Baru perasan yang harini tak update blog lagi.
Kisahnya harini penat sikit sebab semalam pulun siapkan majalah jabatan.
Duduk lepak dengan anak-anak je.
Sambil-sambil tengok Netflix.
Sambil-sambil makan buah.
Buah-buahan ni semua aku beli dekat kedai runcit barang basah yang dalam taman ni je.
Memamg best gilaa sebab selalunya kedai runcit atau pasar mini, jarang jual buah yang fresh macam ni.
Kebanyakan kedai akan fokus pada barang basah je
Tapi kedai ni lain, dia ada juga jual buah-buah yang selalu dijual dekat pasaraya atau kedai buah-buahan je tu.
Dahlah saiz besar, masih segar, elok molek rupanya, plus buah-buahan yang aku beli dari kedai ni semuanya manis elok je.
Paling anak-anak aku suka adalah buah oren seedless tu, ada dua saiz, kadang beli yang L, kadang yang XL.
Epal hijau pun budak-budak ni bedal makan, tak hirau masam ke apa. Asalkan masing-masing dapat makan buah.
Aku? Kegemaran aku semestinya buah pear merah.
Ya Allah punyalah sedap pear merah weh!
Sejak PKP memang lama sangat aku tak dapat makan buah-buah ni, terutamanya buah pear.
Sekali kedai dia ada jual, excited aku!
Ekceli dulu sebelum pkp kedai ni tak top.
Aku pun lebih kerap ke pasaraya dari ke kedai runcit dalam taman.
Tapi pkp telah merubah segalanya haha!
Oh dan yang terpaling best adalah, kedai ni ada delivery. Rasa teringin nak makan buah, atau nak order barang basah lain, tapi malas nak keluar rumah, order je!
Kih kih kih ..
Ok nak sambung makan buah 😄
buah yang saya selalu beli dan selalu ade stok kat rumah adalah epal merah dan buah lai. kadang2 beli jugak buah limau mandarin yang kecik2 tu..
BalasPadamBagusnya anak-anak Syaz suka makan macam-macam buah.
BalasPadamPKP memang banyak merubah kebiasaan kita.
buah buahan sitrus kaya vit c akak pun suka oren tu,
BalasPadamepal. hijau kalau beli yg ok sedapp tak masam,laju je akak mkn he hez katanya elok utk darah tinggi, kolesterol
Musim covid-19 di rumah Naim sentiasa topup buah oren utk vitamin c hehe :D
BalasPadamSamalah, dah PKP baru berkenalan dengan kedai runcit dan minimart area rumah
BalasPadambila dalam peti ada buah-buahan .. automatik rasa sehat jaa. Haha
BalasPadamBuah pear merah tu sedap..ranggup,kan..
BalasPadamshida pun kat pasar org jual buah sebelah jer hehee..kdg2 mcm hari2 dpt buah free..pear merah xpernah mkn lg syaz!
BalasPadamBestnya dapat beli buah fresh dan buah fav. Senang kedai dekat boleh restock selalu. Agaknya sejak PKP ni ramai datang situ. Tokei kedai pun pelbagaikan jualan. Jarang nampak pear merah. Lama gak tak makan buah pear ni.
BalasPadambestnya ada kedai jual buah-buahan ni. selalu di rumah ada buah pear, oren & betik.
BalasPadamsedap juga buahan-buahan fresh ni ,
BalasPadamDah lamanya tak beli buah2 impot ni
BalasPadamBuah2an tempatan pun tak habis2 lagi.
Sedapnyaaa buah pear!
BalasPadamSuka la kedai runcit yang ada jual buah gini, memudahkan kita.. niceeee siap ada delivery yer....
buah oren sedapp buat jus orange
BalasPadamha'ah pear merah tu memang sedap, dia tak berair banyak sangat macam pear kuning tu
BalasPadamBagus makan buah-buahan ni. Kalau epal hijau selalunya buat jus campur dengan asam boi...minum sejuk2 perghhh sodap. Lai atau pear selalunya layan dengan rojak mam bee. Limau makan gitu kalau manis sedapnya
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.