Kisah 2019 ni, lama dah. Pertama kali juga waktu ni, aku ke Zoo Mini Taman Teruntum ni. Mak dengan abah yang bersungguh ajak ke sini. Katanya diorang selalu lalu depan Zoo Mini ni masa ronda-ronda. Tapi memang tunggu cucu-cucu balik baru nak masuk dalam Zoo Mini Taman Teruntum tu.
Nak masuk dia kena bayar tiket, tapi aku tak ingat berapa ringgit. Sebabnya, masa ni abah yang meluru terus ke kaunter tiket. Dia bayarkan untuk kami semua lima beranak termasuk dia dan emak punya sekali.
Untuk ke sini, banyak kereta parkir di kaki lima jalan je. Ada juga kawasan parkir dia, tapi masa ni penuh dengan kereta. Lepas bayar tiket, masuk je ke dalam, terus nampak ada papan tanda penunjuk arah ni. Zoo Mini Taman Teruntum ni, seperti nama dialah, memang mini dan kecil je kawasan dia. Haiwan pun tak begitu banyak, dan tak adalah yang tahap endangered semua tu.
Tapi, teruknya aku, aku tak berapa nak recall haiwan apa yang ada. Sebabnya, aku asyik berborak je dengan mak, abah dan zaimi sambil mengepung ayu yang masa ni, jalan pun tak berapa nak tegap lagi. Rasanya dalam sangkar tu ada burung. Rasanyalah.
Ada juga burung unta. Kalau tengok gambar atas ni, kat belakang tu ada dua ekor burung unta jantan.
Adan dan amir masa ni dah ikut tokwan dia naik tengok haiwan yang belah atas bukit. Zoo mini ni jenis berbukit dan berlereng. Aku malas nak mendaki, terus je belok ke kiri, turun ke bawah terus hahah!
Dan penat ronda-ronda zoo mini tu, abah dan mak aku belanja cucu-cucu diorang main buih belon pulak. Masuk tengok haiwan sekejap je, sebahagian besar masa, main buih belon.
Kenapa tak banyak gambar?
Macam biasalah, kalau dah jumpa mak abah, rasa malas je nak keluarkan telefon hihi.
Itu saja lah gambar yang ada.
Balik yang terbaru ni, tak sempat lagi nak ke Zoo Mini Taman Teruntum ni. Masih tak berani pun iya jugak, takut ramai orang. Insyaallah next time boleh repeat!
Teringat masa kecik dulu pernah pergi zoo satu family.
BalasPadamSaya setuju jangan ke zoo dulu buat masa ni bimbang orang ramai nanti bukan setakat sesak, bimbang dijangkiti virus..
last saya pergi zoo ke zoo taiping, tak ingat tahun bile, tp rasanya macam dah lebih 10 tahun lepas
BalasPadamSonok bawa bdk2 masuk zoo...
BalasPadamMesti atok tunggu2 nak jalan dengan cucu. Kita pun rindu nak ke zoo, hihi
BalasPadamLast saya pergi sini tahun 2016. Masuk free lagi masa tu. Sekarang dah kena bayar ye. Even mini pun seronok jugak pusing pusing situ. Sesuailah untuk bawa anak jalan jalan tengok haiwan yang ada. Sekarang pun dah tarikan lain kat situ. Dulu macam sunyi sikit.
BalasPadamhttps://www.azhafizah.com/2016/02/mini-zoo-taman-teruntum-pahang.html
Besar juga nampak tempat ni ye w/pun namanya mini zoo je :)
BalasPadamInsyaAllah boleh datang lagi and duk lama skit. Sekarang mmg takut klau dh nampak ramai orang datang. As long as parents seronok layan cucu tgk haiwan..hehe
BalasPadamlast pegi mini zoo teruntum nih.... tahun 90-an.. masa sekolah dulu... 1st naik bukit pelindung...turun ke pantai TC.. lepas tu balik... singgah zoo.. lepas tu pegi pantai Teluk Sisik... kami jalan kaki.... alahaiii
BalasPadamdulu ada mini track..shell selalu buat demo atau acara pemanduan berhemah pada pelajar sekolah..
banyak sangat kenangan kat sna.... tak tau bila lagi nk kesana.....
da lama tak masuk zoo..zoo johor je la yang pernah pergi seumur hidup ni...eh ye ke?
BalasPadamAlahai... cinonet ke atas dukung masa ni.... hehe
BalasPadamselalu pegi zoo. dgn ank2 taska
BalasPadamrombongan
harap2 pasni blh la ada kan lg xtvt rombongan. ni
rinduuu nk jln2 dgn.
whw..syoknya g zoo..sini xde zoo..:)
BalasPadamaritu mujur mama sempat ambil video so tau la juga binatang apa. kalau tak lupa gak mcm syaz
BalasPadamPergi dengan budak-budak seronok sebab mereka yang teruja hendak kenal haiwan.
BalasPadambestnyaa dpt gi zooo. budak budak mmg sronok la dah la lama tak berjalan kan ini lah masanya
BalasPadamKanak-kanak dengan zoo memang excited laa bila diorang dibawa ke sini
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.