Baju renang ni asalnya amir yang punya. Beli masa kami menginap di Hotel Avillion, Port Dickson dalam tahun 2017 macam tu kalau tak silap. Kisahnya, masa tu adam dan amir memang tak ada baju renang atau swimming suit ni. Tapi, kebetulan Hotel Avillion tu mewajibkan pemakaian baju renang yang proper kalau nak mandi dekat kolam renang hotel dia.
Jadi, dia jadi kes terpaksa beli. Nasib baik juga dekat Port Dickson, memang banyaklah jual baju renang ni dekat area Teluk Kemang. Dan harga pun tak adalah mahal sangat macam baju renang yang dijual di mall. Beli adam 1, amir 1. Memang berjasalah baju renang ni, sebab bila dah ada, lepas tu, mana-mana hotel yang kami check in, memang akan pakaikan anak-anak baju renang ni je.
Sampailah adam dah besar sikit, ayu pun dah ada. Bila adam dah makin membesar, swimming suit yang dia punya, memang dah sendat dan ketat, macam balut nangka! Jadi, turun lah swimming suit adam pada amir. Amir punya swimming suit pulak, dapat dekat ayu. Adam pulak sebab dia dah besar, memang dia akan pakai seluar pendek je kalau nak mandi kolam renang.
Sembang kolam renang ni, actually dah setahun lebih tak mandi dekat kolam renang mana-mana hotel pun. Ayu beria pakai swimming suit ni pun, mandi kolam sendiri dekat belakang rumah je 😂
Kalian ada ke swimming suit ni? Maksud aku, yang dewasa ni. Sebab kan kadang hotel punya pool, dia memang cakap syaratnya nak mandi kolam kena pakai baju renang. Last-last, kami tak masuk pun kolam, anak-anak je masuk. Sebab kami tak ada baju renang / swimming suit tu.
Adalah juga aku usha-usha beberapa swimming suit untuk muslimah katanya, tapi macam segan pulak nak beria pakai dan mandi kolam dengan anak-anak dekat kolam hotel.
Ini contoh yang aku ada tengok dekat shopee lah. Tapi macam malu lah pulak kalau nak pakai. Ke normal je sebenarnya? HAha! Haih..
HAHHA, saya pun tka pernah pakai swimming suit..Nampak orang kurus kurus pakai macam cantikk aje..tapi sendiri guna, aduhhh..Tak berapa elok kejadiannyaaa....
BalasPadamTeringin try..Nampak Hanis Zalikha punya pun not bad
pernah beli utk sendiri, tapi pakai mcm sekali je rasanya... plus memang x minat sgt mandi pool ni.
BalasPadamIris masa kecik swimming sut cekci cekci...
DAH PERATURANNYA PAKAILAH SYAZ RENANG2 MACAM DUYUNG HEH..HEH..
BalasPadambiasa la barang turun-temurun ni... hehehe... anak sulung lah yg paling untung semua barang baru... sy mmg xde suit muslimah sbb selalu mmg anak² je masuk... mak nya segan... rendam kaki je lah
BalasPadamalaaaa comey nya. rambut tu geram tengok :D
BalasPadamtakpe bukan pakai selalu jadi masih elok lagi... sampai kat ayu pun elok lagi...
BalasPadamakak takde baju renang tapi aiyan ada banyak heheheh
Selagi ada yang muat, bolehlah dipakai turun temurun.
BalasPadamAda baju swimming suit tapi rasa macam mengeecil pulak. Pakai tshirt sport kat luar jenis jersey taklah rasa segan sangat.
nama je muslimah tp mcm tk brp sesuai kebanyakkannya sbb jenis melekat..kalo bdn kurus ok la...tp mmg ada juga utk size yg bdn besar tp mcm tk sesuai juga..kena tgk material rasanya
BalasPadamMasih muat lagi tu
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.