Tapi, ada seorang kawan aku ni,
memang untung betul!
Sebab apa? Sebab dia memang
menetap dekat Cameron Highlands weh. Jadi bila kerajaan kata dah boleh merentas
daerah, gambar-gambar yang dia muatnaik dengan anak-anak dia adalah dekat
Cameron Highlands je lah! Kau mampu? Haha!
Jadi dalam kesenduan, aku pun
scroll lah Facebook sendiri sambil buka satu persatu gambar dalam folder
sewaktu kami bercuti-cuti Malaysia ke Cameron Highland masa 2019 dulu.
Alang-alang tu marilah aku up lagi story aku bercuti (was!) ke Cameron Highland
(CH), dan ini adalah entry throwback!
Let’s!
Jika sesiapa dapat peluang
berkunjung ke CH, antara aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga
semestinya adalah bergambar untuk merakam kenangan bersama kan. Nanti-nanti
lepas beberapa tahun berlalu, bolehlah tengok balik sambil reminiscing the good
old days kan? Sebijik macam apa yang aku tengah buat ni (-_-)”. Jadi, antara
tempat yang banyak gilaaa spot untuk bergambar yang cantik dan menarik adalah
dekat Cameron Lavender, yang terletak di Brinchang.
Selesai beli tiket masuk, kami pun geraklah masuk ke dalam Cameron Lavender tu. Warning! Entry ini banyak gambar!
Masuk-masuk je kan, terus nampak
deretan bunga lavender yang wangi dekat sebelah kanan. Cantik sangat, warna
ungu lembut yang menenangkan mata, sepertimana bau dia yang memang best tu.
Tapi bunga lavender tu semua tak boleh dipegang ya! Sebab memang pokok lavender
tu dia tanam dalam pagar kayu putih tu. Jadi boleh dihayati dari tepi sajalah.
Cameron Lavender ni seakan
bertingkat tau, untuk lebih banyak ports, kena mendaki ke atas. Jadi kalau
berjalan ke depan sikit, nanti ada jalan untuk belok ke kiri, untuk naik ke
atas.
Ayu masa ni memang tak faham
arahan lagi, jadi memang kena selalu tumpukan perhatian dekat mana dia
berjalan. Lebih-lebih lagi bila dah ke tingkat dua tu. Seram juga memandang ke
bawah tau!
Ada cerita geram sikit! Masa kami
sampai dekat sini kan, adalah dua tiga orang muda tengah set up tripod. Kami
baru je sampai situ, dengan selambanya salah sorang dari diorang tu bagi arahan
supaya kami jalan cepat. Maksudnya, kami tak boleh nak tengok-tengok ke,
berhenti ambil gambar ke dekat situ. Sebab diorang nak bergambar ke berlakon ke
entah dekat area tu. Gaya dia tu, macam
kami ni masuk percuma pulak! Kalau betul awak dah sewa tempat tu, pasanglah
papan tanda tengah shooting ke apa! Masalahnya, tak nampak pulak sebarang
signage. Entahlah! Grr!
Malas nak panjang cerita, kami pun pergi je lah dekat Lorong lain untuk bergambar padahal bunga yang dekat diorang set tripod tu memang cantik sangat warna kuning. Sabar je lah.
Ha kalau tengok betul-betul dekat
belakang nun di hujung sana tu, itulah orang-orang yang sedikit merosakkan mood
percutian aku masa tu. Hahaha! Yes perempuan memang susah lupa ok! Dah dua
tahun lebih berlalu, aku masih ingat!
Agak-agak dah larat kembali, kami
pun meneruskan lagi perjalanan menuju ke istana yang menjadi tarikan utama di
Cameron Lavender ni. Sebenarnya dari pintu masuk dah nampak istana tu. Sebab tu
gigih juga anak-anak mendaki, sebab untuk ke istana tu, memang kena naik atas
dulu.
Tangkap mana yang termampu je lah! Zaimi pulak memang dah malas nak patah balik ke sini, dia terus tunggu kat dalam istana je. Sebab tandas letaknya dekat dalam istana tu.
Dalam istana tu ada lagi beberapa
ports untuk bergambar. Memang didominasi oleh pasangan honeymoon je lah kat
dalam tu. Berjam nak tunggu diorang settle bergambar kat satu, satu port. Jadi,
kami sebagai pasangan pengantin lama yang ada tiga ketul manusia tambahan ni
banyak beralah je lah. Maklumlah kami kan masuk tak bayar tiket macam korang.
*rolling eyes* Jadi ini adalah antara yang kami sempat rakamkan dalam istana
tu. Luckily anak-anak tak kisah sangat pun nak bergambar, diorang lagi seronok
berjalan je dalam tu. Cuma kena perhati sebab ada tangga untuk turun tu agak
curam.
Tengoklah ayu tu, sibuk nak berjalan lagi. Tak reti penat betul budak kecik sorang tu! Memandangkan semua dah penat meneroka Cameron Lavender ni, kami pun slow slow beransur untuk keluar. Sepanjang jalan keluar tu memang ada banyak sangat kedai jual cenderamata dan macam-macam lagi. Sempat jugalah budak-budak ni pow kitorang mainan sorang satu!
