Selain membaca buku dan menulis, aku ni sebenarnya ada satu lagi hobi. Nak tau apa?
Hobi aku adalah cuci mata tengok gambar barang kemas emas 916 kat channel telegram.
😂
Eh sekarang banyak tau kedai emas yang telah wujudkan channel telegram diorang sebagai medium iklan dan jual barang kemas 916 secara online.
Tapi memang kena selidik betul-betullah sebelum meneruskan transaksi membeli emas secara online ni. Sebab barang fake yang siap ada tulis 916 pun banyak terjual sekarang tau. Rupa sebijik emas ori.
Ok berbalik pada tajuk yang dah tertinggal jauh ni, setiap kali aku cuci mata tengok barang kemas tu semua, si ayu pun kadang-kadang join sekaki 😂
Sedangkan emaknya pun tidak membeli, apatah lagi nak belikan untuk dia setiap kali dia cakap "Mak, ayu pun nak jugak" tu weh 😂
Jadi, disebabkan dia teringin sangat nak rantai tangan pandora yang ada charms tu, maka shopee je lah pilihan yang ada.
Ha, let's order rantai tangan sekali charms!
Semestinyalah aku belikan yang mainan punya je 😂
Pernah tanya ayah dia, ok ke kalau nak belikan rantai tangan emas yang betul?
Ayah dia kata takut tercicir.
Dia baru tiga tahun, plus dia kadang hangat-hangat tahi ayam je. Bukan nak pakai lama. Dahlah sejenis cuai jugak. Kadang-kadang barang dia sendiri, last dia letak mana pun jenuh nak recall. So nantilah.
Belikan je lah yang fake ni.
Bukan setakat fake, nampak benorrrrr mainannya hahaha!
Bolehlah labu, asal ada.
Satu aku beli yang charms dia bentuk love.
Ada macam-macam jenis love dengan warna pastel yang menambah kecomelan charms tu.
Satu lagi rantai tangan ni, charms dia tema unicorn.
Ada macam-macam jenis unicorn, warna dia seakan-akan dengan yang charms bentuk love tadi juga.
Konon pandora dia penuh dengan beads dan charms la tu. Bila dia pakai, terjuntai-juntai dekat pergelangan tangan dia. Memang seronok habislah adik ayu tu! ❤️☺️
Harga? Halahh... Memang murah!
Mana nak cari barang kemas murah siap penuh beads dan charms macam ni?
Seutas tu RM5 je 😂
Masa nak bayar kan, fikir jugak dua tiga kali sebab postage sama harga dengan rantai tangan. Tu yang beli dua utas tu,.jadi tak adalah rasa kedekut nak bayar postage tu membarah sangat 😂
walopun mainan, tapi tetap nampak kecomelannya!
BalasPadamadik ada jg post ttg emas di telegram..tengok gitu2 je..
BalasPadammasa anak saudara kecik, kakak beli gelang emas zhulian je..haha..comel gelang ada rambu2..
ala-ala tomeinya..dgn tangan tu, cute sangat! betul .. kids ni beli yg murah2 mcm ni, kalu hilang or cicir tak la ralat sgt. bukan berkira but berhati2...
BalasPadamcomelllll! kena beli jgk utk ank ni..
BalasPadamsbb dia nmpk maknya pkai pandora dia pon nk.. haha
anak2 kecik pakai gelang nmpk comel. biasa la tu ank dara dah pandai. nk cantik2 hias diri. dia. he hee
BalasPadamkalau. emas sb budak2 ni bahaya pakai. emas ni. risauu
dah sek tu baru ok
Gegurl nya dia!
BalasPadambetul tu, skrg memacam tempat ada jual emas akak pernah juga beli emas online
BalasPadamcomel je ayu pakai charm gitu, kecik lagi tak sesuai pakai emas betul, takut dia terbuka, terhilang atau tercicir. Tunggu besar sikit baru pakaikan emas
Fiza pun suka jugak cuci mata tengok Emas. Hehe... Fiza memang tak berani nak bagi anak² barang kemas. nanti dah sekolah menengah kot. Takut tercicir ye jugak. Kan?
BalasPadamCantik... Tapi cikbunga belum pernah beli lagi🌹🌹
BalasPadamOk la tu sesuai utk kanak2..kang beli yg ori..hilang kang meraung si emaknya
BalasPadamMahu tak seronok ayu dapat rantai tangan dengan charms banyak tu. Comel comel pulak tu kan. Hihi..rasa bersalah kalau beli barang sama dengan harga pos. Lebih baik tambah barang lain sekali atau beli lebih kan.
BalasPadamrisau jugak tengok budak budak pakai emas ni. risau ada orang ambik kesempatan ambil ke apa.
Comeiiii, sesuai lah dengan adik Ayu yang comel..hehehhe
BalasPadamComel la
BalasPadamkalau anak perempuan, itu lah minatnye
BalasPadamhahaha betul jugak ayat ayah dia tu, pesen hangat-hangat tahi ayam je. Comel lah dua-dua jenis charms tu
BalasPadamseronoklaa si ayu tu syaz...haaa amik kiri kanan dia pkai heheee
BalasPadamcomel betul desiggn tu , gabungan colour pastel yang menarik
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.