It's Ridiculously Good!
Katanya lah dekat paket dia kan.
Dengan harga RM1.80, bungkusan dia yang berwarna-warni penuh dengan corak ni memang menggoda juga. Ibaratnya bungkusan ni memanggil-manggil aku untuk ambil dia bawa balik rumah tau!
Oklah dah puas belek bungkusan Gardenia Delicia Chocolate Paste ni dari depan ke belakang. Apa lagi, marilah cuba letak dekat roti. Tengok jauh mana dia boleh pergi! Yuk!
Dalam bungkusan tadi, ada lima batang paste coklat. Macam pernah ku lihat paste ini. Tapi di mana yaa? Haaa rupa dia macam choki-choki kan?! Coklat pes yang popular masa aku budak-budak dulu. Ala korang semua mesti kenal punyalah dengan si choki-choki tu kan.
Ok jom kita koyakkan hujung paste tu, dah kita picitkan dia agar keluar tu betul-betul atas roti.
Aiseyman. Keras kedengkang lah pulak. Adakah kedai yang aku beli tu menggunakan suhu penyimpanan yang salah? Sebab serius sakit juga jari nak menekan bagi habis 1 tiub pes tu keluar ke atas roti.
Tekstur dia memang gagal dan ridiculous to look. Huk huk. Maaf, ini honest review dariku. Aku rasa, choki-choki lagi cair dan senang kita nak spread atas roti. Gardenia punya chocolate paste ni disebabkan dia memang keras gila, memang tak boleh nak spread secara elok dan kemas atas roti. Bila tolak dengan pisau, dia ikut bergolek sama dengan pisau tu ibarat kita golekkan bateri AA atas roti. Dapat bayang tak?
Jadi disebabkan dia tak mahu terserak elok atas roti, asyik bergolek je ke sana ke sini, kita lipat dua roti tu dan picit. Dan rupa dia jadi bertambah horror. Huwaaa.
Memang jauh dari yang aku bayangkan, aku bayangkan bila picit tu, dia akan jatuh sedikit cair, dan bila kita sapu, feel dia sama macam sapu Nutella atas roti. Tapi ternyata tidak dengan pembelian aku kali ni. EH jap. Ke memang produk ni tak dibuat untuk makan dengan roti? Untuk kemam direct je? Alamak adakah aku tersilap!
Dari segi rasa pula, memang tak ada rasa yang luar biasa pun. Tak ada 'wow' effect. Rasa dia sama macam beli chocolate spread dia yang dalam botol. Yang memang kalau ikut selera aku, so-so je lah.
Tapi itulah, apalah yang boleh diharapkan dari barang yang berharga RM1.80 untuk 5 batang tiub kan. Tapi anak-anak aku suka! Diorang yang habiskan. Bukan dengan cara letak atas roti, tapi diorang makan je macam cara makan choki-choki. Memang suka sangat-sangat diorang. Dari segi itu, 10 markah untuk Gardenia!
Okey itu sahaja pengalaman membeli Gardenia Delicia Chocolate Paste. Adakah akan beli lagi? Mungkin, tapi aku akan picit dulu lepas ni bungkusan dia. Kalau tak lembik, batalkan saja niat..hehe..
Rasa coklat Choki Choki lagi padu. Tapi saya suka brand ni sebab lagi light. Tak muak bila makan.
BalasPadamKene rendamkan plastiknya dlm air panas lah kot br cair lembu paste tu
BalasPadamProduk baharu dari Gardenia ka? Tempat Naim tak ada lagi. :). Kalau ada boleh nak cuba hehe
BalasPadamBelum beli lagi. Choki choki jugak win ye.
BalasPadamtak syok lah kalau keras. belum nampak lagi choc paste ni dekat kedai area rumah
BalasPadamtak pernah lg rasa yg ni, tp choki choki lg sedap kot...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.