Salam Jumaat semua! Terjumpa pula gambar ni. Masakan emak masa kami balik Kuantan hari tu. Rindu pula nak makan masakan emak.
Masakan emak ni, walaupun simple, tapi rasa sedap dia lain macam kan. Datanglah makanan mahal dari kedai ternama sekalipun, kalau masakan emak ni, memang tetang akan jadi juara dalam carta rasa makanan di tekak anak-anaknya. Magic kan? Samalah macam anak-anak aku, kalau aku masak, memang makan banyak. Kalau hari yang aku tak dapat masak dan kena beli di kedai, slow sikit masing-masing menyuap.
Masa ni emak masak udang harimau katanya. Dekat area Beserah, hasil laut memang murah-murah. Jadi kalau nak makan seafood, tak rasa terbeban dengan harga kayangan sangat. Jadi kalau kami balik ke Kuantan, memang selalu sangat dapat makan seafood sedap-sedap. Hasil air tangan emak je.
Eh rasa macam salah hari pulak update ni, patut update semalam masa segment throwback thursday. Haha! Hentamlah labu!
Apa masakan emak kalian, yang paling kalian suka?
Kalau aku memang panjanglah senarainya, tapi top of the list adalah nasi minyak dengan kari ayam. Even kari ayam tu, kalau tak ada nasi minyak pun memang dah padu! Bila dah kahwin, aku cuba buat kari ayam macam emak buat. Mula-mula memang jauh betul standard, tapi lama-lama, adalah miripnya. Maklumlah, dulu masa anak dara memang tak rajin ke dapur kih kih..
Jadi setiap kali rindu nak makan masakan emak, aku akan masak lauk yang aku suka emak masakkan. Semoga emak dan abah aku sihat-sihat sentiasa 💓
masakan mak lah yg paling terbaik kan :)
BalasPadamibu kalau goreng ikan pun sedap... semua sedap la. telur sambal yg simple pun leh bertambah dibuatnya....kannn
BalasPadamAlhamduillah, masakan Mak memang tiada tandingan dia. hehe sedap :)
BalasPadamada banyak masakan mak yang Fiza suka. Antaranya ketam masak kicap. Duh! Terliur pulak bila terbayang akannya.
BalasPadamSetuju sangat. Walaupun simple yang mak masak, tetap jugak sedap. Kan?
Memang magik betul. Kalau disenaraikan memang banyak :)
BalasPadamnampak sedap makanannya!
BalasPadammasakan mak pasti tkde sape yg bole lawan kan
BalasPadammak kalau goreng telur pun sedap. saya paling suka mak saya masak asam pedas
BalasPadamHehe betul masakan mak semuanya sedap belaka.. masak telur mata je pun dh sedap.hehe
BalasPadamMenu yang paling top mak masak segala masakan sambal dan kari..
Yaaa.. masakan mak paling mahal.... penuh kasih syg gituh
BalasPadammemanglah tersedap sebab air tangan emak yang masuk ke mulut kita sejak kita lahir.
BalasPadamsambal goreng jawa emak yang terbaik
Air tangan emak tak pernah tak sedap . . Walaupun menu simple mana lun tetap sedap
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.