Seperti yang aku cerita malam tadi, semalam kami sekeluarga ada buat sambutan ulang tahun kelahiran amir yang enam tahun. Buat kecil-kecilan antara kami lima beranak aje. Beli kek dari Harold's Bread sebagai kek birthday dia, kami beli Rainbow Cake. Lepas tu zaimi rancang untuk deco-deco sikit dinding rumah, buat space untuk celebrate birthday amir tu. Siap beli lagi set birthday decoration tu dari shopee tau! Hehe!
Selain kek pelangi Harold's Bread tu, zaimi ada beli juga Japanese Light Cheese Cake dan Dark Chocolate Swiss Roll dia. Aku pulak sebab dah letih meniup belon, plan asal untuk masak lauk kurma ayam terus je aku batalkan. Terus capai telefon, order Marry Brown je dari Food Panda! Senang! (sebenarnya dah malas).
Rainbow Cake Harold's Bread tu tak ada pun daun keladi hiasan tu. Sebenarnya daun tu dari set hiasan dinding yang sekali dengan belon tu. Dia ada bagi tiga helai daun keladi plastik tu. Tapi kitorang tak reti pulak nak susun-susunkan dekat belon-belon tu. Jadi mula-mula, zaimi tampal daun tu dekat hanging words tu je. Dan ada lebih sehelai lagi, tak tau nak tampal kat mana. Aku pun ambil, bersihkan sikit, terus cucuk dekat kek amir tu haha! Tak adalah kek tu kosong sangat.
Kedai ada bekalkan 6 batang lilin, tapi kami decide untuk tak letak atas kek kali ni. Sebab nanti bersembur air liur si tiga beradik ni pakat tiup! Baik tak payah letak terus lilin tu hahah!
Masa order Marry brown tu, ada pilihan untuk order mainan Kiddi Meal. Mainan sahaja tanpa set dia. RM5 satu. Jadi aku pun orderlah tiga. Order 1 nanti mesti berebut punyalah. Bila sampai je set Marry Brown yang aku order tadi, rupanya hadiah tu berupa tiga ekor Doraemon yang ada butang menyuluh. Bukanlah macam torch light sangat, sebab bila disuluh, ada gambar Doraemon dengan Dorami dekat dinding. Kiranya macam memancarkan gambar tu lah. Boleh imagine tak? Rasa berbelit pulak ayat aku ni nak explain.
Selain tu, zaimi pun ada belikan amir webcam. Asalnya sebab adam punya PC, zaimi pasangkan webcam untuk Pdpr dia. Jadi bila google meet, bolehlah bukak video. PC adam jenis lama, tak ada embedded camera. Jadi, adam pulak sejak ada webcam tu, selalulah guna webcam tu untuk record video dia buat silap mata dengan amir. Jadi amir pun nampak macam teringin. Zaimi belikanlah satu untuk dia. Pasang dekat PC zaimi yang di bilik bawah. PC tu pun kalau zaimi tak guna, memang amir yang selalu buat harta!
Jadi lepas semua dah ready pakai cantik-cantik, sesi yang biasa yang tak boleh kalau tak buat tiap kali ada sambutan apa-apa, adalah bergambar! Saja pakaikan anak-anak baju cantik-cantik walau setakat duduk rumah je. Sekali-sekala dress up untuk bergambar kenangan 💓
Lepas tu hanya duduk makan-makan dan bersembang sesama anak beranak je. Sampailah beberapa minit selepas kami punya sesi makan-makan...tiba-tiba ada bunyi honk dari luar pagar!
Siapakah yang honk itu?
Nanti kita sambung cerita lagi..hehe..
++++
Asalam..wah bahagiannya bersama anak-anak..happy birtday buat adik ya
BalasPadamterima kasih datang ziarah bblog saya..InshaAllah akan ada bloglist ya..hikang seketika
BalasPadamHappy birthday Amir yang ke 6 tahun....wah...siapakah yang honk tu? x sabar aunty nak baca ni
BalasPadamHappy birthday Amir.. cara sambut apa2 majlis dalam musim covid cam ni lah kan.. family2 je.
BalasPadamCantik ke birthday.
BalasPadamHappy birthday Amir.
Moga sentiasa sihat, rajin belajar dan dengar nasihat ibu dan ayah ye.
Wahhhh.. Happy Birthday Amir! Moga Allah lindungi Amir selalu dan Amir berjaya dunia akhirat! Amin.. Pssst.. sedapnyaaa kek tuuuu. Tak pernah order brand Harold..Err..sy pun cuba memahami apa yng akak ckp pasal Doraemon tum..rasa macam faham...Hahhaaha..Mungkin boleh tunjuk bideo..Kahhh...
BalasPadamhappy birthday Amir, moga membesar jadi anak yg soleh. cantiks deco2...
BalasPadamemm....surprise delivery ker...utk amir?
wah hepi ja sambut besday ammir sekeluarga..hepi besday amir
BalasPadamHappy birthday Amir.
BalasPadamSesama family pun dah meriah sangat ni siap ada deko-deko gittewww
happy belated bufday buat amir . semoga menjadi anak yang bijak pandai
BalasPadamHappy belated birthday Amir. Meriah sambutan birthday Amir. Cantik decorationnya tu. Bukan Amir je seronok dapat hadiah, yang lain pun dapat. Sesekali bercantik cantik di hari yang special, why not kan :)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.