Mungkin ramai yang dah tau kan yang Food Panda ni memang memudahkan untuk kita beli makanan ketika kita tak berasa nak keluar dari rumah.
Terutamanya musim pandemik ni kan.
Tapi, selain order makanan untuk diri sendiri, sebenarnya kita boleh juga orderkan makanan untuk orang lain yang berada di alamat lain.
Aku selalu gunakan Food Panda untuk orderkan makanan untuk parents aku yang kini jauh di mata.
Yang penting, kalau kita taknak susahkan rider Food Panda dan juga orang yang kita orderkan makanan tu, yang penting:
1. Pin lokasi betul-betul. Bila kita dah pin lokasi yang betul, nanti akan keluar senarai kedai makan dan shops di kawasan yang kita pin tu, bukan lagi di lokasi semasa kita berada.
2. Taip instruction yang jelas, jalan, nombor rumah, nombor telefon orang yang kita orderkan tu etc..
3. Bayar siap-siap. Pastikan dah select option yang bukan COD. Karang konon nak buat surprise, orang tu pulak tak pasal-pasal kena keluarkan duit dia. Buatnya dia tengah tak ada cash kat tangan? Naya.
4. Chat dengan rider tu, maklumkan kita belikan makanan untuk orang lain. Minta dia call nombor orang yang kita bagi andai dia hon orang tak buka pintu dan sebagainya.
Memang senang, jadi walaupun dah lama tak balik kampung, masih boleh belikan diorang makan untuk happy-happykan diorang.
Baru-baru ni, abah pulak nak surprise cucu-cucu dia.
Dia pulak senyap-senyap orderkan burger untuk budak-budak ni.
Tiba-tiba je ada rider Food Panda yang segak bergaya hon depan rumah.
Tanya zaimi, ada beli apa-apa ke?
Aku pun tak ada beli apa-apa.
Rupanya tokwan budak-budak ni yang belikan 😁
Apa lagi, terus bedal lah masing-masing.
Elok pulak burger tu ada lima, abah belikan seorang satu kikiki..
Dah namanya hadiah kan, walau ada sos cili pun, habis je dimakan.
Kalau tak, memang time aku order burger, beria-ia pesan taknak sos!
HAhaha!
Korang pernah orderkan makanan untuk orang lain guna food panda?
Ada sebarang isu ke?
Aku setakat ni alhamdulillah ok, rider pun baik-baik semuanya, semoga murah rezeki diorang!
+++
Syukurlsh tok wan tolong order utk cucunya. Itu saja yg termampu skrg sbb nak balik kg x buleh..
BalasPadamSteady Tokwan!
BalasPadamUncle pun tak pandai nak buat ni...
Alhamduillah rezeki buat anak-anak kak.. hehee
BalasPadampernah order makanan utk org lain tp bkn thru food panda..pernah juga ms makanan nk dihantar die cal no kita..padahal dh bg no hp penerima...tp skarang senang ..rasa nk mkn apa2 je order je food panda
BalasPadamSetuju tu ada servis macam food panda dll yang sejenis memang sangat memudahkan
BalasPadamBelum pernah orderkan untuk orang lain lagi.
Amvoiii! sukanya dapat burger yang atok order
Hmmm takda ke org nk oder mknan kt akak ni ...dok kg takda services foodpanda
BalasPadamSelalu jugak belikan untuk orang lain especially birthday lah. Tapi tak surprise sangat sebab kena tanya dulu ada kat rumah ke tak. Pernah jadi nak surprise sekali tuan rumah cakap tak order apa apa..kesian rider foodpanda pening. So far takde isu, bila rider dah pickup cepat cepat bagi message contact no phone penerima bila dah sampai.
BalasPadamSeronoknya masing masing dalam surprise dari atok. Itu yang bertambah sedap tu.
Seronok tengok budak-budak makan. Dia punya innocence buatkan kita terliur nak makan sekali.
BalasPadamWahhhh.. ruggedlah Tok Wan order makanan guna FP utk cucu. Kita tak pernah cuba lagi order utk org lain guna FP atau GF. Selalu kalau order utk org lain, cari seller makanan tu terus, hihi
BalasPadamselalu jgk pesan mknn dkt org lain guna foodpanda.
BalasPadamso far ok, takde isu. mmg dah tulis siap2 kt situ, contact org ni klau smpai..
Urusniaga di hujung jari aje sekarang.
BalasPadamYang penting ada pulusnya.
Makin mudah sekarang kan.
BalasPadamMusim2 pandemik ni bila kita makan sedap2, automatik ingat parents kat kampung.
Mujur ada fp tolong sampaikan.
Memang bagus sangat ada khidmat Foodpanda.
BalasPadamNampak berselera mereka makan burger..
BalasPadamTak pernah lagi cuba orderkan makanan untuk orang sebelum ni. Lepasni dah boleh cuba :)
BalasPadamSelalu jugak belikan untuk orang lain. Memang memudahkan cumanya kena pin alamat betul betul and inform rider awal awal yang kita belikan untuk orang. So far setakat ni takde masalah lagi hihi.
BalasPadamMenggodanya burger tu
BalasPadamlepas ni bole la kak syaz belikan untuk kami plak
BalasPadamTerbaik tok wan pandai mengoder food panda. Akak pun tak pandai dan tak pernah 😂
BalasPadamBetul itu. Pernah dapat makanan orang lain. Terpaksa abah bayar pada orang yang patut dapat sebab sudah termakan.
BalasPadamPernah juga oder foodpanda utk rakan-rakan office . Wah terbsik la tokwan rindukan cucu . Kirimkan makanan dsri jauh kan .
BalasPadamBestnya tok wan belanja. So far tak pernah buat lagi.
BalasPadamTak pernah lagi try belikan untuk orang lain. Thanks share benda ni. Boleh la hadiahkan makanan nanti hehe
BalasPadamseronok bebudak tu makan..atok rinduuu laa tu..syaz..boleh rentas blk la kg ye :)
BalasPadamMudah dengan adanya Food Panda..Kan...hehee
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.