Selalunya kelas taekwondo adam dan amir adalah pada sebelah malam, tapi minggu ni kelas tu diawalkan ke pukul 11 pagi. Sir taekwondo dia kata, sempena Hari Sukan Negara 2021 yang berlangsung pada 9 Oktober 2021. Kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan latihan taekwondo adam dan amir, iaitu pada setiap hari Sabtu.
Jadi Sabtu kali ni memang kena makan breakfast on time lah.
Sebab nak adjust masa untuk bersiap, dan tepat pukul 10 macam tu sepatutnya dah kena gerak ke tempat latihan. Rumah kami jauh juga jaraknya dengan tempat latihan tu. Bukan tak ada yang dekat, tapi sebab adam dah biasa dengan kawan-kawan dekat sana. Amir pulak memang join dekat sana sebab adam lah kan.
Masing-masing excited nak pergi kelas taekwondo. Tambahan pulak, masing-masing kan baru naik tali pinggang warna baru. Masa hari dapat tali pinggang tu, tak sempat ambil gambar. Haa maka pagi ni marilah ambil gambar dengan tali pinggang baru. Amir disebabkan dia naik dari kuning satu ke kuning dua, dia masih guna tali pinggang sama, tapi ada dilekatkan pelekat warna hijau.
Ayu pun nak join bergambar jugak. Sibuk buat aksi yang sama.
Nampaklah dia teringin nak masuk kelas taekwondo tu.
Insyaallah ada rezeki tahun depan ayu boleh masuk kelas taekwondo ye!
Bergambar jugak dengan ayah 1 round.
Dengan omak tak sempat, sebab takut lewat pulak sampai nanti.
Dah masuk kereta, kunci pintu semua, ha jom lah kita!
Sementara nak sampai tu pun berapa kali bergaduh dah diorang tiga ketul ni dekat seat belakang tu hahaha! Jenuh hijaulah omak.
Masa kami sampai tu, sir diorang semua tak sampai lagi.
Lewat sikit katanya.
Sempatlah adam dan amir bersembang-sembang dulu dengan kawan-kawan.
Lepas sir dia sampai je, semua kena beratur. Kena bersiap sedia untuk mulakan latihan.
Lepas tu ada sorang budak perempuan datang suruh scan QR code kehadiran ke Hari Sukan Negara 2021 punya event. Nanti dapat sijil dia kata. Tapi tak ada pun sijilnya aku check sampai ke saat aku menaip entry ni. Haha!
Kata budak perempuan tu, dari pagi tadi dah ada banyak event sukan.
Ada berbasikal dan e-sport.
Kalau nampak dalam gambar kat atas ni, ada orang duduk dekat hujung sana tu, tengah main game bola lah tu. Agaknya tak habis lagi berlawan masa tu.
Adam amir sibuk nak pergi tengok, tapi disebabkan kelas dah start, tak dapatlah nak pergi menyendeng dekat sana. Terus dengan latihan je lah.
Itu sajalah pengalaman join Hari Sukan Negara untuk tahun ini 😁
eh hari ni hari sukan negara ke? tak perasan pulak haha. selamat hari sukan!
BalasPadamselamat hari sukan juga, aerill 😁
PadamAlaaa...aunty SA je yang x bersukan lagi ni....hahahahah...
BalasPadamSemangat masing masing. Ayu pun nak tumpang sekaki. Pasni boleh join Abang Adam dan Abang Amir ye Ayu.
BalasPadamMajulah Sukan untuk negara :)
waa... sukanya tengok anak anak belajat taekwando
BalasPadamWah wah wah! Bukan main lagi aksi masing-masing :)
BalasPadamwah...cayalah. bagus tul!
BalasPadamsyaz! byk plak perubahan si zaimi ^_^..kesitu plak shida fokus hahaaaa..okay ayu cute juga!
BalasPadamayu tu boleh berguru dengan abang2 nye jer
BalasPadambestnya dah dapat tali pinggang warna baru. Tak sempat nak join Hari Sukan Negara haritu. sukan dalam mimpi je lah hehehe
BalasPadamalhamdulillah , nampak bersemangat betul
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.