Gambar masa bulan 4 tahun lepas ni.
RUmah pun belum tergerak hati nak deco yang buat accent wall semua tu lagi waktu ni.
Masa ni pertama kali semua orang merasa terkurung dalam rumah sendiri.
Sampai dah bosan anak-anak terperuk dalam rumah.
Lepas beberapa minggu yang asyik tambah 2 minggu untuk lanjut PKP, akhirnya pihak UiTM umumkan kena mulakan kelas secara Online Distance Learning.
Baru kalut nak set up meja dan ruang kerja dalam rumah.
Sebab sebelum covid bagai ni, aku memang tak pernah ada work space kat rumah.
Aku punya pegangan masa tu, kerja hanya di pejabat.
Kat rumah adalah waktu untuk berehat.
Jadi bila kena ada work space, aku pun belilah kerusi office yang selesa sikit.
Jadi masa kerusi tu sampai dalam kotak yang besar ni, anak-anak yang dah kebosanan terperuk je, teruja pulak tengok kotak tu.
Sudahlah masing-masing jadikan kotak tu rumahlah, kubu lah..
Memang berebut-rebut kotak buruk tu.
Tak bagi aku buang pulak tu!
Sampailah akhirnya kotak tu dah makin lemau dan penyet.
Diam-diam aku suruh zaimi buangkan.
Barulah tak sakit mata nampak kotak tu kat tengah-tengah rumah!
Hahaha
Haih..alkisah PKP.
Bilalah nak habis agaknya segala-gala perihal covid ni?
main kotak pon jadi bagi budak2 ni, at least takde la bosan dok umah time pkp tu
BalasPadamhehe..kreatif, cipta mainan sendiri..
BalasPadamAnak2 dah bosan tahap maksimum dh ..apa ja yg boleh dijadikan objek mainan ...depa gunakan..
BalasPadamDok dalam kotak takpe... tapi fikiran kena luar kotak! hahaha
BalasPadamhahahahhahahahaha! ingatkan rasa terkurung, tak nak masuk kotak..lagi dibuat main kotaknya ya!
BalasPadaminsyallah tak lama lagi tu habisla covid ni syaz, kita doakan lah... akak pun naik bosan dah rasanya...
BalasPadamkalau kt umah akak, kotak gini yang suka bt main berebut si anak berbulus hehehhe, mula-mula kasi la can buat main last-last buang jugak sebab semak
Kesian juga kadang bila anak anak tak dapat keluar ni. Asalkan dorang happy layankan je lah main kotak pun. Janji tak bosan
BalasPadamComel pulak duduk dlm kotak
BalasPadamKesian anak-anak di rumah kan. Tak dapat bayangkan tahap kebosanan mereka. Kadang-kadang Kak Amie pun biarkan saja Firdaus nak buat apa. Sudahlah tak ada kawan, mesti stress juga tu.
BalasPadamhaha Main kotaak syok juga kadang kadang. Kanak - kanak ni memang sellau kreatif
BalasPadamDuduk dalam kotak tu ada dalam senarai norma baharu
BalasPadamdan satu tahun enam bulan kemudian...keadaan masih sama
BalasPadamhahahahaha boleh pulak berebut kotak tu. Kemain feeling diorang ye
BalasPadamDah bosan sangatttt niii.. hihi
BalasPadamSyok jugakk main dalam kotak ni hahaha, bila dah bosan sangat kan, kotak pun boleh dijadikan mainan hihihi.
BalasPadamteringat zaman kecik2 dulu , selalu juga main dalam kotak besar dijadikan rumah , memang kenangan sangat waktu itu
BalasPadamlawak laa syaz! semua nk duduk dalam kotak tu hahaa..kpe x dibuang ajer ^_^
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.