Para blogger sekalian semestinya tahu, bahawa pada setiap hari RABU, akan ada satu segmen yang bernama "Wordless Wednesday". Ada juga yang hanya menggunakan akronim WW untuk post mereka pada setiap rabu itu.
Tapi apakah sebenarnya motif sebenar segmen Wordless Wednesday ini?
Mengikut tujuan asalnya segmen Wordless Wednesday ini, setahu akulah, mengikut pengalaman aku berblog dari 2009 dulu, WW ni memang akan melibatkan post / entry yang tak ada walau sepatah perkataan pun. Hanya ada gambar sahaja. Bertepatan dengan perkataan 'Wordless' itu sendiri.
Mengikut answers.com, yang telah pun dijawab 13 tahun yang lalu, Wordless Wednesday adalah:
Atau terjemahannya; Setiap hari Rabu di atas talian, para blogger akan memuatnaik gambar sebagai post mereka tanpa sebarang perkataan untuk menerangkan tentang gambar itu. Sepertimana perkataan 'wordless' itu membawa maksud 'tiada perkataan'. Ideanya supaya gambar itu berbicara sendiri tentang mereka, tanpa perlu sebarang penerangan.
Menurut https://www.allbusiness.com/ pula;
Wordless Wednesday ini boleh digunakan sebagai salah satu tools untuk menarik traffik ke laman blog kita juga, terutama pada yang membuat blog perniagaan.
Setiap Rabu, tuan blog muatnaik gambar yang menarik, yang berkaitan dengan perniagaan, produk, pekerja dan juga pelanggan syarikat mereka. Atau yang berkaitan dengan niche blog masing-masing. Macam aku ni, blog personal sahaja. Jadi segmen WW aku selalunya bertema bebas. Hihi.
Dan, jika kita tweet pula link blog kita yang dibawah segment Wordless Wednesday tadi, letaklah hashtag #wordlesswednesday, untuk menarik traffic dari pengunjung lain. Selalunya, yang buat hashtag itu, akan mengujungi post yang ada hashtag #wordlesswednesday tu juga, untuk meninggalkan jejak.
Jom serlahkan kreativiti dalam Wordless Wednesday!
Biar pengunjung saja yang berbicara di ruangan komen!
Ha gitteww..
😉
walopun tajuk WW, ada gak blogger yg tulis byk2..
BalasPadamWW ammi harini mengikut spesifikasi asal
BalasPadamHaha akak main sebat ja..time takde idea tak tulis apa
BalasPadamoooo..cam tu. ok, next week leh update 1 pic utk wordless wednesyday..
BalasPadamtq for info!
ramai yang buat macam ni.
BalasPadamletak je satu gambar.
biar "a picture speaks a thousand words"..haha
Wak pun suka buat WW ni terutama kalau takde idea.
BalasPadamCari gambar satu dua, biar pembaca beri komen.
Done follow hihi
BalasPadamBehtulll..dulu salu letsk gambo je... cuma kdg rasa x lengkap xde sikit ayat.. Hahahaha.. so tulis sikit
BalasPadamdah lama dah tak buat entry WW
BalasPadamsepatutnya macam ni kan Syaz, tapi macam tak best selalu kak ana tulis gak pendek2 huhu derhaka namanya :)
BalasPadamDulu macam tu, memang tak ada sebarang perkataan, hanya gambar. Sekarang macam tak menepati WW sangat sebab masih ada text dalam entri. Menarik penjelasan ni. Terima kasih. Boleh lah sambung buat segmen WW lepas ni. Hehe...
BalasPadamJarang buat WW ni sebab kadang rasa macam takde idea tapi bila letak gambar je eh banyak pulak idea nak merepek jadi dah tak menepati maksud WW tu lah ya. Padahal takdo idea pun nak up entry...hehehehe
BalasPadamSelalu buat entri WW ni bila buntu tak ada idea nak menulis. Biar gambar tu bersuara bagi pihak kita buat sementara hehehe
BalasPadamKalau tak ada idea nak update entri boleh buat WW ni kan
BalasPadamsegmen WW saya ade sikit jer words... kire ok lah kan
BalasPadamDah lama tak update Wordless Wednesday..
BalasPadamKalau adsense..terima tak entri mcm tu? shida dah lama tinggai update entri WW ni..
BalasPadamSha memang buat WW ini dengan berkongsi imej yang berinformasi..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.