Bila dah kena bekerja sepenuhnya di pejabat ni, mulalah teringat dekat anak nan tiga ketul ni. Kalau masa BDR dulu, hingar-bingar dengan bingit suara masing-masing. Kadang tu nak buat kerja pun tak dapat!
Tapi bila dah masuk office ni, teringat selalu. Tadi scroll phone, ternampak gambar masa hari raya hari tu. Tiga-tiga kanak-kanak ni sporting pakai baju melayu dan baju kurung masing-masing walaupun tak ke mana-mana pun. Raya dalam rumah aje masa tu.
Tahun 2021 ni bertemakan warna merah jambu, sebab ayu yang pilih. Tahun depan, ayu kata nak baju pink lagi. Mengamuk abang-abang! Hahaha!
Tak apalah, tahun depan, tahun depanlah kita cerita.
Semoga anak-anak semua sentiasa dilindungi di mana saja mereka berada..aminn..
Dah ada ke yang fikir pasal baju raya tahun 2022 nanti? Korang nak beli baju raya warna apa pula 2022 nanti? Warna pink macam ayu ke?
Uncle.... errr..... HITAM! hahahaha
BalasPadamsesekali uncle pakai pink mesti comel
Padamngeri nak pilih sekarang...takut time kita raya je tersadai lagi sekali
BalasPadambaru sebut hari tu ngan Ian & Iris. Ian ckp awalnya.... kalu boleh memang siap2 kan sebelum puasa, x de la bekejar shopping time bulan puasa tu..kannnn
BalasPadamBelum fikir lagi tema apa hehehee...
BalasPadamhahahhaa siap dah pk baju raya tahun depan ya...
BalasPadamrasa warna biru silver kot....
tak tau lagi la..beli siap jer baju senang so xde banyak kos nak kena fikir kan..cantiknya tema pink....
BalasPadamTak decide lagi nk warna apa..
BalasPadamBiasa setiap bulan December akan decide dengan hubby warna apa..
Nak kene tempah awal ni, April dah start puasa..hehe
alolo... comelnya tiga beradik ni!
BalasPadamBaju raya? Hurmm... kena fikir betul2 ni. Cover sekali raya dua tahun lepas hihih
Wak tak pernah pilih warna
BalasPadamitu kerja pn is3 dan anak2lah
Warna apa2 pun tak kisah asalkan jangan warna pink
ermmm tak pilih lagi warna apa..tempoh hari balik kampung masing-masing ada tanya-tanya juga..tapi mungkin belum terlintas lagi nak warna apa.
BalasPadamSedondin . Nampak comel sangat
BalasPadamPakai baju raya tahun ni. Jimat jimat.
BalasPadamAduh.. Comelnya mereka berbaju raya..
BalasPadamDah bersekolah semula ye semuanya. Manis berona baju warna pink. Tiap tiap tahun pilihan Ayu ke macamana. Hihi...
BalasPadamcomel lotey nyeee awak semua ^_^
BalasPadamtahun ni harap2 boleh lah raya
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.