Kawasan parkir kereta staf ini dahulunya memang semata-mata kawasan parkir yang ada garisan putih tu sahaja. Sejak SR mula berkhidmat di sini, di situlah kami staf akan meletakkan kereta semasa kami pergi kerja. Tapi, alhamdulillah, sejak tahun 2019, di bawah pengurusan Rektor baru, kawasan parkir ni telah dibuatkan bumbung.
Bukan bumbung biasa-biasa, bumbung dari solar panel tau! Dapatlah kereta-kereta kami menumpang kasih teduh duduk dekat bawah bumbung tu selama 7 -8 jam kami berada di pejabat setiap hari. Kalau panas, kuranglah bahang. Kalau hujan, tidaklah basah. Agitchew..
Kiranya, UiTM Kampus Kuala Pilah antara contoh institusi yang menggunakan panel solar sebagai bumbung kawasan parkir di Malaysia ni. Selain itu, bumbung dari panel solar dari kawasan parkir ni juga salah satu inisiatif bijak, sebab boleh menampung kos penggunaan elektrik di kampus.
"Sesetengah panel solar menukar 22 peratus tenaga yang ada kepada kuasa elektrik. Ini adalah angka yang menakjubkan jika anda mempertimbangkan fakta bahawa kami membayar banyak bil elektrik kami setiap bulan". SUMBER
+++
Bagaimana Bumbung Solar Panel Berfungsi?
Panel solar ini berfungsi dengan menggunakan sel fotovoltik untuk mengumpul cahaya matahari dan menjana arus tenaga, yang kemudiannya ditukar kepada arus ulang alik menggunakan teknologi penyongsang. Akhirnya, tenaga arus ulang alik melalui panel elektrik bangunan dan disebarkan ke seluruh bangunan.
Setiap sel fotovoltik pada asasnya adalah lapisan yang terdiri daripada dua keping bahan separa pengalir, biasanya silikon - bahan yang sama digunakan dalam mikroelektronik. Sel fotovoltik memerlukan medan elektrik untuk berfungsi. Medan magnet tercipta apabila kutub bertentangan dipisahkan, manakala medan elektrik tercipta apabila cas bertentangan dipisahkan.
Mereka melakukan ini dengan memasukkan fosforus ke dalam lapisan atas silikon, yang menambah elektron bercas negatif tambahan pada lapisan itu. Sementara itu, boron ditambah ke lapisan bawah, menghasilkan elektron yang lebih sedikit dan cas positif. Semua ini menambah sehingga medan elektrik pada sambungan lapisan silikon.
Medan elektrik kemudiannya akan memacu elektron itu keluar dari persimpangan silikon apabila foton cahaya matahari mengetuk elektron terlepas. Elektron ini ditukar kepada elektrik yang berguna oleh beberapa komponen sel yang lain. Elektron dikumpul dan dihantar ke wayar oleh plat konduktif logam pada sisi sel. Elektron kemudiannya boleh mengalir dengan bebas, sama seperti sumber elektrik lain.
+++
Begitulah sedikit sebanyak, mengikut pembacaan SR tentang panel solar. Kalau bapa mertua (FIL) SR, dia ada beli lampu yang boleh mengesan pergerakan tu. FIL letak bawah rumah, jadi malam-malam, kalau FIL nak turun ke bawah, lampu tu akan menyala sendiri. Tak payah pakai elektri, sebab lampu FIL SR tu pun, berfungsi guna tenaga solar jugak.
Kalian ada guna sesuatu yang menggunakan solar panel? Share lah dengan SR!
😀
Pemandangan di UiTM Kampus Kuala Pilah |
Ada baca gak kat entry k.ana, dia guna lampu solar kat mini garden dia..Jimat letrik guna tenaga solar camni kan...
BalasPadamwah bagus ni. gunakan energy secara bijak kan
BalasPadamBagusnya, canggih dan jimat! Setakat ni yang guna solar kalkulator ni je, eh ada lagi, yang berjoget2 atas dashboard kereta tu dengan air pancut kat laman..hihi.musim tengkujuh ni diam je semua tak bergerak.
BalasPadamini la project department SA sedang jalankan sekarang...Solar...hehehe..
BalasPadambagus ni, selain jimatkan elektrik bagus untuk penjagaan kereta tu juga
BalasPadamDapat dua faedah
BalasPadampatutnya negara panas berdenting macam Malaysia ni boleh guna tenaga solar dengan lebih meluas lagi kan
BalasPadamHebat UiTM Pilah. Memang bukan biasa biasa bumbung parkirnya.
BalasPadambagus penggunaan solar panel ni dan patut diperkembangkan sebab malaysia ni mmg panas terik memanjang. tmpt saya ni pakir kereta terbuka jer, saya selalu pakir bawah pokok.. tp kalau ujan akan alih kereta sebab takut pokok tu tumbang..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.