Amir memang sangat suka mengusik adik. Dan, kadang dia bukan mengusik. Dia jenis skema sikit. Bila ayu atau adam main tak ikut specification yang betul, dia akan membebel, dan lama-lama bebelan dia tu akan buat ayu menjerit marah atau merajuk.
Mungkin sifat anak nombor dua yang memang selalu dimomokkan dengan keunikan tersendiri tu lah agaknya. Memang jelas terbukti dengan sifat amir kalau dekat rumah ni.
Mungkin tak sama dengan anak orang lain, tapi amir punya sifat yang lain dari adam dan ayu adalah:
- Skema dan semua kena ikut peraturan, kalau tak dia akan bengang.
- Manja dan cepat tersentuh.
- Berdikari dalam bab kerja rumah. Sekali je pesan, dia akan ingat perkara tu, dan dia akan hangin kalau adam atau ayu tak buat perkara tersebut. Seperti contoh, aku pesan, botol air dalam peti ais tu kalau dah kosong, keluarkan, isi, dan simpan balik dalam peti. Dia memang buat sampai sekarang.
- Degil. Walaupun dia skema, ada sesetengah perkara dia memang kepala batu. Jenis kalau dia dah kata A, A lah.
- Toleransi dengan omak. Dengan aku je dia boleh tolerate. Hahah
- Banyak cakap dekat rumah, dekat luar dia pendiam dan pemalu.
- Selamba. Memang kadang-kadang jenis tak makan saman.
Dan yang paling aku tak boleh tahan dengan satu pe'el dia adalah, dia suka buat aksi dan muka pelik kalau kita tengah tangkap gambar ramai-ramai. Even gambar dia sorang pun, susah betul nak suruh dia buat muka yang senonoh.
Amir jugak jenis berterus-terang. Ada sekali tu, dia mengusik adik dia dekat bawah, ayah dia marah.
Dia naik atas, dia bergaduh pulak lagi sekali dengan ayu, aku pulak marah.
Lepas tu, dalam lepas solat, aku tanya dia, kenapa amir senyap je. Sebab masa tu dia memang diam je main tablet sorang-sorang lepas maghrib.
"Amir senyaplah sebab amir kan yang selalu buat salah dalam rumah ni. Ayah marah amir. Mak marah amir. Adam taknak main dengan amir. Ayu degil dengan amir. Amir diam je la senang"
Tercengang sekejap aku.
Rupanya dalam diam, dia memendam.
Terpaksalah aku terangkan dekat dia kenapa kami marah, dan aku minta maaf sebab buat dia rasa macam tu. Lepas tu baru dia nak senyum dan main balik dengan abang dan adik dia.
Itulah akal anak nombor dua aku ni.
Omak share dekat sini sifat amir yang unik dan tegas ni sebagai kenangan 💓
Hehe comel ja bila Amir buat muka mcm tu
BalasPadameh..sama dengan ayat bujang no. 2 ammi. "let me stay quiet..no one listen to me" katanya.
BalasPadamha'ah anak no 2 ni memang suka pendam je. comel lah rapat dengan omaknya.
BalasPadamPerangai lain sikit ye. Samalah dengan husband sy anak nombor 2, bila bergambar ada je buat muka pelik. haha..tak faham kadang.
BalasPadamTiber tengok adik sendiri yang nombor dua..ahhahahaha
BalasPadamSebagai anak nombor dua. Sya membenarkan semua kata2 Syaz tu, sbb DR pun rasa DR mcm Amir..ehehehe, Welcome to the Club, Amir. Saya selalu mengusik sepupu atau anak-anak2 buah yang juga anak nombor 2, sebab mmg masak dengan perangai anak kedua,. Selalu pesan kat dorg. "Jangan kasi malu anak nombor 2..hihi"
BalasPadamamir... amir... macam sama je dgn abg irfan.. sekali je kita bagitau dia utk buat sesuatu... ok ibu... baik je dia jawab... pastu mmg suka membebel dgn adik² jugak
BalasPadamSetiap anak ada karektor tersendiri.
BalasPadamsporting je amir berposing.
BalasPadamsetiap anak ada karektor yang berbeza... selalunya anak no. 2 ni nakal sket..
BalasPadammasing2 anak ni perangai lain2 kan..mmg xsama..teringin nk rasa perasaan yg syaz alami :)
BalasPadamsuka membebel tu sy setuju hehehehe
BalasPadamsetiap anak mesti akan ada perangai yang tersendiri
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.