Anak-anak SR memang ada pakaian jenis onesie ni. Untuk umur sekarang, diorang bertiga ada fancy onesie yang design dinosaur ni. SR belikan untuk tiga-tiga orang sekali. Kawan-kawan boleh juga tengok gambar anak-anak SR berseronok dengan onesie diorang dekat entry Buaya Masuk Rumah ni.
Istilah "onesies" (dengan s di hujung) ialah nama jenama untuk pakaian badan bayi yang dimiliki oleh Gerber Childrenswear LLC, dan istilah ini digunakan secara umum untuk pakaian badan bayi di Amerika Syarikat. Terdapat sedikit persamaan antara onesie bayi dan onesie dewasa: yang pertama biasanya tidak berlengan dan tidak berkaki serta terkunci atau butang di celah kelangkang.
Ya, kalian tak salah baca. Selain untuk kanak-kanak yang selalu kita panggil romper tu, onesies ni sebenarnya ada juga untuk orang dewasa. SR pun ada satu onesie buaya tu. Ahahaha! Entah apa yang merasuk SR, SR pun terasa nak ada sepasang onesie. Mungkin perasan cute bila tengah pakai onesie! Tolong jangan muntah ye hihii!
Anda mungkin telah melihatnya di seluruh tempat, di kedai dan katalog. Semua orang meninggalkan baju tidur mereka yang lama dan menjemukan dan bergaya dengan onesie. Cara untuk bergaya yang bukan hanya untuk kanak-kanak kecil; ia juga untuk mak ayah budak kecil! Mari kita lihat dari mana asalnya onesies ini untuk mengetahui kenapa onesies begitu popular.
Onesies dewasa mempunyai sejarah yang kompleks dan telah dipanggil pelbagai nama sepanjang masa ini, termasuk jumpsuit, suit baju monyet, suit union, suit siren dan long johns.
"Onesies adalah untuk bayi," anda mungkin pernah berfikir begini, dan anda tidaklah salah. Makhluk kecil itu benar-benar kelihatan comel dalam pakaian 'sehelai' seperti onesies. Orang dewasa, sebaliknya, telah memakai onesie lama sebelum pakaian itu diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak. Onesies mungkin dikesan pertama kali diperkenalkan di sekitar 1800-an, di New York.
Ketika itu, pakaian sebegini dipanggil 'Union Suit'. Sebagai alternatif praktikal kepada pakaian dalam Victoria konvensional, 'Union Suit' pertama dicipta untuk wanita.
Menjelang pertengahan tahun 1800-an, rahsia kecil wanita yang selesa itu terbongkar. 'Union Suit' menjadi fenomena untuk semua orang, ia digunakan sebagai pakaian tidur dan pakaian dalam semasa musim sejuk, hasil daripada kekurangan pemanas ruang semasa perang saudara.
Sut itu secara tradisinya diperbuat daripada kain flanel merah dan butang serta flap belakang. Flap belakang ini juga mempunyai sejarah panjang pada namanya, seperti tempat duduk jatuh, flap bomba, flap crap, dan "bum flap" yang selamat untuk kegunaan 'tandas'.
Winston Churchill, Perdana Menteri Britain semasa Perang Dunia ke dua, telah mengetuai revolusi onesie yang berjaya menaikkan kembali penggunaan onesie. Winston Churchill menggunakan "sut siren," atau onesie, iaitu pakaian yang boleh disarungkan dengan pantas sekiranya berlaku serangan udara untuk lebih sopan dan kurang sejuk (bum flap tidak termasuk).
Winston Churchill, yang menghargai satu keping yang baik dalam mana-mana reka bentuk, termasuk gaya tentera, garis-garis halus dan baldu hijau yang dikhaskan untuk majlis-majlis khas, membantu mereka menjadi sut santai. Pakaian siren baldu yang terkenal kini dipamerkan di Muzium Sains London.
+++++
Sekarang, onesies ni memang jadi pilihan untuk menghangatkan badan di kala cuaca sejuk. Baik kanak-kanak, mahupun dewasa. Onesies pun tak susah nak cari. Kalau rasa nak beli, scroll aje shopee. Macam-macam design ada, pilih aje lah nak jadi makhluk apa. Sejuk-sejuk ni, SR layan juga pakai onesie ni sekali dengan anak-anak. Jadilah seketul emak dinosaur dengan tiga anaknya dekat rumah ni haa. Lagipun, pakai dia macam pakai jaket aje. Sarung kaki, masukkan tangan, butang bahagian depan, macam kita butang kemeja. Tarik hood ke atas untuk tutup kepala.
DAN! Walaupun onesies kami ada bum flap, SR wajibkan anak-anak bukak ye, kalau nak ke tandas. Kita orang melayu, buat cara orang melayu ajelah anak-anak. Lepas settle urusan dekat toilet, sarunglah sekali lagi. Jangan nak bawak onesies tu masuk toilet, omak tak benarkan! Hihi
Stay safe ya semua. Semoga dilindungi dari bajir, dan dilindungi dari Covid-19 juga. Amiinn.
baru tau nama pakaian ni onesies.
BalasPadamcomeinya...
BalasPadamBaru tahu dipanggil onesies. Kalau saya panggil costume je. hihi..comel ni kalau buat photography studio. Gelabah kalau rasa nak membuang air nak buka jenuh juga. huhu
BalasPadammemang cantik, teringin nak carikan untuk aiyan satu tapi tak pasti saiznya tu... almaklum dia punya saiz tu dah macam budak sekolah menengah
BalasPadamCOMEYNYA AYU
BalasPadamcantik baju tu.
BalasPadamAlalala... ngam2 je saiz dia
BalasPadamZaman 90-an pernah pakai tapi yang ada tali tu. 😅
BalasPadamhehe. onsesies tak best tang nak gi toilet tu je. pernah pakai time costume parties je.
BalasPadamAduhai comel2 pakaian ni tapi untuk anak- anak okey la ni..untuk kita yang dewasa ni maybe ada yang suka jugak..cuma tak utnuk SA...hehehe....
BalasPadamtq for sharing.
BalasPadamx pernah ada baju senyawa gini, syaz.
terkenang sorang member aida.
dia beli byk kat kedai bundle tau.
dia cikgu. so pape program sekolah dia, dia pakaikan anak murid dia.
kat kedai bundle boleh jumpa yg helok helok :)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.