Seronok betul SR tau. Hari Isnin hari tu kan, ada rakan sepejabat yang merangkap kawan SR, hadiahkan SR sebuah buku. Bak kata pemberi, dia tahu SR suka buku! SR suka baca buku, kumpul buku dan tulis buku! Jadi, bila ada seorang lagi kawan dia, iaitu Saudari Shafiqah Azman, ada menerbitkan buku yang dia terjemahkan dari buku Bahasa Korea, Kak Iqa, pemberi buku ni, terus teringat pada SR. Jadi, dia belikan satu untuk SR!
"To Syaz, Follow your dreams,believe in yourself and don't give up! - Kak Iqa"
Terima kasih Kak Iqa!
Memang lepas buka balutan bubble wrap tu, terus SR selak buku tu. Nak bau buku. Sedapkan bau buku baru hihihi!
Rupanya, ada tandatangan dan coretan dari Shafiqah Azman pula 😍
SR memang fail lah nak baca tulisan Korea, tapi SR rasa, ayat dalam Bahasa Melayu yang dekat bawah tu, terjemahannya. Penulis kata:
"Semoga sentiasa sihat dan gembira selalu! Selamat membaca :) )
Terima kasih penulis atas nukilan dan doa yang manis buat SR! SR aminkan semua doa penulis buat SR, moga-moga dimakbulkan Allah. Kita tak tahu kan, doa siapa yang akan Allah angkat dan makbulkan ;)
Setakat yang SR dah baca, buku ni bermula dengan Encik Im yang mempunyai masalah telinga berdengung, dan dia tak happy dengan tempat kerja dia. Starting dia unik, sama macam kalau kita tengok K-Drama juga, starting cerita dia tak klise.
Hebat betul Shafiqah sebab boleh terjemah 1 buku tebal macam ni! Dan, untungnya orang yang boleh membaca tulisan selain rumi, dia boleh baca buku bahasa lain pulak. Rezeki sungguh! Nanti SR dah siap baca (harapnya sempat baca laju-laju), SR akan review sikit buku The Insect by Minhye Zang ni 😁
#happy
wahhh
BalasPadamDapat hadiah dah cukup seronok, tambah pulak hadiah tu kesukaan kita... dua kali ganda seronoknya
BalasPadamSelamat mengulat buku
BalasPadamWah! Ada nota atas bubblewrap!
BalasPadamHai SR!
Alhamdulillah tahniah
BalasPadamSeronoknya dapat hadiah tidak disangka!
BalasPadamYa doa orang akan kembali kepada pemberi juga.
Selamat membaca.
tahniah Syaz. By the way kiriman awak dah selamat sampai semalam. thank u so much!
BalasPadamMenarik
BalasPadamHappy Reading syaz :)
BalasPadamwow.. menarik tajuknye
BalasPadamBerbakat orangnya. Tahniah. Seronoknya dapat bahan bacaan baru :)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.