SUMBER GAMBAR |
Dulu SR suka pakai gincu bentuk klasik, ala yang tiub yang kita kena pusing bagi gincu dia keluar tu. Lepas pakai, kena pusing lagi sekali, masukkan dia ke dalam, sebelum tutup. Untuk elakkan kerosakkan pada gincu tu. Itu pun, kadang SR pakai nipis-nipis je. Tapi sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, SR lebih suka pakai gincu jenis cecair. Yang kena sapu ke bibir guna berus kecil dan halus tu.
Yang perkenalkan liquid lipstick ni dekat SR adalah student SR. Asalnya dia promote, dia berniaga sambilan sambil-sambil sambung degree. Jadi SR pun cubalah beli. Masa tu, liquid lisptick yang pertamalah kiranya SR beli tu adalah brand Colourpop.
Memang in love terus!
Lepas tu, dengan student yang sama, SR beli pula liquid lipstick Huda Beauty yang ori. Fuh, mengancam dia punya rasa best bila pakai. Suka sangat!
Sejak guna gincu jenis cecair ni, memang jarang sangat dah guna gincu jenis keras biasa tu. Sebabnya, gincu cecair ni lebih sekata kalau dipakai. Gittewwww..
Ramai kawan-kawan tanya SR, tak susah ke pakai liquid lipstick? Tak terbabas ke? Tak terkeluar dari landasan ke? Dulu masa awal-awal cuba, memang ketar dan keras juga tangan nak sapu. Tapi bila dah tengok cara pakai yang betul di Youtube, lepas tu cuba beberapa kali, memang tak adalah susah sangat pada SR.
Selalu kalau ada kawan-kawan SR tanya, SR bagi je diorang video dari Youtube tu. Ada banyak. Yang penting, kena pastikan bibir tak ada keruping bibir kering tu. Lagi cantik sapuan dia tau!
Ini salah satu video yang mudah nak follow, kalau memang taknak sapu apa-apa yang lain selain liquid lipstick, bolehlah terus ke minit 1.09:
Selamat mencuba, walaupun sekarang ke mana-mana kena pakai pelitup muka, kadang SR pakai juga gincu untuk keyakinan diri sendiri 😜
Haah rasa senang sapu sekata.
BalasPadamkan NA!
PadamKita suka juga pakai yg liquid ni, yg klasik pun masih pakai lagi.
BalasPadamsamalah kita hihihi
PadamA"ah betul tu . Lipstik liquid ni mudah nak apply hujung2 bibir , xde comot dari landasan .
BalasPadamtepat sekali!
Padamjarang pakai lipstick liquid sbb bibir jenis kering
BalasPadamKalau bibir kering, lagi tak boleh pakai yang matte. Kena apply primer dulu tu Tiara hehe
Padamahh kan wak dah cakap kalo mmg dh cantik dh jeliter pakai gincu pun makin nmpk jeliterr.. cik SR khannnns 😅
BalasPadamadoi pengsan!
Padamliquis ni PC belum pernah cuba lagi.. teringin jugalah nak pakai..sesekali.
BalasPadamkalau nak cuba2, beli yang rimmel atau maybelline hehe
PadamAuuummmm!
BalasPadamfuh tiberr ada rimau!
PadamWow..cantiknyeee awak ^_^
BalasPadamfilter pun memainkan peranan besar dalam gambar di atas hahaha
PadamMemang senang pakai jenis liquid..
BalasPadamdap-dap skit dah cantik..hehe
Aini tak pernah pakai warna merah sbb mcm pelik utk diri Aini padahal ok je..haha
thanks for the tips... next time bole cube
BalasPadamhahahhaha...ko jangan
PadamSaya nak tegur tapi...merajuk lak adik afeezz kita ni :P
PadamJarang dah pakai yang klasik. Suka pakai jenis ada applicator macam ni dan jenis matte :)
BalasPadamdah lama tak pkai lipstick.. sbb kena pkai mask kan. haha
BalasPadammasih setia pada yg classic sbb guna yg jenis gini ammi rasa bibir mcm 10 inci tebal
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.