Buku ni baru tiba ke pangkuan aku beberapa minggu lepas. Kulitnya segar, tajuknya menarik. Terbitan Buku Jiwa. Isi dalamnya seakan diari, coretan harian macam tu.
Mungkin aku tengah dalam keadaan banyak kerja, nak siapkan laporan prestasi tahunan, dengan nak uruskan pelajar projek tahun akhir, dengan kerja hakiki itu ini, uruskan rumahtangga lagi, ODL lagi, jadi dah tiga kali aku baca satu muka surat, terlelap.
Bangun, teruskan hidup macam biasa, bila lapang sikit, capai buku ni, baca satu mukasurat, terlelap. Aduh aku sangat marah dengan siri sendiri ni. Bila nak habis baca macam ni? Bila buku ni berjaya aku khatamkan kalau asyik terlelap??
Ok, nanti aku cuba baca masa cuti. Tapi sejak banyak kerja boleh disiapkan atas talian ni, kadang cuti pun sibuk bekerja juga. Selagi tak keluar dari rumah, selagi ada access pada komputer, selagi tu lah kerja. Jadi bila nak baca ni?
Ok ok nanti aku cari masa yang aku tenang-tenang untuk baca. Buat masa ni, buku ni aku letakkan dulu dekat rak buku bersama buku-buku yang dah baca dan belum baca yang lain.
Sekian entry teringat pada kes mengantuk dek buku ini.
PS: Ini bukan review. Aku tak dapat review lagi sebab aku baru sampai muka surat 4. Arghhhh!
Perkara ni selalu terjadi sejak akhir2 ni pd kita, faktor usia agaknya, huhu
BalasPadamSinggah malam..
BalasPadammacam menarik je buku ni
BalasPadamSelamat membaca..
BalasPadamRajinnya membaca, patutlah banyak idea dekat blog..teruskan uasaha yang baik..membaca jambatan ilmu dek
BalasPadamkak pun ada banyak buku yg nakdibaca hadiah kengkawan tah bila nak abis
BalasPadamKalau dulu baca buku Sejarah yang macam tu...hahahaha
BalasPadambila dah banyak kerja nak membaca tak boleh nak fokus...
BalasPadamKena bila dah betul-betul tenang baru baca tu...
BalasPadamSelamat mengulat buku
BalasPadamtakpe kak, bacalah selow2...
BalasPadamkalau kita mahu setahun nak habis baca
BalasPadamsekarang saya pun da macam kak syaz..asyik terlelap aje kalo membaca..
BalasPadamBila penat memang begitulah. Mudah terlelap. Kena ada masaa tenang tenang jugak untuk membaca.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.