Gmie Screen Meninggal Dunia Kerana Kebocoran Buah Pinggang

 Buka telefon bimbit usai bangun tidur subuh tadi, terkejut SR tengok post post yang dimuat naik oleh beberapa orang selebriti yang SR follow di Instagram. Tentang Gmie Screen telah meninggal dunia di hospital akibat menderita buah pinggang berlubang.

SR sebagai seorang anak yang membesar di tahun 90-an, memang tahu sangat dengan lagu-lagu arwah bersama kumpulan Screen, antaranya yang SR suka adalah Bila Cinta Didusta. Lama arwah menghilang, SR kembali ikuti arwah di Instagram selepas  arwah menyertai Gegar Vaganza musim 3 dulu.

Dah sampai masa arwah menemui Pencipta kita semua, semoga roh Arwah Gmie Screen ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, perginya arwah di hari Jumaat yang baik.

+++

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang. Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan. Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.
“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.
“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujar Siti Hadirah dalam kiriman mesej menerusi Instagram kepada Astro AWANIGmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta.
Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016. Sementara itu, pengurus peribadi Allahyarham Gmie, Fuad Syahrin Misbah berkata, sudah hampir dua tahun Gmie diuji dengan penyakit buah pinggang berlubang.
Sepanjang tempoh itu juga, Allahyarham, kata Fuad, lebih senang tidak menghebahkan keadaan kesihatannya kepada umum. “Beliau tidak mahu kawan-kawan dan peminatnya terlalu memikirkan penderitaan yang dilalui. Selagi boleh melaluinya, Allahyarham tidak mahu susahkan sesiapa.
“Saya sendiri hanya mengetahui mengenai sakitnya selepas setahun beliau disahkan oleh doktor berhadapan masalah itu,” kata Fuad dalam nada sebak kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
SUMBER BERITA ASTRO AWANI


Catat Ulasan

8 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wah rajinnya. Salam takziah dari kami sekeluarga, dan terima kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  2. Innalillahiwainnailaihirajiuun.... sedih bila dengar kematian org lain. Mengingatkan kita akan giliran kita pula nanti....

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailahirojiun..takziah kpd keluarga arwah..

    BalasPadam
  4. innalillahiwainnailaihirojiun takziah kpd keluarga

    BalasPadam
  5. Innalillah. Alfatihah untuk arwah

    BalasPadam
  6. اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad

Bottom Post Ad