Lepas tu apa lagi, baliklah!
Haha!
Haih, bestnya bila mengenang
balik percutian ke Cameron Highlands ni kan. Tempatnya dahlah sejuk, cantik
pulak tu. Pada yang nak baca tentang kami ke MARDI Cameron Highland dan ke BOH
Tea Centre Sungei Palas, boleh check it out juga dekat tag kat bawah entry ni.
Untuk orang-orang Pahang,
bolehlah merentas ke Cameron Highland aokme oi! Boleh semak senarai hotel yang
masih available kat CH dekat Cameron
Highlands Hotels ni. Kami yang jauh ni tumpang tengok dan tumpang gembira
untuk aokme semua tau hihi. Kenang kami dalam setiap gigitan strawberrymu!
Untuk korang yang masih tak dapat
merentas keluar dari KL pulak, rasanya tak perlu risau jugak. Haritu kan, aku
tengok ada 5,6 orang jugak kawan aku muatnaik gambar diorang pergi staycation
dalam KL je. Siap stay dekat hotel yang memang ada view KLCC dan KL Tower macam
Grand Hyatt, Traders Hotel, Banyan Tree dan ada beberapa lagi. Bila diorang
ambik gambar tepi tingkap tu masa malam kan, memang sangat cantik. Shine and
shimmer gittew! So KL pipol, bolehlah ubah angin dengan staycation berdekatan
rumah je, boleh check it out dekat KL
Staycation, mana tau ada kosong esok lusa, terus tarik beg pergi
staycation! Jangan lupa bawak baju pulak, kang bawak beg kosong je naya! Tapi
apa ada hal, mall punyalah banyak kan, shopping la sekali!
Eh dah jauh aku merapu ni. Oklah gais, till soon!
Asalam..alamak mana lah mampu terbang, tak ada saap lah macam burung .
BalasPadamBertuah kan..tapi mari hargai apa yang menarik kat dekat kitaorang..terangkat juga tu orang lain nampak best ..hehehe..Muhasabah diri Etuza ja ni. Senyum...
Ralit membaca dan tengok gambar, segar rasa, lama tak ke CH, cantik taman Lavender, purple penuh, memang subur nampak, tentu wangi semerbak.
BalasPadamsemua pic cantik nanti boleh ke sana lagi staycation
BalasPadamseronoknya... ayu pun pernah gi CH sekali dulu..masa ian & iris kecik lagi. memang semua tempat rasa nak bernti amik gambar kan...
BalasPadamwah dah ada istana. Akak pergi dulu macam belum siap je. Tapi bergambar kat bunga kekwa tu punyalah banyak posing. Kena repeat lagi ni sebab yang kat istana tu lagi banyak tarikkannya.
BalasPadamSeronoknya dapat bercuti ke CH. Dapat throwback pun jadilah kan. Kenangan. Ada yang tempat tempat saya tak pernah singgah lagi. Tak bestnya kalau ada manusia yang suka conquer tempat untuk bergambar ke rakam video ke apa. Suka suka hati suruh kita berlalu pergi, kan. sabar je lah.
BalasPadamCH ni x sampai lg... next time nk jugak ke sini.. 1 lg nk pegi ialah bukit tinggi.. suka view yg cantik kt situ
BalasPadamsuka msk sini. tgk bunga2 tg cantik2
BalasPadamch tempat yg x jemu kunjung bg akak. walau jem. ha haa
sb byk tmpt kat Ch ni menarik2
utk posink😁
Tak mengapa. Buat masa ni, kita throwback je dulu. Lepas ni bila keadaan semakin okey, kita jalan dan jalan dan jalan sepuasnya :)
BalasPadamAish! Si kecik tu berdokong je! untung dia!
BalasPadamRindu nak ke CH .. View ladsng lavender memang cukup2 cantik . Tambah2 lagi ada bunga2 lain . Colourful sangat
BalasPadamsaya tak pernah sampai lagi taman lavender ni...
BalasPadamammi last gi CH masa Ozil tak sampai setahun..dah 7 tahun dah umur dia sekarang. Bilalah lagi nak sampai sana
BalasPadamBestnya. Naniey belum pernah sampai lagi ke Cameron Highlands..
BalasPadammenariknya...feveret..dah lama pergi CH, masa tu takde lg ladang bunga lavender ni..
BalasPadamAlahai seronoknyaa..bila lah dapat jejak lg kaki ke CH ni....rinduuu
BalasPadamtempat syaz pergi tu wajib shida dan suami singgah..cantik tgk bungaaan
Ehhhh...Menarik nih!!! Bestnyaaaa! Tak pernah sampai CH sepanjang hidup ni..Lol
BalasPadamEh!! Suka hati dia je nak marah kita.. Kita pun bayar kut masuk situ..
BalasPadamKalau dia dah sewa, bak kata syaz, pasanglah papan tanda.. Ish.. geram pula Sha dengar.. Ye pompuan memang akan ingat perkara2 macam nie.. kikiki..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.