Sejak saya dan Kak Ujie telah bertukar nombor telefon bimbit, dan saling save nombor masing-masing disenarai contact, ada masanya status WhatsApp Kak Ujie akan lalu-lalang.
Selalunya Kak Ujie lalu-lalang tu sambil promo buku-buku yang dia jual.
Dan bila dah selalu saya intai-intai status whatsapp dia, lama-lama terbitlah keinginan untuk membeli dan menambah koleksi buku-buku yang sebenarnya banyak lagi tak terbaca kat rumah ni haha!
Yang menariknya, buku yang dibeli melalui Kak Ujie ni, dia datang dalam bungkusan yang sangat baik dan menarik!
Dua lapisan terpaling luar semestinyalah bubble wrap dan plastik syarikat courier.
Itu biasa.
Yang luar biasanya, buku yang saya beli tu, datang dalam sebuah kotak yang memang kukuh dan susah kemik!
Bila bukak pulak kotak tu, sekali lagi buku-buku yang dibeli tu, dibalut lagi dengan bubble wrap.
Betapa prihatin sekali!
Memang buku yang sampai, dalam keadaan yang sangat baik weh!
Ini contoh buku-buku yang saya beli dari Kak Ujie.
Sejuk perut dan sedap sekali mata memandang kan.
Selain buku-buku dipersiapkan rapi, dalam kotak tu juga ada diselitkan beberapa keping penanda buku dan kad. Kad yang juga sesuailah kiranya untuk dijadikan penanda buku kan.
Awesome betul.
Sudahlah dapat penanda buku dan kad, dapat pulak poster ni.
Poster yang memberi tips untuk khatam Al-Quran mengikut masa yang kita sasarkan.
Contoh kalau kita berhajat nak khatam Al-Quran dalam masa sebulan, ada diceritakan tentang berapa muka surat yang patut kita habiskan dalam masa satu hari.
Lebih kurang macam tu lah isi poster ni.
Ini pula antara buku-buku yang saya beli masa ni.
Sebenarnya selepas beli sekotak yang ini, saya ada lagi beli beberapa buku dari Kak Ujie, tapi kisahnya saya malas tak sempat nak snap snap gambar hahaha!
Diari Mat Despatch Lelaki Baik oleh Bahrudin Bekri.
Buku ni saya sedang on going membacanya.
Nipis je, tulisan pun tak formal, ya lah, dia buat ala diari kan.
Tapi isinya best untuk dibaca, penuh dengan ilmu yang baru dan pengajaran-pengajaran yang disampaikan secara santai.
Memang best!
Selain tu, saya juga beli buku Falsafah Syaitan ni.
Karya Hamka.
Bahasa yang digunakan agak tinggi, saya tak recommend buku ni dibaca ketika di pertengahan antara dua kerja. Sebaiknya bacalah ketika betul-betul bersedia untuk baca!
Input terbaik, pengajaran saja-saja dalam buku ni.
Selain itu, saya juga ada beli Psikologi Si Kecil oleh Dr Rozanizam Zakaria.
Buku ini memang sesuai dibaca oleh mereka yang bergelar ibubapa yang masih mempunyai anak yang kecil dan menginjak remaja.
Kalau untuk ibubapa yang dah ada anak yang dah dewasa, mungkin boleh beli dan hadiahkan pada anak-anak yang sedang dalam proses untuk bekeluarga?
Hehe..
Nampaknya semua buku yang saya beli untuk batch ni, saya dan baca!
Yeay!
Oh ya, selain penanda buku, kad dan poster tu, pembelian kali ini juga saya dapat buku percuma!
Yeay!
Buku berjudul Qurania, dia ala buku kuiz dan teka-teki, tentang isi Al-Quran.
Seronok juga menjawabnya, menguji ilmu yang setitis ni ha..huhu..
Sesiapa yang nak beli nuku dari Kak Ujie, bolehlah menghubungi beliau ya!
+++++
Saja gantikan 'aku' kepada 'saya' dalam entry ni.
Ok tak?
Kalau ok nak tukar terus kah kah kah!
Ke geli?
😂
Diari mat despatch tu mcm menarik. Simple dan nice.
BalasPadamBetul betul special beli buku dekat kat Ujie ni. Dapat kotak sebegitu lawa pun dah sejuk mata memandang. Balut pun kemas, buku pun terjaga.
BalasPadamhihi..okay je dengan ganti nama 'saya' :)
Ammi dulu gantikan 'aku' kepada 'ammi' sebab bila anak2 baca dorang mcm... Ooooo ammi sebut AKUUUU.
BalasPadamHUHUHU
best bila buku sampai dibalut kemas dan tak ada sebarang kerosakan. selamat membaca kak syaz :)
BalasPadamslmt membaca syaz
BalasPadamBanyak buah buku jugak ya sekali beli..akak tertarik buku berjudul falsafah syaitan tu
BalasPadamSelamat membaca...kumpul byk2 nanti boleh jd koleksi emas.
BalasPadamSelamat membaca kak syaz! Rasa tertarik dengan buku falsafah syaitan tuuuu. Ok je pakai saya hehehehe
BalasPadamCara bungkusan sangat terbaik jika kita terima , rasa seronok dan kualiti buku sangat terjamin. :)
BalasPadamSelamat mengulat buku
BalasPadamWahhh terbaik. Boleh saja nak tukar bahasa. mana2 pun okay
BalasPadambest2 bukunyaa
BalasPadamSelamat membaca Syaz.
BalasPadamtak prasan plak bertukar aku ke saya..dah slumber je selalu baca hehee ^_^
BalasPadamselamat membaca syaz :)
BalasPadamselamat membaca kak syaz.. nnt bole la review buku2 tuh
BalasPadamWah.. banyak juga buku yang dibeli tu... Selamat membaca dan semoga bermanfaat.
BalasPadamselamat membaca!!!
BalasPadamkalau saya baca falsafah syaitan tu mesti terlena sebab bahasa tinggi.
BalasPadamselamat membaca syaz . banyak jugak membeli buku tu , nanti boleh la kupas serba satu persatu cerita buku tu
BalasPadamTerima kasih Syaz selalu beli buku-buku daripada akak 🥰
BalasPadamOk je tukar ke saya, tak perasan pun tukar kalau Syaz tak bagitau 😀
Tulisan Bahrudin bakri tu bagus. Lama dah tak baca novel dia yang baru.
BalasPadamselamat membaca kak syaz..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.