Gambar-gambar ni aku snap sebab nak buat video ringkas dan hantar pada cikgu amir sebagai record dia buat tugasan yang cikgu dia bagi sepanjang pdpr beberapa bulan lepas. Saja nak abadikan dekat sini sebagai kenangan aku naik pangkat jadi cikgu tadika masa ni ahaha!
Homework ni untuk subjek Bahasa Arab, belajar berkenaan nama buah-buahan dalam bahasa arab. Sebelum proceed dengan aktiviti kolaj, ada satu video yang amir kena tonton dulu. Dalam video tu, cikgu dia ajar nama-nama buah-buahan yang common dalam bahasa arab, dengan cara yang sangat menarik dan catchy.
Lepas dah siap belajar dari video tu, setiap murid kena ambil 'pack' subjek bahasa arab yang cikgu dia dah bagi beberapa hari sebelum tu. Memang kena pick up set tugasan tu dekat tadika dulu. Untuk subjek-subjek lain pun ada.
Untuk tugasan kali ini, setiap murid diberikan lukisan buah yang berbeza-beza. Ada yang dapat pisang (Mawza), epal (Tuffahun), betik (babaya), strawberry (farawila), anggur (einabun), kiwi (kiwi) dan oren (burtuqal). Selain tu, turut dibekalkan dalam pack tu adalah beberapa keping kertas warna yang match dengan buah yang murid dapat tu.
Macam amir, dia dapat buah epal. Jadi dia dapat kertas warna merah, coklat dan hijau. Rupanya, bahan-bahan yang cikgu dia bekalkan tu untuk dia buat kolaj dari lukisan Tuffahun dia dapat tu. Mula-mula, kena la gunting / koyakkan dulu kertas warna tu jadi cebisan kecil. Aku suruh dia siat kertas tu dalam mangkuk. Jadi tak adalah kertas tu terbang-terbang merata.
Bila dah siap potong kertas tu kecik-kecik, maka bermulalah proses menampak cebisan kertas tu atas lukisan epal dia tadi satu persatu. Aku memang tak tolong, aku tengokkan aje dia buat sambil-sambil lipat kain yang menimbun. Haha.
Biarlah lambat sikit dan comot sikit, asalkan tangan dia bergerak sendiri. Untuk psikomotor dia jugak. Biarlah nampak kejam, Harap suatu hari nanti dia faham kenapa aku tak tolong tampal sama-sama dan cuma bagi arahan dari depan dia aje.
Kalau teman anak tadika buat homework ni, memang kena banyak bersabar. Sebabnya aku jadi cepat nak hijau (marah) kalau anak buat kerja lambat. Tapi memang kena latih diri supaya bertenang dan bagi dia masa sampai dia berjaya siapkan. Nak hijau hijau pun buat penat otak sendiri je. Baik bagi dia buat relax tapi consistent tangan tu bergerak buat kerja.
Sesungguhnya pdpr juga turut melatih aku menjadi lebih penyabar.
Tadaa!
Akhirnya siap pun epal / tuffahun amir walaupun punyalah banyak dia bersembang sementara nak bagi lengkap kolaj dia tu. Ada je idea dia nak bercakap!
Ayu pun teringin jugak nak buat, seronok agaknya dia tengok abang dia duk menampal-nampal kertas kecik-kecik tu. Memandangkan kertas-kertas warna amir tadi memang ada lebih, kita kasi chance la ayu pun tampal jugak dekat kertas kosong.
Ha iniolah hasilnya dari ayu!
Abstrak gitu ahaha!
Kadang-kadang fikir balik, mungkin hikmah pdpr ni, kita pun turut belajar sesuatu dari tugasan anak. Selain dapat bonding time dengan anak tu kan. Macam aku, hari tengokkan amir buah kolaj ni lah baru aku tau nama-nama buah dalam bahasa arab, sebelum ni aku tak tau pun..kikiki..
Maklumlah, aku memang tak ada basic arab..huu..
Korang nampak kolaj ayu tu macam apa?
Aku nampak macam buah epal yang pecah berderai sebab dilenyek oleh tayar kereta 😂
yeah...fav homework masa tadika dulu ni..
BalasPadamseronok..menguji kesabaran dan fokus.
BalasPadamcantik. kemas
Betul Syaz. Sesungguhnya PDPR sangat mencabar kesabaran kita.
BalasPadamTapi daripada PDPR anak-anak itu, dapat pula kita belajar sesuatu yang lain dari silibus kita zaman sekolah dulu.
Wah. Sekarang pun masih lagi ada aktiviti tampal-tampal macam ni. Rindu pulak nak buat. 😂
BalasPadamBaru tau orang arab panggil betik, babaya. Bunyi macam papaya. Orang arab pelat sebut huruf 'p'.
BalasPadammasa Kyra kecik..ammi hafal lagu Alif Asadun Singa Lion tu.. kira semua perkataan kat dalam tu ammi dah masterlah bahasa arabnya. Tp...takat itu jelah. jgn tanya yg lain
BalasPadamRamai naik pangkat jadi guru musim2 PKP ni..hihihi
BalasPadamwak pon baru tahu sebutan buah epal 🍎🍎🍎 tu tuffahun.. 😅😅
BalasPadamaktiviti yang membangkitkan minda anak-anak
BalasPadamDapat jugak belajar bahasa Arab sesambil tu. Pembaca pun dapat belajar sekali. Hihi...
BalasPadamAyu pun dapat belajar buat aktiviti seni. Abstract sungguh hasil kerja Ayu.
Dapat jugak belajar bahasa Arab sesambil tu. Pembaca pun dapat belajar sekali. Hihi...
BalasPadamAyu pun dapat belajar buat aktiviti seni. Abstract sungguh hasil kerja Ayu.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.