Alhamdulillah, semalam emak dan abah aku dah selesai ambil booster dose untuk vaksin Covid-19. Nama emak dan abah terpilih awal untuk menerima dos penggalak Covid-19 ni, pihak Klinik Kesihatan yang mereka selalu check up yang uruskan.
Untuk dos ketiga atau dikenali sebagai booster dose ni, emak dan abah dapat vaksin jenis Pfizer. Dose pertama dan kedua dulu, Sinovac. Kiranya emak dan abah aku ni dah bercampur jenis vaksin yang mereka terima. Bertepatan dengan petikan berita berkenaan vaksin jenis berbeza yang akan diberi pada golongan 60 tahun ke atas seperti
INI.
"Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, sebagai permulaan, perlaksanaan pemberian dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac yang layak akan dimulakan esok secara berfasa di seluruh negara.
Beliau berkata, dos penggalak secara heterologous (pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin berlainan) itu akan diberikan kepada individu berumur 60 tahun ke atas.
"Ini berdasarkan saranan Strategic Advisory Group of Expert (SAGE) on Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bersidang pada 4 hingga 7 Oktober lalu.
"Pemberian dos penggalak secara heterologous adalah secara penggunaan off-label dan dijadikan sebagai cabang kajian (subgroup) dalam kajian The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination (RECoVaM) dan kajian kesan advers serius selepas vaksinasi (SAFECOVAC), iaitu bagi semua penerima dos penggalak."
Lepas suntikan tadi, diorang kata tangan jadi lenguh. Dah menjelang malam, emak mula demam. Abah masih ok. Harapnya tak lama lah kesan demam emak tu. Semoga semuanya baik-baik saja buat emak dan abah 💓
Mak kita pun dah dapat booster, tapi sama dgn dos 1 & 2 iaitu pfizer.
BalasPadamAlhmdllh moga baik2 sj..sy bulan dpn sbb tggu ckup 6 bulan pfizer
BalasPadamdah tanya mak abah kat kampung, belum ada panggilan katanya
BalasPadamSteadylah... lepas ni semakin konfiden!
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamSemoga diberikan kesihatan yang baik
BalasPadamalhamdulillah..sihat selalu...
BalasPadamSemoga cepat baik kesannnya tu. Aaminn...
BalasPadamSemoga baik2 sahaja
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.