Cerita terjadi masa balik Kuantan beberapa minggu yang lepas. Emak dan abah berhajat nak bawak adam, amir dan ayu jalan ke Cherating. Saja lah bawak cucu-cucu pergi jalan-jalan naik kereta, beli keropok dan bergambar tepi pantai. Aku cakap okey je, asalkan kalau ada orang kena pakai mask dan jauh-jauh sikit dari orang lah kan.
Jadi aku pun siapkanlah anak-anak. Pakaikan baju yang kira comel lah sikit. Ala, pakaikan baju jalanlah kiranya. Ayu aku pakaikan dress labuh, abang-abang aku pakaikan jeans dan tshirt. Nak bergambar kan, bagilah smart sikit. Haha!
Aku dengan zaimi malas nak ikut. Lagipun, nak bagi peluang nenek dan tokwan jalan-jalan bawak cucu-cucu, memang dah dekat setahun masing-masing berhajat nak pergi outing sama-sama. Nenek dan tokwan berhajat, cucu-cucu lagilah berhajat!
Maka lepas siap, pergilah lima bercucu tu. Mak kata mungkin dalam tiga jam juga diorang akan keluar. Sebab perjalanan dari Beserah ke Cherating pun taklah sekejap. Makan masa jugak. Belum diorang nak singgah beli keropok keping lagi, tengok pantai lagi.
Jadi apa yang ngeri? Haa..
Lepas tu, tengah aku dengan zaimi tergolek tengok TV, tiba-tiba dapat WhatsApp dari mak. Hantar gambar budak bertiga ni dah bertukar bajunya.
Abang-abang kira ok lah lagi, tapi ayu tu kenapa horror sangat? Dahlah pakai tshirt dengan seluar kecik yang asalnya macam seluar dalam dress dia tadi je. Rupanya, perjalanan tak sampai pun ke Cherating, Ayu dah termuntah dalam kereta. Habis dress dia kena muntah sampai tak mampulah setakat nak dilap dengan tisu. Hahaha!
Amir yang duduk sebelah ayu pun terkena tempias sekali. Mujur tak kena dekat mak. Abah dengan adam memang selamatlah sebab diorang berdua duduk depan.
Tak pasal-pasal masing-masing dapat t-shirt baru, t-shirt Cherating, RM10 sehelai mak aku cakap. Adam walaupun baju dia tak kotor, tapi saja mak abah belikan jugak. Tak pasal-pasal tanpa sengaja, insiden muntah menyebabkan budak-budak ti terpow nenek dan tokwan diorang.
Kesian mak dengan abah aku kena hadap insiden kemuntahan tu tanpa kami 😂
Baca tajuk dah fikir bukan bukan dah. Rupanya ayu termuntah..Ayu Ayu..ada lah tu tak kena. Kesian atok nenek. Tapi dapat jugak mereka baju baru :)
BalasPadamblh bayangkan setuasi syaz ni
BalasPadamsb masa ank. akak kecik pun penah jga kena ank sulong muntah masa perjlnan ke Frazer hill
adoiii makyong la. kena. sb time tu pegang
Hihihi.. kejadian ngeri tu selalu menimpa saya masa kecik kalau jalan2 naik kereta, tataw kenapa mesti mabuk, hahaha.
BalasPadamAlah... hadiah nenek pada cucu.... happy buat both party...
BalasPadamOh ingat kemalangan.
BalasPadamIni rupanya muntah. Aduh mabuk kereta agaknya.
tu namanya tragedi membawa rejeki.. 😅
BalasPadamBaca tajuk sudah rasa berdebar.... hehehee. Syukurlah semuanya baik-baik saja.
BalasPadamMemang ngeri jugak tu..termuntah. Tapi dapatlah baju baru kan..hehe
BalasPadamIngatkan ngeri apalah tadi
BalasPadamAyu termuntah rupanya
Tu lah tragedi november hehe
BalasPadamKenangan adik2 comel...
BalasPadamperjalanan jauh kan.. termuntah2
BalasPadamSaspen baca tajuk. Ingat apa yang ngeri. Kesian Ayu. Tak tahan perjalanan jauh kan. Nasib baik dalam dress pakai seluar pendek ye
BalasPadamalhamdulillah, ingatkan ape tadi... setakat muntah tu ok lah...
BalasPadamalahai..siannya. takpe, atok ada. tapi mesti risau gak kan.. benda nak jadi.. dpt baju baru.. he he he...
BalasPadambab muntah memang ngeri betul, mujurla kat cherating tu banyak kedai jual baju kan... kenangan betul lah ni ya
BalasPadamComelnyaaa depa posing dgn baju baru hee kenangan kenangan :D
BalasPadamwah wah wah kaki abadam...bukan main lagi ye
BalasPadamKena spare beg plastik ni
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.