Sepertimana saranan kerajaan Malaysia, jika berhasrat untuk merentas negeri bagi balik ke kampung berjumpa dengan ibubapa dan saudara-mara di kampung, sebaiknya buatlah ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri. Buat sendirilah maksudnya. Kebanyakan Covid-19 self-testing kit ni sememangnya menggunakan sampel air liur. Jadi ianya lebih mudah untuk dilakukan sendiri, atau dengan pertolongan ahli keluarga / kawan yang berada berdekatan individu terbabit.
Aku juga tidak terkecuali untuk turut merentas negeri. Lama dah wehh tak jumpa mak abah dan mertua semua. Jadi untuk memastikan kami sekeluarga boleh balik dengan tenang, at least kami akan buat self-testing ni nanti. Mungkin sehari sebelum berangkat tak lama lagi.
Aku beli guna Grab aje haritu. Kisahnya aku malas nak keluar, tapi aku nak beli kit tu siap-siap. Bimbang juga kot kot habis ke nanti. Jadi aku beli dari Healthlane Family Pharmacy. Nampak ada dua jenis. Maka aku beli aje kedua-dua jenis, senang kira. Harga pun sama untuk kedua-dua jenis ni. Yang pertama, aku beli yang Salixium Covid-19 Rapid Antigen Test.Dalam 1 kotak ni, hanya ada 1 saja kit self-testing tu. Buat masa ni aku belum buka lagi kotaknya. Nanti kalau dah buka mungkin aku boleh share juga isinya macam mana. Simpan sini buat kenangan.
Yang satu lagi adalah AllTest Covid-19 Antigen Rapid Test. Pun aku belum buka lagi, tapi disebabkan bungkusan dia jernih, bolehlah nampak bentuk material yang dia sediakan untuk kita lakukan self-testing nanti. Siap ada plastik hazard. Iyalah, in case lepas test tu positive (nauzubillah). Bila result positive, tak boleh simply buang begitu saja dalam tong sampah. Kena bungkus elok-elok dan ada caranya untuk dispose. Oh ya masa kita nak beli tu pun, walaupun hanya melalui Grab, kita kena tick consent yang menyatakan kita faham tentang perkara tu.
Over kan beli sebanyak ni. Sebabnya aku beli untuk kesemua kami lima beranak, untuk digunakan dari dua destinasi. Yang pertama, dari rumah kami ke destinasi pertama, iaitu Kuantan. Dari Kuantan nanti, kami akan ke Kelantan pulak. Jadi rancangnya akan self-testing lagi sekali nanti.
Tapi semalam aku tertengok poster dari KKM ke Public Health entah, dia kata kanak-kanak kalau tadika atau bersekolah dalam SOP terkawal, tak perlu test. Apatah lagi kalau anak yang hanya duduk rumah, dan orang dewasa dalam rumah tu pun hanya Bekerja Dari Rumah.
Adess.. aku dah beli sampai 10 ha. Baru terbaca pasal tu. Disebabkan dah beli, mungkin akan test jugalah dekat anak-anak nanti. Ke tak payah ye? Ke elok simpan je dulu kit tu, dan test dekat kami berdua suami isteri je? Eh pening jugak dibuatnya. Haha!
Ini farmasi tu ada masukkan sekali keratan iklan kedai dia. Mungkin sesiapa berdekatan nak beli secara online juga kit self-testing Covid-19 ni, boleh whatsapp dia terus. Dan semoga dipermudahkan urusan merentas negeri.💓
selamat pulang ke kpg..
BalasPadamInsyaallah terima kasih kak :)
PadamWah Syaz kira pakar guna kit untuk uji.
BalasPadamHehe elok guna takut terlebih tarikh luput. Lagipun untuk ketenangan hati. Tahu kita tidak bawa virus ke kampung.
Selamat pulang!
Pakar apa maksudnya tu? 😅 Ramai je yang dah guna dan buat test sendiri 😊
Padamsemoga selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan perjalanan
BalasPadamTerima kasih, aminn ya rabbal alamin
PadamEhhh dah dekat dgn rumah mak kita farmasi tu
BalasPadamlaris je sekarang ni ramai yang beli test kit
BalasPadamTakpe, simpan untuk kegunaan akan datang. Dah ready stok tak perlu fikir mana nak cari dah. Selamat pulang ke kampung nanti :)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.