Assalamualaikum readers, hari ni kami sekeluarga lima beranak pergi pacak khemah dekat Pantai Bayu Beach Resort di Port Dickson. Dah lama berjanji dengan anak-anak, nak bawak diorang mandi laut. Hari Khamis hari tu kami dah pergi jalan-jalan je ke pantai ni, setakat cecah kaki di bibir air je. Sebab memang tak plan nak kasi anak-anak mandi pun masa tu. Sekadar ke sini untuk hilangkan perasaan tertekan hal ehwal kerja je.
Tapi anak-anak tak puas setakat basahkan badan sampai betis je. Jadi plan dengan zaimi, hujung minggu, datang breakfast dan boleh mandi laut sekali. Anak-anak memang seronoklah!
Jadi pagi tadi, lepas subuh terus kami gerak ke Port Dickson. Sebelum tu singgah dulu beli Nasi Lemak Bob Gadang, kuih-muih dan air untuk jadi bekal sarapan dekat pantai. Masak? Erk.. Tak berapa nak terbit pulak kerajinan aku untuk masak sendiri bekal breakfast pagi tadi. Maybe next time haha!
Sampai je kami terus park dekat tepi pantai betul-betul, bawah pokok rhu yang belakang Yacht Club. Pasang khemah semua dalam 15 minit, makan dulu lima beranak sebelum masuk air. Masuk laut maksudnya.
Selesai makan sarapan, baru kami kemas-kemas masukkan barang dalam khemah, mana yang berharga, masukkan dalam kereta, dan terus meluru ke lautlah, apa lagi!
Selalu aku memang jadi penjaga beg je kat tepi sejak-sejak ada anak ni. Tapi! Kali ni aku tak lepaskan peluang! Aku memang dah cakap dengan zaimi yang aku pun nak mandi sekali! Itu sebab utama aku suruh zaimi bawa khemah instead of hanya bawa tikar. Haha!
Jadi aku bolehlah tukar baju lepas mandi laut dalam khemah. Sebab di Pantai Bayu Beach Resort ni, tak ada tandas awam. Mungkin itu sebabnya dekat area sini tak ramai sangat orang. Pantai ni pun bersebelahan je dengan Pantai Cahaya Negeri yang ada Pulau Burung tu. Ramai orang prefer ke sana, mungkin sana ada toilet. Sini pula sama macam Pantai Cermin je, tak ada toilet awam.
Dekat dua jam juga kami berendam dalam Selat Melaka tu. Tapi, tengah sedap-sedap main ombak, ada penguasa datang panggil zaimi. In fact dia panggil semua owner kereta yang ada tepi pantai tu. Alkisahnya, rupanya tak boleh parking dekat area pokok-pokok rhu tu. Kalau ke Pantai Bayu Beach Resort ni, hanya boleh parking di lorong antara Bayu Beach Resort dengan Yacht Club tu je yang paling dekat yang boleh. Manalah kami tau...tengok orang lain parking, kami follow je, rupanya tidak dibenarkan. Maka zaimi pergilah alih kereta sekejap sebelum sambung bermandi-manda balik hehe..
Usai kami semua tukar baju, kami pun sambung makan lagi. Dah apa lagi nak buat dekat pantai ni selain mandi-manda, bergambar dan makan? Nak main yacht belum cukup kaya pulak 😜
Entahlah si amir, gambar dia semua suka buat muka pelik weh.
Redhooo je lah aku ni ha!
Selesai makan, kasi anak-anak golek-golek dalam khemah sekejap sebelum kami beransur gerak balik rumah. Anak-anak kalau diikutkan, memang nak stay lagi. Taknak balik lagi. Tapi hari pun dah tengahari, tambahan pula, tak berani juga nak berlama-lama kan.
Insyaallah nanti repeat lagi ye anak-anak ku!
+++
Entry tak banyak gambar sebab tak kuasa nak ambil gambar, gambar semua simpan dalam kepala dan kenangan je kali ni 💖💖
+++
Klik untuk lihat Suasana Matahari Terbenam di Pantai Bayu Beach Resort
Seronok kan bersiaran bersama anak-anak tersayang, terkenang Etuza saat anak-anak kami masih baya anak tua puan
BalasPadamSeronok! Orang pun tak ramai nampaknya tu. Rasanya akak tak pernah pergi pantai ni. Selalu ke Pantai Blue Lagoon tu.
BalasPadamAkak yang berdua je ni pun, malas nak masak2. Haha.
Beli jelah senang dan sedap.
Anak-anak saya pun cukup suka dengan pantai. Hari tu bawa ke pantai area Kuala Selangor, sayangnya, pantai situ bertambak dan tak boleh nak mandi. Kami berkhemah je la sambil masak megi😂
BalasPadamfamily time tuuh 😅
BalasPadamWah bestnya
BalasPadambahagia bersama fmili berkelah hujung minggu
BalasPadamBestnyaaaa...lama dh x berkelah....ntah bila nak repeat berkelah macam ni...
BalasPadamWoW! Bestnya camping
BalasPadambestnnya rekreasi begini..
BalasPadamsantai
saya pun plan nak beli khemah satu. Kalau gi mandi-manda sungai ke laut ke senang nak tukar baju. Tahulah toilet awam selalunya horror
BalasPadamabamir ni copypaste muka ayahnya
BalasPadambestnyaaaa
BalasPadamseronok tu....
BalasPadamSeronok dapat berlamaan pacak khemah lagi tepi laut. Saya biasa ke pulau burung tu, jarang lepak tepi pantai bawah pokok rhu sebab sentiasa ramai orang je xde tempat nak park dah.
BalasPadamSeronok bila dapat bercamping di tepi pantai . Anak2 pun nampak happy
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.