Apa khabar semua di hari terakhir tahun 2021 ni? SR menghabiskan tahun ni di rumah mertua. Berharap sangat agar 2022 nanti lebih baik, SR lebih banyak menulis dan juga membaca. Untuk 2021, SR kurang sikit membaca berbanding 2020. Entah apa yang SR sibukkan 2021 ni ya? Banyak uruskan hal ehwal kerja hakiki juga rasanya. Jadi, masa kemas beg nak balik bercuti di Kuantan dan Kelantan hari tu, SR memang dah masukkan sekali buku ni siap-siap. Memang dah plan nak baca buku ni waktu cuti ni. Jadi sebab dah tak ada nak buat semalam, SR pun mulalah membaca.
Ostad Power Metal ni adalah buku kedua hasil karya Mitch yang SR baca. Yang pertama dulu, SR baca bingkisan beliau yang bertajuk Memoir Kampung Boy (KLIK untuk baca review).
Novel setebal 249 muka surat ini memang bukan sesuatu yang klise. I mean, bukan macam novel yang biasanya dibaca oleh pembaca, yang mana setiap novel selalunya mesti ada watak hero dan heroin. Tapi novel Ostaz Power Metal ni, semuanya adalah hero kecuali emak hero utama, adik perempuan hero utama (yang muncul dalam beberapa perenggan aje) dan jiran si hero. Yang lain, semuanya hero-hero belaka.
Membaca Ostad Power Metal ni, buat SR rasa serba salah dan takut-takut. Sama macam apa yang watak utamanya, Ospom, rasa sepanjang dia menghadapi perjalanan hidup yang baru setelah ditamatkan pekerjaannya selaku guru sekolah pondok. Penulis mencabar arena penulisan, sekaligus membuat percubaan berani, dengan menembungkan dua cara hidup yang begitu asing dan janggal sekali jika digandingkan.
Ringkasnya, gaya bahasa yang bersahaja memang berjaya membuatkan SR keep on baca tanpa henti. Mungkin juga sebab SR sendiri meminati filem Arwah Mamat Khalid tentang dunia Rock, jadi SR terbawa-bawa juga dengan imaginasi watak-watak dengan persona rockers.
Ada ketika, beberapa babak boleh dikatakan kurang logik, tetapi dah nama pun fiksyen kan, mestilah unsur begitu yang menambah kesedapan cerita. Mungkin ada pembaca yang akan meragui jati diri dan isi hati Ospom, tapi tidak salah kan jika kita merasakan bagus juga kalau Ospom ini benar-benar ada? Hehe..
SR siap dapat tandatangan dari Mitch, sebab Ostad Power Metal ni, SR beli direct dari penulis. Cayalah penulis, calit!
Buat Mitch, semoga terus menghasilkan karya-karya yang sebegini. Walaupun berunsur rock, namun isi kandungan ceritanya 'clean' saja. Budak sekolah rendah pun boleh baca Ostad Power Metal ni. Pada pandangan SR la kan.
Untuk SR, Ostad Power Metal ni SR berikan 4/5 bintang!
⭐⭐⭐⭐
+++
SR mula baca semalam, habis baca juga semalam. Gigih kan?
Jika nak beli buku ini, rasanya boleh juga cari di Facebook Menara Seni.
Wahhh.. ramai hero ya. Perempuan pun boleh jadi hero dan zaman ini ianya tak mustahil.
BalasPadamAah, watak2 nya hero (lelaki) belaka dalam buku ni hehe
PadamSuka juga cerita tidak klise dan buat kita terfikir.
BalasPadamSemoga berjaya membaca banyak buku.
Terima kasih, jom baca buku 😁
PadamJudulnya... amboi!
BalasPadamWatak2 nya rambut panjang2 macam Uncle hihi
PadamWow…249 ms habis sehari. Tahniah syaz 👏🏽
BalasPadamSelamat membaca
BalasPadamHebatnya membaca 249 ms dalam masa sehari.
Kalau wak, setahun pun belum tahu khatam
wah mesti menarik sgt novel tu cpt ja baca nk tahu ending
BalasPadambetul, kadang baca nampak kurang logik pun..baca ja la untuk kesedapan cerita kan
BalasPadammenarik ni. bolehlah cari nanti. tahun ni belum start membaca lagi
BalasPadamsuka sgt bila siap dpt autograph dr writer tu ...kan?
BalasPadamWow.. Lama tak baca buku camni.. tajuknya menarik
BalasPadamNampak menarik
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.