Ini kan, memang salah satu aku punya bad habit. Aku ni kadang-kadang suka beli sesuatu bukan sebab aku perlu dan nak pakai benda tu. Tapi aku beli sebab aku suka tengok rupa dia yang rare dan unik. Ini adalah salah satu contohnya. Aku tak pasal-pasal terbeli Eyeshadow Palette ni, padahal aku bukanlah pemakai eyeshadow.
Apa yang rare?
Apa yang unik?
Casing eyeshadow palette ni yang unik.
Gambar mata di casing ni boleh pejam dan celik.
Macam kat gambar atas, korang nampak dia pejam kan?
Bila tengok dari sudut yang sedikit berbeza, dia buka mata.
Haaa pelik tak? 😂
Ada 15 warna pembayang mata di dalam. Warna dia memang random, ada biru gelap, ada merah hati, ada pink dan lain-lain. Aku bagi ayu je buat main make up make up. Sakanlah dia make up muka omak dengan nenek dia ni dengan warna-warna dari eyeshadow palette ni. Campur pulak warna-warna dari eyeshadow palette yang aku pernah belikan untuk dia juga sebelum ni. Habis jadi unicorn muka omak dan nenek dia ni!
Cute jugalah palette ni. Tekstur dia pun ok, bila sapu guna berus, dia sekata je.
Warna dia kalau dah kena kulit, tak boleh simply remove hanya dengan air. Maknanya kalau pakai ni, kena guna makeup remover baru warna dia tanggal. Jadi, tak mesra wudhu. Tapi kalau orang yang memang pakai make up all the time, diorang mesti dah prepare make up remover dalam beg kan? So no problem lah!
DULU2 SUKA JUGA BEREYESHADOW NI LA NI LUPA DAH
BalasPadamnice..ayu ada blusher nya, nak beli gak la eye shadow nya... walaupun x de la pandai bab make up ni..
BalasPadamnice colour.. lama tak pakai eye shadow ni.. dulu sampai ada 2-3 palette eye shadow..hehe
BalasPadamsekarang pakai eye liner je..hehe
Uniknya tu boleh pejam boleh buka mata dari angle berbeza. Patutlah terberkenan membeli. shades dia pun cantik cantik warnanya. rare jugak. Seronoklah ayu dapat eye shadow baru.
BalasPadamWowww nice eyeshadow
BalasPadamMeh Ayu mekapkan auntie Sal. Auntie tak pandai pakai eyeshadow
BalasPadamlama dah tak beli eye shadow..
BalasPadamdulu kan...ammi malas nak beli eye shadow..blusher pipi tu selamba je tenyeh sikit kat mata. apa ada hal..
cantiknya. jemputlah join giveaway kita
BalasPadamNampak cntik juga semua colour2 pallete eyeshadow ni
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.