Minggu lepas, SR dapat satu SMS yang suruh SR semak SR punya MySejahtera. Rupanya, SR telah diberikan tarikh temujanji untuk mendapatkan Booster Dose untuk Vaksin Covid-19. Mungkin sebab untuk dose pertama dan kedua dulu, SR diberikan vaksin Sinovac. Jadi, penerima vaksin Sinovac layak untuk mendapatkan dose ketiga selepas dose kedua cukup tiga bulan.
Zaimi pun temujanji pada tarikh yang sama, tapi tempat aje yang lain. Tak apalah, dekat dengan rumah, tak ada masalah untuk pergi. SR pun terus aje klik setuju untuk pergi. SR dapat temujanji di Poliklinik Dr Azhar dan Rakan-Rakan. Klinik ni pun bagus tau, selain notification yang SR dapat secara SMS tu, pihak klinik pun ada hubungi SR menggunakan WhatsApp dan bertanya jika SR boleh hadir atau pun tidak.
Bila tiba tarikhnya iaitu semalam, SR pun pergi. Alhamdulillah, orang tak ramai pun. SR register hanya dengan beri Kad Pengenalan aje. Klinik tak minta pun Kad Vaksinasi kita yang dose pertama dan kedua tu. Memang kena sentiasa ingat, kalau nak pergi ambil vaksin Covid-19, benda pertama yang mereka akan minta adalah Kad Pengenalan. Kena pastikan Kad Pengenalan tu dibawa bersama sebelum keluar pintu rumah lagi. Boleh kawan-kawan? Hehe..
Sementara menunggu, SR diberikan lagi sekeping Kad Vaksinasi yang baru. Kali ni, dia tulis 'booster'pula. Duduk tak lama, dalam tiga minit lebih kurang, SR dah dipanggil masuk ke dalam bilik doktor. Di klinik ini, kategori klinik swasta, yang akan melakukan tugas menyuntik penerima vaksin adalah doktor ya.
Seperti sewaktu menerima dose-dose terdahulu, kalau nak pergi ambil booster dose, pakailah pakaian yang bersesuaian. Boleh rujuk entry SR yang ini, SR pernah up dulu sewaktu SR dapat temujanji menerima dose pertama vaksin dulu.
Dalam bilik doktor, doktor bertugas menunjukkan picagari yang telah diisi vaksin. Untuk SR, booster dose ini SR dapat Pfizer pula, sebanyak 0.3. Macam biasa, SR tak takut jarum. SR dah lali dengan jarum. SR dah hadap jarum berkali-kali sebab setiap kali mengandung, SR ada kencing manis, yang SR kena suntik diri SR sendiri sebanyak 4 kali sehari, tak termasuk ambil darah, masuk jarum masa nak bersalin dan sebagainya. Hihi. Jadi, tusukan jarum halus picagari ni, memang betul-betul ibarat kena gigit semut. ALhamdulillah, kalau sakit, menjerit SR dekat situ! Macam masa pengalaman SR nak bersalinkan ayu, terasa pisau bergerak dekat perut! (Kalau rajin bacalah entry tentang penaglaman SR Czer kali kedua ni) Haha!
Jadi lepas selesai cucuk, SR pun diberitahu yang staf klinik akan update maklumat di MySejahtera SR dalam masa terdekat. SR pun dibenarkan balik, dan diminta berehat-rehat sahaja. Terima kasih pada doktor sebab tolong suntik SR dengan booster dose Pfizer tu.
Jadi sekarang, SR dah lengkap tiga dose. Alhamdulillah sekali lagi.
Adakah SR ada apa-apa kesan sampingan akibat booster dose Pfizer itu?
Setakat hari ini, SR cuma berasa lenguh di tangan yang disuntik. Bila angkat tangan tu, terasalah sikit. Demam atau sakit-sakit kepala, tak ada. Oh ya, SR jadi lenguh di lutut. Itu saja yang SR alami lepas menerima Booster Dose semalam. Moga terus baik-baik saja hendaknya.
Sajalah SR nak kongsi. Mungkin kalian pun dah tahu, SR yang tertinggal keretapi. Semalam, SR sajalah download Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 SR. Dan SR baru terperasan (noob betul!) yang 'penerima vaksin'dalam Bahasa Inggeris atas 'Vaccinee'
Comel kan perkataan vaccinee tu?
Hahahah!
Cuba korang sebut.
Vak. Si. Ni.
Alalala comel!
Eh, korang dah ambil booster dose?
Alhamdulillah ammi pun dapat booster semalam dan tak nampak pon apa2 post effect.
BalasPadamAlhamdulillah..
BalasPadamSekarang sudah tahu dibuat di klinik swasta. Bersedia nanti bulan April. Hehe.
BalasPadamdah amik hehe
BalasPadamTak kena kot sebab vaksin Pfizer. now tunggu 2nd dose. Lambat lagi dapat sebab nama dah ke bawah dlm sistem.. Grrrr
BalasPadamTahniahhhhhhhhh! Saya belum dapat lagi, kilang bagi next week tapi next week nak gi holiday..so sy amek bulan Januari nanti..
BalasPadamSaya pun dapat date yang sama dengan suami tapi klinik berbeza. Senang urusan cepat siap. itulah tu, comel pulak vaccinee tu. marilah kita guna vaccinee pulak lepas ni.
BalasPadamalhamdulillah dah dapat booster. saya mungkin lambat lagi... sebab vaksin ari tu dapat AZ.
BalasPadamsama la kita, AZ.
PadamAZ lama ketahanannya.
after 6 months baru amik booster.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.