forest Reserve. Jadi, memang dia akan ke sites dan collect sample. Ya, sample projek student ini adalah labah-labah. Hidup. Bergerak. Melompat. Semua adalah! Hehe...
SR ni kalau diikutkan, memang penggeli dengan labah-labah. Tapi, SR ambil kesempatan untuk buat kajian tentang spesies labah-labah yang ada di UiTM Negeri Sembilan punya hutan ni sebab masih tiada lagi data labah-labah pernah direkodkan. Why not kan? Dan yang bagusnya student SR ni, dia memang sangat berani dan komited. Alhamdulillah, dikurniakan pelajar yang komited juga adalah rezeki kan?
Walaupun dia geli, tapi dia tetap memberanikan diri untuk collect labah-labah tu semua. Memang SR sangat kagum dengan dia. Tapi sementara SR dan zaimi ada dekat sites, SR dengan zaimi pun ada juga tolong dia carikan spiders untuk dia tangkap. Pengalaman yang menariklah bagi SR, sebab SR berjaya lawan kegelian melampau SR tu hahaha!
Student SR yang cantik manis ni, Nazimah namanya. Moga Nazimah terus maju jaya. Dengan attitude yang positif begini, SR doakan dia boleh pergi jauh!
Ya Allah, bila tengok balik gambar zaimi masa ni, nak tergelak pun ada haa.. Masa ni dia belum mula diet dan bersenam lagi. Sempat juga zaimi merakam kenangan dengan student dia yang turut sampling di site yang sama juga. Student zaimi ni buat tentang taburan kulat.
Sambil-sambil tu, SR dengan zaimi pun turut menikmati hutan tu. DUk tengok-tengok makhluk apa lagi yang ada. Macam kat atas ni, kami tengah tengok semut berkawad. Cantik betul kejadian ciptaan Allah.
Kasi can la SR posing dalam hutan UiTM Negeri Sembilan ni kan. Walau sebelah office je, tapi nak kerabat masuk ke dalam hutan ni, bukan selalu weh. Hahah..
Zaimi tunjuk sarang kelulut. Kebetulan ternampak sarang kelulut masa on our way keluar dari hutan tu. Mata memang melilau je tengok pemandangan hutan. Adalah SR snap beberapa keping gambar. Buat kenangan kononnya.
Suka tengok pokok paku-pakis punya fiddlehead. Masa dia dalam bentuk pucuk ni, memang dia bergulung. Nanti sampai masa dia matang, dia akan unroll dan membentuk daun paku-pakis yang baru.
Kasi can zaimi posing sebelah hutan UiTM Negeri Sembilan ni. Masa ni kami tak sedar lagi yang kami tidak berdua. Rupanya ada makhluk Allah yang ikut kami balik ke office. Makhluk hitam! Si jahat penyedut darah! Mungkin dia ingat kami ni rezeki terpijak dia kot. Memang sampai gemuk weh diorang kerjakan kaki kitorang.
Inilah makhluk yang mengikut tu. Si pacat ni haa. Dekat kaki SR je, adalah 4, 5 ekor. Gemuk-gemuk semuanya. Habis berdarah-darah seluar SR. Dahlah SR pakai selua warna cerah. Horror jugaklah rupa seluar SR masa tu. SR mula-mula ingat nak lenyekkan diorang. Tapi rasa macam kejam pulak kan. Last sekali SR buang aje dekat rumput depan rumah SR.
Asalnya SR gigih bawak diorang balik, letak dalam botol sebab nak tunjuk dekat anak-anak. Sekali anak-anak nampak terus meraung ketakutan. HAhaha! SR tak takut sangat dengan pacat, sebab dah biasa dengan dia. Masa sekolah selalu kena trekking bagai dalam hutan, memang dah biasa cabut pacat. Zaman belajar di U pun sama, memang course SR banyak melibatkan aktiviti sampling di hutan. Memang tak dapat larilah dengan si pacat ni.
+++
Itulah saja kisah throwback SR kali ini. Yang mana lagi kalian geli, labah-labah atau pacat? Atau memang tak takut langsung dengan dua-dua?
Ada yang 'ter'jadi spiderman ni kang...
BalasPadamHahahha
PadamKalau labah-labah tu kita tak geli sangat, yang hitam bawah tu kita geli laaaaaaa, mau menjerit nanti satu hutan dengar, hahaha.
BalasPadamHahaha ramai geng macam ni
PadamErkkkk yg last tu geli u.
BalasPadamKudos utk Nazimah sbb buang rasa takut. U go girl
Betul, kagum dengan nazimah
PadamRasanya saya lagi geli dengan pacat daripada labah-labah.
BalasPadamHehe kena kental masuk hutan.
Betul, kena kumpul keberanian
Padamsubhanallah...what an experience!!
BalasPadamDah lama x kena gigit pacat.. So geli dengan si pacat..Haaa... Tapi kalau disuruh pegang labah labah pun saya x reti gak.. just boleh nak tepis halau halau.. Haha
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.